Kisah
1
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab shahihnya iaitu hadits yang ketiga dari [بَاب فِي الْقَسْمِ بَيْنَ النِّسَاءِ ] Bab Tentang Giliran Di Antara Isteri, berikut adalah sanad dan matan hadits tersebut:
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab shahihnya iaitu hadits yang ketiga dari [بَاب فِي الْقَسْمِ بَيْنَ النِّسَاءِ ] Bab Tentang Giliran Di Antara Isteri, berikut adalah sanad dan matan hadits tersebut:
1823 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ يَعْنِي ابْنَ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ
عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ
يَا
ابْنَ أُخْتِي كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُفَضِّلُ
بَعْضَنَا عَلَى بَعْضٍ فِي الْقَسْمِ مِنْ مُكْثِهِ عِنْدَنَا وَكَانَ قَلَّ يَوْمٌ
إِلَّا وَهُوَ يَطُوفُ عَلَيْنَا جَمِيعًا فَيَدْنُو مِنْ كُلِّ امْرَأَةٍ مِنْ غَيْرِ
مَسِيسٍ حَتَّى يَبْلُغَ إِلَى الَّتِي هُوَ يَوْمُهَا فَيَبِيتَ عِنْدَهَا وَلَقَدْ
قَالَتْ سَوْدَةُ بِنْتُ زَمْعَةَ حِينَ أَسَنَّتْ وَفَرِقَتْ أَنْ يُفَارِقَهَا رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَوْمِي لِعَائِشَةَ
فَقَبِلَ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهَا قَالَتْ
نَقُولُ فِي ذَلِكَ أَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى وَفِي أَشْبَاهِهَا أُرَاهُ قَالَ { وَإِنْ امْرَأَةٌ
خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا }
Ahmad bin Yunus telahmeriwayatkan
kepada kami, katanya: `Abd al-Rahman iaitu Ai az-Zinad telah meriwayatkan
kepada kami daripada Hisyam bin `Urwah daripada ayahnya, katanya: `Aisyah
berkata:
“Wahai anak saudara perempuanku.
Rasulullah s.a.w. tidak melebihkan sebahagian kami kepada sebahagian yang lain
dalam pembahagian giliran berada di samping kami. Jarang sekali berlalu satu
hari melainkan baginda akan datang kepada kami semua. Baginda akan mendekati
isterinya tanpa melakukan persetubuhan sehingga sampai kepada isteri yang
mempunyai hari giliran itu barulah Nabi s.a.w. bermalam di sisinya. Saudah
Binti Zam`ah apabila beliau telah berumur / tua dan dia takut Rasulullah s.a.w.
akan mencerainya dia berkata: “Wahai Rasulallah! Giliran hariku keberikan untuk
`Aisyah. Rasulullah s.a.w. menerimanya daripadanya: Kata `Aisyah: kami selalu
berkata: “Berhubung dengan Saudah ini dan orang-orang sempamanya Allah
menurunkan firmannya”, saya rasa perawi berkata (iaitu firman yang Allah
turunkan):
{ وَإِنْ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا }
{Jika seorang perempuan takut / bimbang dengan sikap tidak mahu menggaulinya /
sikap keras / tidak acuh suaminya}.
Kebanyakan nuskhah tersalah cetakan pada hadits ini dengan lafaz وَكَانَ كُلَّ يَوْمٌ sedangkan yang shahihnya adalah وَكَانَ قَلَّ يَوْمٌ sebagaimana hadits di atas dan Imam Ahmad meriwayatkan dengan lebih jelas dalam kitab Musnadnya:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَا مِنْ يَوْمٍ إِلَّا وَهُوَ يَطُوفُ عَلَيْنَا جَمِيعًا امْرَأَةً امْرَأَةً فَيَدْنُو وَيَلْمِسُ مِنْ غَيْرِ مَسِيسٍ
حَتَّى يُفْضِيَ إِلَى الَّتِي هُوَ يَوْمُهَا فَيَبِيتَ عِنْدَهَا
Daripada `Aisyah Tidak ada satu hari
pun melainkan Rasulullah akan datang kepada kami semua, seorang demi seorang
isterinya lalu dia mendekati dan menyentuh tanpa melakukan persetubuhan sehingga
membawanya pergi kepada isteri yang hari tersebut adalah gilirannya lalu
baginda bermalam disisinya.
Kedua-dua hadits ini sama dari segi maksud dan pengajrannya Cuma sedikit berbeza pada lafaz yang digunakan. Cuma pada hadits riwayat Imam Muslim ada lafaz yang boleh menjeaskan kedudkan Rasulullah s.a.w. kerana menampakkan peribadi Rasulullah yang tidak elok. Lafaz tersebut adalah:
وَلَقَدْ
قَالَتْ سَوْدَةُ بِنْتُ زَمْعَةَ حِينَ أَسَنَّتْ وَفَرِقَتْ أَنْ يُفَارِقَهَا رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَوْمِي لِعَائِشَةَ
فَقَبِلَ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهَا
Saudah Binti Zam`ah apabila beliau
telah berumur / tua dan dia takut Rasulullah s.a.w. akan mencerainya dia
berkata: “Wahai Rasulallah! Hari giliranku keberikan untuk `Aisyah. Rasulullah
s.a.w. menerimanya daripadanya
Dari sudut dirayah, apa-apa lafaz yang menggambarkan Rasulullah dengan peribadi / sifat tidak elok hendaklah ditolak atau ditakwil sekiranya masih boleh ditakwilkan. Sekiranya tidak, maka wajib diketepikan sahaja.
Lafaz di atas seolah-olah menggambarkan Rasulullah seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya mendampingi isterinya yang muda dan cantik sahaja. Dia mungkin akan melakukan sesuatu yang membuatkan isterinya tersisih dan boleh jadi apabila baginda sudah tawar hati pada isterinya maka ada kemungkinan baginda akan menceraikannya. Dan apakah pengajaran daripadanya? Mungkin ada yang akan menceraikan isterinya apabila sudah tua / tawar hati padanya dan ini tidak menjadi kesalahan kerana ianya ‘sunnah’.
Pertama: Dan kata-kata Saudah ‘Hari giliranku keberikan untuk `Aisyah’ menunjukkan Saudah tidak ikhlas dan dia melakukannya kerana terpaksa kerana dia menyebutnya selepas takut diceraikan oleh Rasulullah s.a.w. Sehingga begitu sekali pengorbanan seorang perempuan tua untuk mengambil hati suaminya supaya tidak diceraikan. Sebelum ini apa yang Saudah buat untuk Rasulullah, bukankah beliau juga sudah berkorban menjaga Rasulullah sebagaimana isteri-isterinya yang lain dan apabila sudah sampai keperingkat ini oleh kerana takut diceraikan maka dia terpaksa memberikan gilirannya kepada orang lain. Benarkah ia begitu?
Kalau berdasarkan riwayat tadi lagi Rasulullah s.a.w. pun terima. Sekiranya kita kaitkan dengan istilah ‘nusyuz’ firman Allah tadi seolah-olahnya Rasulullah sikap tak acuh atau tidak mahui tidur sekali Rasulullah s.a.w menyebabkan Saudah merasa takut dan bimbang. Dan baginda seolah-olah menunggu-nunggu saat tersebut.
Mana-mana hadits yang menggambarkan
kekurangan pada sifat Rasulullah s.a.w dan peribadinya rendah berkepentingan
duniawi, begitu juga isterinya. Atau dia seorang yang kejam dan zalim, tidak
menjaga hati orang lain serta tidak memperdulikan perasaan orang lain sehinggakan
isteri hanya untuk masa suka-suka dan apabila sudah tua atau layu maka boleh
dibuang begitu sahaja.
Dikaitkan pula dengan ayat{ وَإِنْ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا } {Jika seorang perempuan takut / bimbang dengan sikap tidak mahu menggaulinya / sikap keras / tidak acuh suaminya}.
Seolah-olah ayat ini menyuruh sesiapa yang dimadukan
suaminya mencontohi Saudah iaitu apabila sudah tua dan suami pula sudah tawar
hati padanya maka dia hendaklah memberikan gilirannya kepada madunya ya`ni
isteri suaminya yang lain.
Manakala bagi pihak suami pula, dia boleh memperlihatkan sikap kasar, bermasam muka dengan isteri, tidak menggaulinya dan bersikap tidak acuh dengannya supaya si isteri boleh memahaminya dan memberikan gillirannya kepada isterinya yang lain.
Kalau kita andaikan apabila seorang suami sudah tua, sakit ataupun lumpuh dan si isteri sudah tawar hati padanya maka bolehkah bagi si isteri bersikap kasar, bermasam muka, bersikap tidak acuh dan tidak menggauli suaminya supaya suaminya faham kehendak isterinya yang mahukan perceraian? Apa perasaan kita sekiranya ini berlaku?
Ayat tadi biasanya dikaitkan dengan perempuan sahaja supaya mereka mengalah dan berkorban yang mana menjadikan kisah tadi sebagai panduan. Bagaimanapun, pernahkah kita persoalkan; adakah kisah tadi punya asas? Pernahkah dikaji dan diteliti kesahihannya? Inilah senario yang biasa berlaku dalam masyarakat apabila banyak kecelaruan masyarakat berpunca dari kegagalan dalam memahami hadits. Lalu Rasulullah s.a.w. dilihat sebagai seorang yang kejam, menganiayai kaum perempuan dan tidak memperdulikan perasaan isterinya. Inilah yang terjadi apabila tiada kajian terhadap hadits-hadits Nabi s.a.w.
Kisah 2
Kisah pertama hanya menyatakan kerisauan Saudah yang bimbang takut-takut diceraikan Rasulullah s.a.w. tetapi dalam sesetengah riwayat menyatakan Rasulullah memang menceraikannya menyebabkan Saudah sedih lalu apabila baginda lalu di jalan beliau pun pergi memeluk kaki baginda dan merayu-rayu supaya dirujuk semula, apa yang dia mahu hanyalah menjadi isteri Rasulullah s.a.w. tetapi baginda tidak memperdulikannya. Lalu Saudah pun menawarkan gilirannya kepada `Aaisyah.
Kira-kiranya dalam kisah ini Rasulullah s.a.w. suka sangat dengan ‘Aaisyah sehinggakan apabila ditawarkan giliran kepada `Aaisyah barulah baginda melayani kehendak Saudah. Adakah begini sifat Rasulullah s.a.w.?
Dalam kitab Talqiyah Saudah ini
diceraikan pada tahun ke-8 dan Nabi rujuk kembali apabila dia merayu dan
penulis cuba kompromikan antara riwayat ini dan riwayat Abu Daud iaitu talak
itu adalah talak raj`ie dan Saudah takut perceraian itu berlanjutan sehingga
habis `iddah.
Jadi yang mana satukah yang betul?
Saudah diceraikan atau tidak?
Kesimpulan
Sebenarnya tidak ada kisah-kisah seperti ini, apa yang ada hanyalah seperti yang diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim dan juga salah satu riwayat Imam Abu Daud iaitu Saudah memberikan gilirannya kepada `Aaisyah dan Rasulullah menerimanya secara baik, itu sahaja. Manakala ‘kerisauan’ untuk diceraikan kerana beliau sudah tua ataupun takut habis `iddah kerana sudah diceraikan adalah waham ya`ni kekeliruan perawi semata-mata.
Manakala Saudah sebenarnya memberikan
gilirannya kepada `Aaisyah adalah kerana kasihan belas dan kemurahan hatinya. Barulah
ada kemunasabahan dan kesesuain dengan peribadi isteri-isteri yang terdidik
dengan didikan Rasulullah s.a.w.
Sedikit perbincangan tentang perawi
hadits:
`Abd al-Rahman Ibnu Abi az-Zinad:
-
Bukan seorang ulama` mempertikaikannya
- Imam Malik mengatakannya tsiqah tetapi dalam ilmu
hadits tsiqah tentu lagi hujjah (ya`ni untuk dibuat pegangan).
Apatah lagi apabila kita mengambil kira pendapat orang-orang lain yang
mempertikaikannya.
- Imam Bukhari juga mengambil riwayat daripadanya tetapi
bukan sebagai riwayat usul (riwayat utama) tetapi hanya sebagai syawahid
(ya`ni hanya sebagai sokongan) sahaja.
- Begitu juga dengan Imam Muslim yang hanya meriwayatkan
dalam muqaddimah Muslim sahaja dan bukannya dalam riwayat usul.
Sepintas lalu penilaian dari segi dirayah:
1-
Kisah-kisah tadi memburukkan peribadi Rasulullah s.a.w.
2-
Saudah dikatakan tua? Berapakah umurnya? Kebanyakan
ulama` termasuk Imam Bukhari dan Ibnu `Abdil Barr mengatakan bahawa Saudah
wafat pada tahun 22 Hijrah (iaitu di akhir pemerintahan Saidina `Umar). Itulah
pendapat yang dikatakan sahih. Tetapi sebahagian ulama` mengatakan dia wafat
pada tahun 54 iaitu di zaman pemerintahan Saidina Muawiyah. Kalau kita andaikan
ketika beliau bernikah dengan Nabi 2 atau 3 tahun selepas kewafatan Saidatina
Khadijah (kerana Nabi s.a.w. menikahi Saudah terlebih dahulu sebelum `Aaisyah)
ya`ni sebelum berhijrah iaitu pada tahun ke-10 kenabian Khadijah wafat. Maka
kita andaikan baginda menikahi Saudah pada tahun ke-13 semasa umurnya 30 tahun.
Selepas itu dia duduk dengan Nabi s.a.w. selama 10 tahun maka ketika wafatnya
baginda beliau baru berumur 40 tahun. Maka apakah patut diperlakukan demikian
kerana umurnya mencapai 40 tahun, sudah tua sangatkah 40 tahun itu?
3-
Sekiranya beliau diceraikan sebab beliau sakit tua atau
seumpamanya maka tidak masuk akal Rasulullah s.a.w. yang berperibadi mulia akan
bertindak demikian kerana baginda seorang yang penyayang maka sudah tentu orang
sakit lebih patut dikasihani dan bukannya diceraikan.
Apa
yang sepatutnya kita lakukan?
Yang sebetulnya sekiranya apabila kita temui riwayat-riwayat seperti ini maka hendaklah kita tinggalkan kerana ianya riwayat yang tidak boleh diguna pakai.
Tidaklah
lebih utama kita untuk kita menjaga nama baik Imam Abu Daud, Ibnu Abi az-Zinad
atau mana-mana perawi daripada kita menjaga nama baik Rasulullah s.a.w.
Tujuan
mewujudkan sanad, kitab hadits dan ilmunya dalah untuk menjaga nama baik
Rasulullah s.a.w. tetapi tiba-tiba maksud utama pula yang tercalar, maka apa
gunanya sanad sekiranya maksud hadits mencalarkan peribadi RAsulullah s.a.w.
Maka riwayat-riwayat seperti ini tidak boleh diguna pakai. Wallahu a`lam.
~ Adaptasi & Sinopsis oleh Ibnuhasan
~ Adaptasi & Sinopsis oleh Ibnuhasan