Monday, January 31, 2011

Azam Sebagai Amalan Hati


Baru-baru ini penulis ada melihat rancangan tanyalah Ustaz tv9 berkenaan ‘azam’ yang sebenarnya adalah pecahan atau cabang dari niat dan lintasan hati. Penulis ingin sekali berkongsi tentang lintasan hati yang sebenarnya agak penting untuk kita ketahui demi menjaga iman dan amal kita.


Apabila berbicara tentang niat atau lintasan hati maka sebagai ummat Islam maka sudah tentu kita tahu peri pentingnya dalam ibadat kita kerana ia adalah rukun kepada kebanyakan ibadat kita seperti sembahyang, puasa, haji, zakat dan lain-lain lagi.


Sabda Nabi s.a.w. dalam sebuah hadits:


حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُاللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ ابْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رضي الله عَنْهم عَلَى الْمِنْبَرِ قَالَ {سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ }


Al-Humaidi Abdullah bin az-Zubair telah menceritakan kepada kami, katanya: “Sufyan telah menceritakan kepada kami, katanya: “Yahya bin Said al-Anshari telah menceritakan kepada kami, katanya: “Muhammad bin Ibrahim al-Taimi telah memberitahu kepada saya bahawa dia telah mendengar `Alqamah bin Waqqash al-Laitsi berkata: “Saya telah mendengar Umar bin al-Khatthab berkata di atas mimbar: “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Sesungguhnya segala amalan dikira dengan niat dan sesungguhnya setiap orang mendapat apa yang diniatnya. Oleh itu sesiapa yang hijrahnya adalah untuk mendapat dunia atau untuk berkahwin dengan seseorang wanita maka hijrahnya dikira untuk tujuannya.”

[Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim]


Hadits ini adalah antara hadits yang paling masyhur berkaitan dengan niat bahkan ada diriwayatkan daripada Imam as-Syafi`e bahawa beliau berkata: “Termasuk dalam hadits ini 70 bab feqah.”

Sekumpulan ulama` pula mengatakan hadits ini adalah sepertiga agama


Persoalannya lintasan hati yang bagaimanakah yang dikira oleh Allah s.w.t? Untuk menjawab persoalan ini, ulama` membahagikan darjat lintasan hati manusia kepada 5 bahagian:


1) Hajiz (حاجز ) - Lintasan yang timbul dalam hati (sama ada baik atau jahat) dan kemudian berlalu pergi ya`ni hanya timbul dan tidak melekat di dalam hati


2) Khatir (خاطر ) - Lintasan yang timbul dalam hati (sama ada baik atau jahat) dan kekal agak lama di dalam hati tetapi tidak timbul sama ada mahu melakukannya tau tidak


3) Hadisun-Nafs (حديث النفس ) - Lintasan yang timbul dalam hati (sama ada baik atau jahat) dan kekal lama tetapi tidak boleh menentukan sama ada lebih berat kepada mahu melakukan atau sebaliknya


4) Ham (هم ) – Lintasan yang timbul dalam hati (sama ada baik atau jahat) dan kekal lama dalam hati, lebih berat untuk melakukannya tetapi tidak melakukannya. Tahap ini dan 3 tahap sebelum ini tidak dikira oleh Allah kerana tidak termasuk dalam daya dan upaya manusia menolaknya


5) `Azam (عزم ) – Lintasan yang timbul dalam hati (sama ada baik atau jahat) dan kekal lama dan membuat keputusan untuk melakukan dan kuat pula dorongannya dan inilah lintasan hati yang dikira oleh Allah s.w.t kerana pada tahap ini manusia sudah mampu berfikir dan mampu untuk menerima atau menolaknya. `Azam terbahagi kepada 2:


i. Azam yang berkaitan dengan anggota badan, juga terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:

a) Yang berkait dengan qauli (ucapan)- Apabila dia berazam dan kemudian dia ucapkan.

b) Yang berkait dengan `amali (perbuatan)- Apabila dia berazam dan melakukan dengan anggota tubuhnya.


ii. Azam yang berkaitan dengan hati, ianya juga terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:

a) Yang membawa kepada kekufuran seperti azam untuk menafikan keEsaan Allah atau menafikan Allah sebagai Tuhan maka orang yang berazam ini jadi kafir walaupun tidak mengucapkannya. Begitu juga dengan orang yang menafikan hukum-hukum Allah yg sudah seperti menafikan kewajipan sembahyang lima waktu , menafikan adanya solat sunnat rawatib dan sebagainya

b) Yang tidak membawa kepada kekufuran tetapi tetap berdosa dengki dan buruk sangka kepada orang, kagum dengan diri sendiri maka berdosa


Sufyan as-Tsauri, Ibnu al-Mubarak berpendapat bahawa azam juga dikira sebagai satu kejahatan dan inilah pendapat kebanyakan ulama`, dalilnya:


وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ


Tetapi Allah mengira kamu tentang apa yang dilakukan oleh hati kamu [ Al-Baqarah : 225 ]


Imam as-Syafi`i pula berpendapat bahawa azam tidak dikira selagi mana tidak melakukannya berdasarkan zahir hadits ini.


[٣٢٩] ١٩٩ (١٢٥)- حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ مِنْهَالٍ الضَّرِيرُ وَأُمَيَّةُ بْنُ بِسْطَامَ الْعَيْشِيُّ وَاللَّفْظُ لِأُمَيَّةَ قَالَا حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا رَوْحٌ وَهُوَ ابْنُ الْقَاسِمِ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ }قَالَ فَاشْتَدَّ ذَلِكَ عَلَى أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَتَوْا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ بَرَكُوا عَلَى الرُّكَبِ فَقَالُوا أَيْ رَسُولَ اللَّهِ كُلِّفْنَا مِنْ الْأَعْمَالِ مَا نُطِيقُ الصَّلَاةَ وَالصِّيَامَ وَالْجِهَادَ وَالصَّدَقَةَ وَقَدْ أُنْزِلَتْ عَلَيْكَ هَذِهِ الْآيَةُ وَلَا نُطِيقُهَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَقُولُوا كَمَا قَالَ أَهْلُ الْكِتَابَيْنِ مِنْ قَبْلِكُمْ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا بَلْ قُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ قَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ فَلَمَّا اقْتَرَأَهَا الْقَوْمُ ذَلَّتْ بِهَا أَلْسِنَتُهُمْ فَأَنْزَلَ اللَّهُ فِي إِثْرِهَا { آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ }فَلَمَّا فَعَلُوا ذَلِكَ نَسَخَهَا اللَّهُ تَعَالَى فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا }قَالَ نَعَمْ { رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا }قَالَ نَعَمْ { رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ }قَالَ نَعَمْ { وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ }قَالَ نَعَمْ

Muhammad bin Minhal al-Dorir dan Umayyah bin Bistom al-`Aisyi dan lafaz hadits adalah dari Umayyah, mereka berdua berkata: Yazid bin Zurai` telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Rauh iaitu Ibnu al-Qasim telah meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya daripada ayahnya daripada Abu Hurairah, katanya:

“Apabila turunnya kepada Rasulullah s.a.w. ayat { لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ } {(yang bermaksud:) Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghisab kamu kerananya. Kemudian ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu }

Kata perawi: Maka terasa beratlah ayat itu kepada sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., mereka pun datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu mereka melutut dan berkata: “Wahai Rasulullah! Kita telah dibebankan dengan amalan yang kami mampu iaitu sembahyang, puasa, jihad dan sedekah. Sekarang diturunkan ayat ini kepada engkau dan kami tidak mampu melakukannya.”

Rasulullah s.a.w. berkata: “Adakah kamu akan berkata sebagaimana yang telah dikatakan oleh ahli dua kitab terdahulu sebelum kamu; “Kami dengar dan kami derhaka” bahkan kamu hendaklah berkata: Kami dengar dan kami patuh. Kami memohon keampunan-Mu wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jua tempat kami kembali.” Mereka pun berkata: “Kami dengar dan kami patuh. Kami memohon keampunan-Mu wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jua tempat kami kembali.” Apabila mereka mengucapkannya dengan perasaan yang berat maka tunduklah lidah mereka dengan hati mereka. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat ini selepasnya { آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ } (yang bermaksud: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan rasul-rasulNya.

(Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang rasulnya dengan rasul-rasulnya yang lain". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali" ) Apabila mereka melakukan demikian maka Allah s.w.t memansukhkan ayat tadi dan Allah Azza Wa Jalla menurunkan ayat { لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا } (yang bermaksud: Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. ) Allah menjawab: “Ya.” { رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا } (yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. ) Allah menjawab: “Ya.” { رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ } (yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. ) Allah menjawab: “Ya.”

{ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ } (yang bermaksud: dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami dalam menghadapi kaum-kaum kafir". ) Allah menjawab: “Ya.”


[ Hadits ini diriwatakan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya dalam Bab Allah Memaafkan Lintasan Hati Sekiranya Ia Tidak Tetap Dan Bab Menyatakan Bahawa Allah s.w.t Tidak Membebankan Hamba Kecuali Apa yang Mampu Dikerjakannya Dan Bab Menyatakan Hukum Keinginan Melakukan Kebajikan Atau Kejahatan ]


Berdasarkan hadits ini sebahagian ulama` berpendapat: Ayat { لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ } adalah ayat umum yang ditakshiskan oleh ayat kemudian.

Ini bermakna turunnya ayat { لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا } menjelaskan ayat umum sebelum ini bahawa apa yang Allah s.w.t hisab / kira bukannya semua jenis lintasan hati tapi hanyalah apa yang mampu ditolak oleh hati seseorang tetapi sekiranya tidak ditolaknya walaupun dia mampu, maka inilah yang dihisab dan dikira oleh Allah s.w.t



Kesimpulan

Tidak ada masalah jika niat atau lintasan dalam hati kita itu berkaitan dengan kebaikan atau kebajikan. Maka beberapa hadits shahih menyatakan Allah tetap mengiranya sebagai kebajikan walaupun kita tidak dapat melakukan kebaikan tersebut tetapi sebaliknya Allah tidak mengira kejahatan seseorang selagi mana dia belum melakukannya.


Walau bagaimanapun seseorang muslim harus berhati-hati dengan lintasan hatinya yang bernama azam ya`ni lintasan yang timbul yang kekal lama dalam hati.

Kepercayaan, keimanan kita berkait rapat dengan hati dan sekiranya kita menafikan (wal`iyazubillah) tidak ada orang yang tahu tetapi ingatlah Allah itu Maha Mengetahui maka kesannya segala ibadat kita terhapus dan ibadat-ibadat yang dilakukan tidak dikira oleh Allah s.w.t kerana syarat sesuatu amalan dikira sebagai amal kebajikan diakhirat adalah dengan iman. Oleh itu peliharalah iman anda dengan sentiasa bertaubat, perbanyakkkan istighfar dan zikir kepada Allah. Mudah-mudahan Allah jauhkan kita dari melakukan keburukan (yang zahir maupun sebaliknya). Wallahu`a’lam!



Ibnu Hasan,

Sg. Petani,

31 Januari 2011,

Bersamaan 27 Safar 1432 H.

Monday, January 17, 2011

Kisah Sebenar Fatimah dan Tuntutan Tanah Fadak


Ini adalah salah satu daripada penjelasan-penjelasan untuk menghilangkan keraguan dalam memahami hadits. Kadang kala apa yang diriwayatkan ditokok tambah dengan maksud tertentu oleh mereka yang berniat tidak baik terhadap Islam.

Perkara sebegini kadang-kadang tidak disedari oleh ummat Islam yang mana boleh mengakibatkan salah faham dan fitnah kepada keluarga Nabi s.a.w. dan para sahabat. Sebagai ummat Islam yang berpegang kuat kepada al-Quran dan hadits maka seharusnya kita memepertahankan nama baik keluarga dan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

Di bawah ini disertakan serba sedikit tentang kisah bohong, dongengan Syiah yang menjadi fitnah rekaan dan jawapan serta kisah sebenar yang berlaku.

p/s: Mungkin perlu dibaca berulang kali untuk pemahaman yang lebih baik



Kisah Bohong Dan Dongengan Syiah


Ringkasnya, apa yang Syiah gambarkan dalam kisah Fatimah Menuntut Tanah Fadak Daripada Abu Bakar adalah pertelagahan antara Fatimah r.ha dan Abu Bakar as-Shiddiq disebabkan oleh keengganan Abu Bakar memberikan tanah tersebut kepada Fatimah.


Dalam kisah tersebut Syiah mendakwa tanah Fadak adalah milik Fatimah semenjak sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w. lagi kerana baginda telah memberikan kepadanya sebelum kewafatan baginda (padahal dakwaan tersebuat tidak benar dan akan disangkal menerusi ayat al-Quran dan dikuatkan lagi dengan hadits shahih riwayat Imam Bukhari di bawah ini) Keengganan Abu Bakar menunjukkan ketidakadilan sahabat yang menjadi Khalifah iaitu Abu Bakar yang sebenarnya tamakkan harta.


Dalam kisah tersebut juga menggambarkan perbalahan yang sangat teruk antara puteri Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah dengan Khalifah yang pertama iaitu Abu Bakar as-Shiddiq r.a. sehingga disebutkan Fatimah enggan bercakap denggannya sehingga saat beliau meninggal dunia ( Kisah ini juga sudah ada penjelasan dan jawapannya dalam artikel terdahulu [ bertajuk Pusaka Untuk Keluarga Nabi s.a.w: Fitnah Terhadap Abu Bakar r.a Berkaitan Tanah Fadak]


JAWAPAN


Ghanimah dan Fai`


Ghanimah ialah harta rampasan perang yang mana harta tersebut diperolehi setelah mengalahkan musuh dalam peperangan ya`ni harta tersebut diperolehi dengan pertumpahan darah


Fai’ pula ialah harta yang diperolehi oleh orang Islam daripada orang kafir dalam peperangan dengan tidak berlaku pertumpahan darah.


Inilah yang Allah sebutkan dalam kitab-Nya iaitu berkenaan harta benda Bani an-Nadhir yang Rasulullah s.a.w. ambil sebagai fai’ setelah mereka melarikan diri dari peperangan. Firman Allah:



وَمَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْهُمْ فَمَا أَوْجَفْتُمْ عَلَيْهِ مِنْ خَيْلٍ وَلَا رِكَابٍ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُسَلِّطُ رُسُلَهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


(Dan apa jua yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya sebagai fai’ daripada peninggalan harta benda mereka, kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasul-Nya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang) dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.) [ al-Hasyr : 6 ]


‘Kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka) ’ ya`ni medapatnya tanpa pertumpahan darah jelas menunjukkan sebagai harta fai` dan hasil daripada itu Nabi s.a.w. mengambil buah tamarnya untuk simpanan selama setahun atau hasil dari buah tamar itu sama ada berbentuk duit atau lain-lain barang yang ditukarkan dengan tamar itu disimpan untuk setahun.


Dalil Daripada Hadits


Berhubung dengan kisah ini, Imam Bukhari ada menyebutkan beberapa hadits yang menceritakan kisah sebenar iaitu dalam kitab shahihnya (Kitab Maghazi Bab Hadits Bani an-Nadhir)


حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنِي عُقَيْلٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي مَالِكُ بْنُ أَوْسِ بْنِ الْحَدَثَانِ وَكَانَ مُحَمَّدُ بْنُ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ ذَكَرَ لِي ذِكْرًا مِنْ حَدِيثِهِ فَانْطَلَقْتُ حَتَّى دَخَلْتُ عَلَى مَالِكِ بْنِ أَوْسٍ فَسَأَلْتُهُ

فَقَالَ مَالِكٌ انْطَلَقْتُ حَتَّى أَدْخُلَ عَلَى عُمَرَ إِذْ أَتَاهُ حَاجِبُهُ يَرْفَا فَقَالَ هَلْ لَكَ فِي عُثْمَانَ وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ وَالزُّبَيْرِ وَسَعْدٍ يَسْتَأْذِنُونَ قَالَ نَعَمْ فَأَذِنَ لَهُمْ قَالَ فَدَخَلُوا وَسَلَّمُوا فَجَلَسُوا ثُمَّ لَبِثَ يَرْفَا قَلِيلًا فَقَالَ لِعُمَرَ هَلْ لَكَ فِي عَلِيٍّ وَعَبَّاسٍ قَالَ نَعَمْ فَأَذِنَ لَهُمَا فَلَمَّا دَخَلَا سَلَّمَا وَجَلَسَا فَقَالَ عَبَّاسٌ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ اقْضِ بَيْنِي وَبَيْنَ هَذَا فَقَالَ الرَّهْطُ عُثْمَانُ وَأَصْحَابُهُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ اقْضِ بَيْنَهُمَا وَأَرِحْ أَحَدَهُمَا مِنْ الْآخَرِ

فَقَالَ عُمَرُ اتَّئِدُوا أَنْشُدُكُمْ بِاللَّهِ الَّذِي بِهِ تَقُومُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ هَلْ تَعْلَمُونَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا صَدَقَةٌ يُرِيدُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسَهُ قَالَ الرَّهْطُ قَدْ قَالَ ذَلِكَ

فَأَقْبَلَ عُمَرُ عَلَى عَلِيٍّ وَعَبَّاسٍ فَقَالَ أَنْشُدُكُمَا بِاللَّهِ هَلْ تَعْلَمَانِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ذَلِكَ قَالَا قَدْ قَالَ ذَلِكَ قَالَ عُمَرُ فَإِنِّي أُحَدِّثُكُمْ عَنْ هَذَا الْأَمْرِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ قَدْ خَصَّ رَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا الْمَالِ بِشَيْءٍ لَمْ يُعْطِهِ أَحَدًا غَيْرَهُ

قَالَ اللَّهُ { مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْهُمْ فَمَا أَوْجَفْتُمْ عَلَيْهِ مِنْ خَيْلٍ إِلَى قَوْلِهِ قَدِيرٌ }

فَكَانَتْ هَذِهِ خَالِصَةً لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاللَّهِ مَا احْتَازَهَا دُونَكُمْ وَلَا اسْتَأْثَرَ بِهَا عَلَيْكُمْ لَقَدْ أَعْطَاكُمُوهَا وَبَثَّهَا فِيكُمْ حَتَّى بَقِيَ مِنْهَا هَذَا الْمَالُ فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنْفِقُ عَلَى أَهْلِهِ نَفَقَةَ سَنَتِهِمْ مِنْ هَذَا الْمَالِ ثُمَّ يَأْخُذُ مَا بَقِيَ فَيَجْعَلُهُ مَجْعَلَ مَالِ اللَّهِ فَعَمِلَ بِذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَيَاتَهُ

أَنْشُدُكُمْ بِاللَّهِ هَلْ تَعْلَمُونَ ذَلِكَ قَالُوا نَعَمْ قَالَ لِعَلِيٍّ وَعَبَّاسٍ أَنْشُدُكُمَا بِاللَّهِ هَلْ تَعْلَمَانِ ذَلِكَ قَالَا نَعَمْ

ثُمَّ تَوَفَّى اللَّهُ نَبِيَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا وَلِيُّ رَسُولِ اللَّهِ فَقَبَضَهَا أَبُو بَكْرٍ يَعْمَلُ فِيهَا بِمَا عَمِلَ بِهِ فِيهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنْتُمَا حِينَئِذٍ وَأَقْبَلَ عَلَى عَلِيٍّ وَعَبَّاسٍ تَزْعُمَانِ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ كَذَا وَكَذَا وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَنَّهُ فِيهَا صَادِقٌ بَارٌّ رَاشِدٌ تَابِعٌ لِلْحَقِّ

ثُمَّ تَوَفَّى اللَّهُ أَبَا بَكْرٍ فَقُلْتُ أَنَا وَلِيُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ فَقَبَضْتُهَا سَنَتَيْنِ أَعْمَلُ فِيهَا بِمَا عَمِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ ثُمَّ جِئْتُمَانِي وَكَلِمَتُكُمَا وَاحِدَةٌ وَأَمْرُكُمَا جَمِيعٌ جِئْتَنِي تَسْأَلُنِي نَصِيبَكَ مِنْ ابْنِ أَخِيكَ وَأَتَى هَذَا يَسْأَلُنِي نَصِيبَ امْرَأَتِهِ مِنْ أَبِيهَا فَقُلْتُ إِنْ شِئْتُمَا دَفَعْتُهُ إِلَيْكُمَا عَلَى أَنَّ عَلَيْكُمَا عَهْدَ اللَّهِ وَمِيثَاقَهُ لَتَعْمَلَانِ فِيهَا بِمَا عَمِلَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِمَا عَمِلَ بِهِ فِيهَا أَبُو بَكْرٍ وَبِمَا عَمِلْتُ بِهِ فِيهَا مُنْذُ وُلِّيتُهَا وَإِلَّا فَلَا تُكَلِّمَانِي فِيهَا فَقُلْتُمَا ادْفَعْهَا إِلَيْنَا بِذَلِكَ فَدَفَعْتُهَا إِلَيْكُمَا بِذَلِكَ أَنْشُدُكُمْ بِاللَّهِ هَلْ دَفَعْتُهَا إِلَيْهِمَا بِذَلِكَ فَقَالَ الرَّهْطُ نَعَمْ

قَالَ فَأَقْبَلَ عَلَى عَلِيٍّ وَعَبَّاسٍ فَقَالَ أَنْشُدُكُمَا بِاللَّهِ هَلْ دَفَعْتُهَا إِلَيْكُمَا بِذَلِكَ قَالَا نَعَمْ قَالَ أَفَتَلْتَمِسَانِ مِنِّي قَضَاءً غَيْرَ ذَلِكَ فَوَالَّذِي بِإِذْنِهِ تَقُومُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ لَا أَقْضِي فِيهَا قَضَاءً غَيْرَ ذَلِكَ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ فَإِنْ عَجَزْتُمَا عَنْهَا فَادْفَعَاهَا فَأَنَا أَكْفِيَكُمَاهَا


Sa`id bin `Ufair meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Laits meriwayatkan kepadaku, katanya: Uqail meriwayatkan kepadaku daripada Ibnu Syihab, katanya: Malik bin `Aus bin al-Hadatsan telah menceritakan kepadaku, ketika itu Muhammad bin Jubair bin Mut`im telah pun menyebutkan kepadaku sedikit daripada haditsnya[1] itu lalu aku pun pergi sehingga aku masuk menemui Malik bin Aus al-Hadatsan lalu aku bertanya kepadanya tentang hadits itu

Lalu Malik pun berkata: “Aku masuk menemui `Umar. Selepas itu datanglah penjaga pintu rumahnya, namanya Yarfa`. Dia bertanya: “Mahukah Tuan berjumpa dengan Utsman, Abdul Rahman, Zubair dan Sa`ad (mereka meminta izin untuk bertemu dengan Tuan)?” Dia menjawab: “Boleh. Izinkanlah.” Lalu Yarfa` mengizinkan mereka masuk. Kemudian (tidak lama selepas itu) Yarfa` (datang lagi dan) berkata: “Adakah Tuan mahu bertemu dengan `Ali dan `Abbas?” `Umar menjawab: “Boleh.” (Setelah mereka duduk) `Abbas pun berkata: “Wahai Amiral Mukminin! Putuskanlah / Selesaikanlah kes saya dengan dia ini.” Utsman pun berkata: “Wahai Amiral Mukminin! Elok benar tu, selesaikanlah biar tenang mereka berdua ni.”

`Umar pun berkata: “Bertenang / Nanti dulu. (Sebelum aku buat keputusan) Aku mahu bertanya kepada kamu terlebih dahulu, dengan nama Allah yang mana dengan kebenaran-Nya dan keizinan-Nya tegak langit dan bumi ini, adakah kamu tahu bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dahulu: “Kami tidak diwarisi, apa yang kami tinggalkan merupakan sedekah (untuk orang-orang Islam).” Rasulullah s.a.w. maksudkan dirinya.” Kumpulan itu pun berkata: “Memang, dia ada bersabda begitu[2].”

Lalu `Umar pun berpaling menghadap `Ali dan `Abbas lalu dia berkata: “Aku mahu bertanya kepada kamu, dengan nama Allah yang mana dengan kebenaran-Nya dan keizinan-Nya tegak langit dan bumi ini, adakah kamu tahu bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda demikian?” Mereka berdua pun menjawab: “Memang, dia ada bersabda begitu.” `Umar berkata: “Maka seseungguhnya aku ceritakan kamu tentang perkara ini. Sesungguhnya harta ini Allah khususkan untuk Rasul-Nya s.a.w., Allah tidak beri kepada sesiapa pun selainnya.

Firman Allah: { مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْهُمْ فَمَا أَوْجَفْتُمْ عَلَيْهِ مِنْ خَيْلٍ } sehingga firman-Nya { قَدِيرٌ }][3]

Ini adalah khusus untuk Rasulullah. Walau bagaimanapun, demi Allah! Nabi s.a.w. tidak memonopoli harta itu untuk peribadinya dengan mengabaikan kamu dan dia tidak mengambil harta itu semua sekali untuk kepentingannya dengan tidak menghiraukan kamu. Sesungguhnya dia telah beri kepada kamu terlebih dahulu. Dia taburkan di antara kamu harta itu sehingga tinggal sebahagian daripada harta itu. Kemudian daripada harta itu Rasulullah s.a.w. memberi nafkah kepada ahli keluarganya dengan nafkah / perbelanjaan untuk setahun. Kemudian baginda jadikan yang selebihnya sebagai peruntukkan untuk keperluan orang-orang Islam. Begitulah yang Rasulullah s.a.w. amalkan sepanjang hayatnya.

Aku mahu bertanya kepada kamu, kamu tahukah perkara itu. Mereka menjawab: “Ya.” Selepas itu `Umar berpaling dan bertanya kepada `Ali dan `Abbas pula: “Kamu tahukah?” Dia menjawab: “Ya.”

Selepas itu dia berkata: “Allah mewafatkan Nabinya s.a.w. Abu Bakar naik menggantikannya, dia berkata: “Aku pengganti / wakil Rasulullah.” Lalu Abu Bakar memegangnya[4] dan melakukan sepertimana yang Rasulullah s.a.w. lakukan berhubung dengannya pada masa dahulu.

Kemudian dia berpaling mengadap `Ali dan `Abbas seraya berkata: “Kamu berdua pada ketika itu mengatakan Abu Bakar begini dan begini[5] sedangkan Allah mengetahui bahawa dia benar, baik juga memimpin dan mengikuti kebenaran.

Kemudian Allah mewafatkan Aba Bakar dan aku naik menggantikannya, aku berkata: “Saya adalah pengganti / wakil Rasulullah s.a.w. dan Abi Bakar,” lalu aku pegangnya selama dua tahun dan aku lakukan padanya sepertimana Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar lakukan. Kemudian kamu datang. Perkara / Cerita kamu berdua sama. Kamu datang mahu meminta bahagian kamu daripada anak saudaramu. Dan orang ini pula datang mahu meminta kepadaku bahagian isterinya daripada ayahnya[6]. Aku berkata: “Kalau kamu mahu aku boleh berikannya kepada kamu berdua tetapi dengan syarat dengan nama Allah sebagai perjanjian daripada Allah dan perteguhan daripada Allah s.w.t kamu betul-betul akan lakukan sepertimana yang Rasulullah dan Abu Bakar s.a.w. lakukan dan juga seperti yang aku lakukan semenjak aku dilantik memegangnya[7] dan jika tidak[8] kamu jangan bercakap dengan aku berkenaannya. Kamu berdua berkata (dahulu): “Berikannya kepada kami dengan syarat itu[9]. Lalu aku berikannya kepada kamu berdua dengan syarat itu.” Aku mahu bertanya kamu berdua. Demi Allah! Adakah aku telah berikannya kepada mereka berdua ini dengan syarat itu dahulu? Semua menjawab: “Memang, begitulah.”

Perawi berkata: Kemudian `Umar berpaling mengadap `Ali dan `Abbas pula lalu berkata: “Aku mahu bertanya kepada kamu berdua. Demi Allah! Adakah aku telah berikannya kepada kamu berdua dengan syarat itu?” Mereka berdua menjawab: “Memang, ya.” `Umar berkata lagi: “Adakah kamu mahu daripadaku keputusan yang lain selain daripada itu? Demi Tuhan yang dengan izin-Nya berdiri langit dan bumi! Aku tidak akan memutuskan berhubung dengannya keputusan selain daripada itu sehingga kiamat. Sekiranya kamu tidak mampu menguruskannya maka kamu kembalikanlah tanah itu kepadaku dan aku akan uruskan harta itu untuk kamu berdua.”


Apa Yang Boleh Difahami Daripada Hadits


Dalam hadits ini juga jelas menunjukkan akuan daripada sahabat-sahabat bahawa mereka tahu tentang hadits yang disebutkan oleh `Umar adalah bukti jelas menunjukkan hadits yang Abu Bakar sebutkan dahulu (dalam sebuah hadits tentang tuntutan tanah fadak oleh Fatimah) adalah mutawatir kerana hadits ini diakui, diketahui dan diriwayatkan oleh sekian ramai sahabat.


Ini jelas menafikan dakwaan Khomeini La`natullah yang mengatakan ia adalah hadits palsu yang direka Saidina Abu Bakar kerana enggan memberikan tanah fada’ kepada Fatimah. Ini menyebabkan Fatimah enggan bercakap dengan Abu Bakar sehingga dia meninggal dunia dan pembongkaran tentang kepalsuan cerita ini telahpun didedahkan dalam artikel terdahulu [ bertajuk Pusaka Untuk Keluarga Nabi s.a.w: Fitnah Terhadap Abu Bakar r.a Berkaitan Tanah Fadak]


Dalil Daripada al-Quran


Sekiranya diperhatikan dalam al-Quran sudah pun jelas menyatakan bahawa harta tersebut bukanlah milik peribadi Rasulullah dan keluarganya sahaja bahkan ia adalah fai`. Maka apabila dikatakan fai` sudah tentulah ia akan dibahagikan bukan sahaja kepada keluarga Rasulullah bahkan juga untuk orang-orang miskin, Ibnus Sabil (orang musafir yang putus bekalan) dan juga anak-anak yatim sepeti yang disebutkan dalam firman Allah ini:

مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) berupa fai’, maka itu adalah hak Allah, dan Rasulullah (ya`ni untuk kepentingan ummat), dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintah-Nya).[Al-Hasyr : 7]


Ayat ini menunjukkan pelbagai lapisan masyarakat dapat merasa harta fai’ ini tetapi berbeza sekiranya ia dijadikan pusaka, maka bertambah kayalah orang kaya yang mendapat pesaka.


Menurut kitab Syiah, Fatimah adalah orang kaya yang mempunyai 7 tanah / kawasan. Pada masa itu pemilik beberapa bidang tanah adalah seperti jutawan pada zaman moden ini. Walaupun sudah kaya tetapi masih mahukan tanah tersebut sedangkan ayahandanya iaitu Rasululllah s.a.w. sudah membahagikan harta-harta bukan sahaja kepada sanak saudaranya bahkan juga kepada anak-anak yatim, orang miskin dan ibnu sabil dan bukannya untuk keluarganya sahaja.


Sekiranya kita teliti kisah-kisah seperti ini kita akan dapat lihat konsep tabarra atau unsur bara`ah ya`ni memburukkan peribadi ahlul bait secara tidak langsung. Sekali pandang kita dapat lihat golongan Syiah seperti bersimpati dan mahu membela Sadatina Fatimah dan mereka marah dengan orang yang melakukan penganiayaan terhadap Fatimah tetapi sekiranya diperhatikan dengan teliti ianya tidak bermaksud demikian. Seakan Saidatina Fatimah sangat tidak terdidik. Sedangkan Fatimah diajar hidup dalam keadaan yang kasar sehingga apabila Fatimah mahukan seorang hamba untuk membantu kerja-kerja rumahnya maka Rasulullah s.a.w. enggan memberinya bahkan mengajarkannya dengan suatu yang lebih baik iaitu dengan bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Begitu juga dengan ahli keluarga Nabi yang lain, apabila mereka memakai kalung atau gelang maka Rasulullah mengatakannya memakai api neraka sedangkan gelang dan kalung itu bukanlah daripada emas. Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. sesekali tidak pernah mengajar keluarganya hidup dalam kemewahan mahu dan jauh sekali dari gilakan kebendaan / materialistik.


Apa yang dapat diperhatikan daripada kisah ini adalah Fatimah begitu mahukan harta sedangkan apa perlunya sebidang tanah untuk seorang yang sudahpun jutawan. Syiah menghikayatkan kisah-kisah seakan-akan Fatimah adalah orang yang tamakkan harta, didikan yang gagal daripada Rasulullah.

Menurut Syiah lagi, selepas itu Fatimah marah pula apabila orang lain menceritakannya hadits daripada ayahnya sendiri iaitu Rasulullah hanya kerana sebidang tanah. Apakah sifat itu yang ada pada puteri didikan baginda?


Kemudian mereka mengaitkannya dengan cerita Nabi Zakaria dalam sebuat ayat al-Quran iaitu ayat:


يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آَلِ يَعْقُوبَ


Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub. [Maryam: 6]


Kononnya Nabi Zakaria memohon daripada Allah supaya dia mendapat zuriat yang akan mewarisi harta pusakanya dan bukan mewarisinya sahaja bahkan juga mewarisi keluarga Ya`qub. Nampaknya banyak benar harta Nabi Zakaria dan takut benar hartanya akan berpindah ke tangan orang lain.


Gambaran yang diberikan Syiah kepada nabi-nabi juga amat teruk seolah-olah nabi-nabi hanya bagaikan hartawan-hartawan lain yang sangat cintakan harta, kekayaan dan bimbangkan hartanya apabila hampir dengan saat kematian. Di mana logik dan kemunasabahannya apabila seorang nabi bersungguh-sungguh memohon seorang zuriat untuk mewarisi harta kekayaannya.


Walhal ayat tersebut bermaksud Nabi Zakaria memohon zuriat supaya dapat mewarisi ilmu dan tugasan kenabiannya ya`ni supaya dapat meneruskan lagi dakwah yang dilakukannya. Maka barulah timbul kemunasabahan dan logik seperti yang ditafsirkan oleh Ahlus Sunnah Wal-Jama`ah. Ini jelas sekiranya kita teliti sepenuhnya ayat tersebut:


يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آَلِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا


Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan Jadikanlah Dia - Wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai". [ Maryam : 6 ]


Dengan sebab itu Syeikh an-Nadwi menulis sebuah kitab ‘Shuurataan Mutadhaddataan’ iaitu dua gambaran Islam yang bertentangan. Buku ini menyatakan fakta-fakta yang sekiranya kita melihat gambaran Islam dari kacatamata Ahlus Sunnah kita akan nampak Islam itu sangat indah dan menenangkan tetapi apabila kita lihat sahaja Islam dari kacamata Syiah maka kita akan dapati buruknya Islam, buruknya sifat nabi-nabi, gilakan harta termasuklah keluarga Rasulullah s.a.w.


Selain itu golongan Syiah begitu takut menerima kebenaran lantas membuat beberapa alasan:

- Hadits ini rekaan Abu Bakar sahaja.

- Syiah memang tidak menerima Shahih Bukhari sebagai rujukan kerana mendakwa Shahih Bukhari sebagai rekaan Ahlus Sunnah dan lebih rela menerima riwayat hadits rekaan golongan Syiah sendiri iaitu al-Kulaini dalam al-Kafi.

- Hadits ini merendahkan martabat Saidina `Ali kerana menunjukkan Saidina Abi Bakar lebih `alim dan lebih tahu daripada Saidina `Ali sedangkan hadits ini sebenarnya membicarakan tentang mutawalli iaitu hak untuk menguruskan harta dan tidak timbul siapa yang lebih `alim atau berilmu.

- Hadits ini menggambarkan Fatimah tidak tahu tentang satu hadits sedangkan Syiah beri`tiqad bahawa Fatimah (dan juga imam-imam mereka yang lain) mengetahui perkara ghaib.


Perkara Sebenar


Suatu ketika sememangnya Fatimah tidak tahu bahawa tanah Fadak sebagai fai` dan dia menyangkanya sebagai harta ayahnya iaitu Rasulullah s.a.w. lalu pergi bertanya kepada Abu Bakar lantas Abu Bakar menjelaskannya dengan lembut sepertimana yang terdapat dalam hadits-hadits Shahih lain, setelah Abu Bakar menerangkan bahawa ia adalah tanah Fai` dan beliau menguruskan harta tersebut sebagaimana Rasulullah amalkan semasa hayatnya. Kemudian setelah faham tentang kedudukan sebenar tanah Fadak maka Fatimah pun kembali dan tidak bertanya lagi tentang perkara itu. Itu sahaja yang terjadi tetapi malangnya ia kemudian ditokok tambah dan menjadi fitnah yang besar terhadap para sahabat dan keluarga Nabi s.a.w.


Perkara seperti ini juga berlaku kepada `Ali dan `Abbas di mana `Umar menyebutkan mereka tidak berpuas hati dengan apa yang Abu Bakar lakukan disebabkan kedudukan tanah tersebut tidak jelas pada itu. Dengan sebab itu Saidina `Umar menceritakan kembali kisah tersebut untuk menyatakan benarnya Abu Bakar. Kemudian perkara tersebut telah pun jelas semasa pemerintahan Saidina `Umar dan `Umar telah pun memberikan harta tersebut kepada mereka untuk diuruskan. Apa yang berlaku dalam hadits ini hanyalah masalah yang tidak dinyatakan dengan jelas sehingga `Umar menawarkan supaya mengembalikan urusan mutawalli ya`ni hak sebagai pengurus harta itu kepadanya.


Dakwaan Syiah


Abu Bakar dan `Umar tamakkan harta, dengan sebab itu mereka enggan menyerahkan tanah Fadak.


Jawapan


Tidak timbul isu ketamakan kerana hakikatnya anak kepada Saidina `Umar dan Abu Bakar juga adalah isteri-isteri Rasulullah yang berhak ke atas tanah Fadak tersebut. Ini menunjukkan mereka telah melakukan suatu yang betul.

Dalam riwayat-riwayat lain Saidina `Ali dizaman pemerintahannya juga tidak mengambil tanah Fadak. Ini menunjukkan Saidina `Ali menerimanya sebagai keputusan yang sah.


Wallahua`lam.


( Saringan Dari Kuliah Shahih Bukhari: Kitab Maghazi - Bab Hadits Bani an-Nadhir Klik Untuk Dengar Atau Download Audio Penjelasan Kisah Sebenar Fatimah & Tuntutan Tanah Fadak )



Disediakan oleh Ibnu Hasan,

13 Januari 2011,

Bersamaan 8 Safar 1432 H



Artikel Berkaitan:

PUSAKA UNTUK KELUARGA NABI S.A.W : Fitnah Syiah Terhadap Abu Bakar Berkenaan Tanah Fada'



[1] Ya`ni hadits Malik bin Aus al-Hadatsan

[2] Akuan daripada sahabat ini adalah bukti jelas menunjukkan hadits ini mutawatir kerana hadits ini diakui dan diketahui oleh sekian ramai sahabat. Ini jelas menafikan dakwaan Khomeini La`natullah yang mengatakan ia adalah hadits palsu yang direka Saidina Abu Bakar kerana enggan memberikan tanah fada’ kepada Fatimah. Ini menyebabkan Fatimah enggan bercakap dengan Abu Bakar sehingga dia meninggal dunia dan pembongkaran tentang kepalsuan cerita ini telahpun didedahkan dalam artikel ini. Sila klik pautan ini

[3] Al-Hasyr : 6

[4] Apabila Abu Bakar menjadi pengganti dan wakil Rasulullah s.a.w. maka harta sebegini / harta kerajaan / orang ramai dipegang oleh waliyyul amr / amirul mukminin dan Rasulullah s.a.w. pegang dahulu sebagai pemerintah (bukannya sebagai miliknya atau sebagai ayah) Apabila Saidina Abi Bakar naik dia juga turut memberinya kepada keluarga Rasulullah ya`ni bukan isteri-isterinya sahaja bahkan juga anak-anak dan cucu-cucunya yang mana disebut dalam al-Quran sebagai zawil qurba.

[5] Ya`ni kamu berdua mengatakan Abu Bakar tidak melakukan dengan betul

[6] Ya`ni sebagai pusaka kerana masih belum faham tentang kedudukan sebenar perkara itu.

[7] Ya`ni sekadar jadi mutawalli iaitu pengurusnya sahaja.

[8] Iaitu jika kamu mahu dengan maksud lain dan bukan sebagai pengurus harta.

[9] Yani ‘berikan kami harta itu untuk kami uruskannya dengan syarat yang telah ditetapkan itu,’ bermakna ini sudah jelas bukan sebagai harta pusaka. Berkemungkinan kata-kata mereka ini disebabkan merasa berat untuk `Umar kerana banyak tugas sebagai khalifah maka mereka dengan sukarela ingin memikul tugas tersebut untuk memudahkan pembahagian di kalangan ahli keluarga mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...