Ramai orang tidak
mengetahui tentang hubungan kekerabatan di antara sahabat-sahabat
Rasulullah s.a.w. terutamanya di antara Abu Bakar dan Ali.
Setelah Abu Bakar
meninggal dunia, Ali telah mengahwini isteri beliau Asma binti ‘Umais bin Ma’d
bin al-Harith. Sebelum berkahwin dengan Abu Bakar, beliau menjadi isteri Ja’far
bin Abi Talib, iaitu saudara kandung Ali. Hasil daripada perkahwinan dengan
Ali, Asma memperolehi anak lelaki bernama Yahya.[i][1] Asma sentiasa mendampingi Fatimah sehingga di saat hampir
kewafatannya[ii][2] dan beliau turut mengambil bahagian dalam memandikan jenazah
Fatimah.[iii][3]
Hasil perkahwinan
Abu Bakar dan Asma, Muhammad bin Abu Bakar dilahirkan. Sewaktu kewafatan Abu
Bakar beliau masih lagi kecil. Oleh itu, dengan perkahwinan Ali dan Asma,
Muhammad menjadi anak tiri beliau. Ali mendidik Muhammad bersama-sama dengan
dua anak lelakinya Hasan dan Husin, ketika itu Umar menjadi khalifah.
Setelah pembukaan
Madain, dua orang puteri Kisra, Yazdejrad telah ditawan dan dibawa ke Madinah.
Sebelum memasuki Madinah mereka berdua telah diajak mengucap dua kalimah
syahadah. Setelah berlaku pemesyuaratan antara Umar, Ali dan sahabat besar yang
lain, kedua-dua puteri itu dikahwin dengan anak-anak sahabat. Seorang berkahwin
dengan anak Ali, Husain dan yang kedua dikahwinkan dengan Muhammad bin Abu
Bakar, anak tiri Ali. Melalui perkahwinan-perkahwinan ini, Husain memperolehi
Ali Zainul Abidin manakala Muhammad memperolehi al-Qasim. Dengan ini, Ali
Zainul Abidin dan al-Qasim merupakan sepupu di sebelah ibu. Kemudian berlaku
persemendaan antara Husain dan Muhammad di mana cucu Husain, Muhammad al-Baqir
berkahwin dengan cucu Muhammad, Ummu Farwah yang melahir Ja’far al-Sadiq.[iv][4] Nama Ummu Farwah ialah Asam binti Abdul Rahman bin Abu Bakar.
Dengan ini, di sebelah bapanya silsilah keturunan Ja’far al-Sadiq adalah dari
Bani Hasyim manakala sebelah ibunya dari keluarga Abu Bakar.
Perlu diberi
perhatian, ‘Aisyah, anak perempuan Abu Bakar dan juga isteri Rasulullah s.a.w.
adalah adik beradik kepada datuk Ja’far al-Sadiq, Muhammad bin Abu Bakar dan
Abdul Rahman bin Abu Bakar. Dengan ini, ‘Aisyah mempunyai pertalian darah
dengan Ja’far al-Sadiq. Beliau (Ja’far al-Sadiq) merupakan tokoh ilmu yang
unggul dan memperolehi ilmu daripada tokoh-tokoh besar seperti al-Qasim,
al-Zuhri dan ‘Ata’. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik pernah menjadi murid
beliau. Beliau juga mewarisi ilmu daripada nenek beliau ‘Aisyah melalui ‘Urwah
bin al-Zubair yang mendapat didikan dari ‘Aisyah sendiri.
Di zamannya, Ja’far
menjadi tempat rujukan bagi ulama dan beliau adalah seorang yang benar sehingga
tidak pernah diketahui bahawa beliau pernah berdusta. Oleh kerana itu, beliau
digelar al-Sadiq. Jika datuk di sebelah ibunya, Abu Bakar terkenal dengan sifat
benar dan amanah bersama-sama Rasulullah s.a.w., maka tidak hairanlah cucu
beliau, Ja’far al-Sadiq terkenal juga dengan sifat benar.
Ini kerana ibunya
adalah Farwah binti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar dan ibunya Farwah, Asma
binti Abdul Rahman bin Abu Bakar.
Ja’far al-Sadiq
diriwayatkan pernah berkata: Abu Bakar telah melahirkanku dua kali.[v][5]
Carta 1 di bawah
berikut dapat menjelaskan maksud kata-kata Ja’far al-Sadiq itu.
Hubungan
persemendaan yang rapat di antara mereka ini boleh dilihat dengan lebih jelas
lagi melalui carta 2 sebagaimana berikut.
1.
Rasulullah s.a.w. mengahwini ‘Aisyah binti Abu Bakar. (1-a dan 1-b)
2.
Hasan bin Ali, cucu Rasulullah s.a.w. mengahwini Hafsah binti Abdul
Rahman bin Abu Bakar.[vi][6] (2-a dan 2-b)
3.
Ishaq bin Ja’far bin Abi Talib, berkahwin dengan Ummu Hakim binti
al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al-Siddiq. (3-a dan 3-b)
4.
Muhammad al-Baqir bin Ali Zainul Abidin bin al-Husain bin Ali bin
Abi Talib berkahwin dengan Ummu Farwah binti al-Qasim bin Muhammad bin Abu
Bakar al-Siddiq. (4-a dan 4-b)
5.
Musa al-Jawn bin Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Muthanna bin
al-Hasan al-Sabt bin Ali bin Abi Talib mengahwini Ummu Salamah binti Muhammad
bin Talhah bin Abdullah bin Abdul Rahman bin Abu Bakar al-Siddiq. (5-a dan
5-b)
Keakraban mereka
dapat dilihat dengan jelas lagi apabila Ahli Bait menamakan anak-anak mereka
dengan nama Abu Bakar.
1.
Ali bin Talib menamakan anaknya dengan Muhammad yang
dikunyahkan dengan Abu Bakar.[vii][7] Ibu Abu Bakar bernama Laila binti Mas’ud dari Bani Taym yang juga
merupakan keluarga /keturunan Abu Bakar al-Siddiq.
2.
Abu Bakar bin al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Beliau telah syahid
di Karbala’bersama dengan bapa saudaranya, al-Husain.[viii][8]
3.
Abu Bakar Ali Zainul ‘Abidin bin al-Husain. Ini merupakan kunyah
bagi Ali Zainul ‘Abidin, imam yang keempat menurut Syiah. Hal ini disebutkan
oleh ramai penulis Syiah.[ix][9]
4.
Abu Bakar Ali bin Musa al-Kazim bin Ja’far al-Sadiq. Kunyah Ali
al-Ridha ini disebutkan oleh Nur al-Din al-Tabarasi di dalam al-Najm
al-Thaqib fi Alqab wa Asma’ al-Hujjah al-Ghaib.
5.
Abu Bakar bin Abdullah bin Ja’far bin Abi Talib. Ini disebutkan di
dalam Ansab al-Asyraf dan Tarikh Khalifah al-Khayyat.
Berdasarkan kepada
fakta-fakta di atas, adalah tidak wajar bagi golongan Syiah yang mendakwa
mereka menyintai Ahli Bait sedangkan dalam masa yang sama mereka memaki hamun
Abu Bakar dan keluarganya. Mereka itu tidak lain adalah nenek moyang imam-imam
dua belas yang didakwakan. Seringkali Syiah menggambarkan layanan yang buruk
yang telah diberikan oleh Abu Bakar terhadap ahli keluarga Ali. Walhal
sebenarnya tidak begitu. Keakraban dan kemesraan antara dua keluarga yang mulia
ini disaksikan oleh sejarah dengan adanya hubungan persemendaan antara mereka.
Apatah lagi Ali dan keluarganya menamakan anak-anak mereka dengan nama Abu
Bakar. Kebencian Syiah terhadap para sahabat tidak lain adalah sebagai bukti,
bahawa Syiah adalah satu agenda musuh Islam yang memutarbelitkan istilah dan konsep
cinta kepada Ahli Bait untuk mencipta agama baru yang menghancurkan kemurnian
dan rahmat Islam.
Daripada
perbincangan di atas jelas menunjukkan hubungan kekeluarga Abu Bakar dengan
keluarga Rasulullah s.a.w. Apakah mungkin asal gelaran kepada Ja’far itu
al-Siddiq seperti datuknya Abu Bakar al-Siddiq tetapi telah ditenggelamkan
supaya tidak terlintas bahawa beliau dari keturunan Abu Bakar? Atau mungkin
gelaran al-Sadiq sebagai isyarat bahawa beliau cucu Abu Bakar yang mempunyai
persamaan sifat benar tetapi kita cuai dari memikir hubungan sebenar mereka
berdua.
.
[ii][2] al-Arbali, Kasyf
al-Ghummah, jld.1 hal.503, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jld.43
hal.213 dan al-Tusi, Tahzib al-Ahkam, jld.1 hal. 469, al-Tusi, al-Amali,
jil.1 hal.107
[iv][4] al-Kulayni, Kitab
al-Hujjah min al-Usul fi al-Kafi, jil.1 hal.472. Biografi Ja’far al-Sadiq
boleh dilihat dalam tulisan al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala’ dan Tarikh
al-Islam.
[vi][6] Muhammad al-A’lami al-Hairi,
Tarajim A’lam al-Nisa’, hal.260, 273 dan 278, Abu Nasr al-Bukhari, Sirr
Silsilah al-‘Alawiyyah, hal.20
[vii][7] al-Irsyad, hal.186,
al-Ya’qubi, Tarikh al-Ya’qubi, jil.2 hal.213, al-Asfahani, Maqatil
al-Talibiyyin, hal.142
[ix][9] Sila rujuk al-Jazairi, al-Anwar
al-Nu’maniyyah.
Sumber: http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4638
Sumber: http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4638
ReplyDeleteDo you need a financial help? Are you in any financial crisis or do you need funds to start up your own business? Do you need funds to settle your debt or pay off your bills or start a good business? Do you have a low credit score and you are finding it hard to obtain capital services from local banks and other financial institutes? Here is your chance to obtain a financial services from our company. We offer the following finance to individuals-
*Commercial finance
*Personal finance
*Business finance
*Construction finance
*Business finance And many More:
and many more at 2% interest rate;
Contact Us Via Email:oceancashcapital@gmail.com
Phone number :+1-6474-864-724 (Call/Whats app)