Tanda-Tanda jiwa yang sihat dan tenteram sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab Ighatsatul Lahfan min Mashayid asy-Syaithan.،¨
Di antara tanda-tanda tersebut adalah mampu memilih segala sesuatu yang bermanfaat dan memberikan ketenteraman kepada jiwanya. Dia tidak memilih perkara-perkara yang berbahaya atau yang menjadikan jiwanya sakit atau menderita.
Tanda jiwa yang sakit adalah sebaliknya. Santapan jiwa yang paling bermanfaat adalah keimanan dan ubat yang paling mujarab adalah al-Quran. Firman Allah s.w.t:
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. [Al-Israa`:82.]
Selain itu Syaikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi dalam kitabnya Mawaridul Aman al Muntaqa min Ighatsatil Lahfan fi Mashayid asy-Syaithan menyebutkan beberapa sifat yang dimilik oleh jiwa yang sihat, iaitu:
Hawa Atau Syaitan Yang Memujuk Adam Memakan Buah Khuldi?
Boleh dikatakan hampir kesemua kisah yang kita baca dan dengar berkaitan Adam dan buah khuldi menunjukkan bahawa Hawa lah yang memujuk Adam memakan buah Khuldi di dalam syurga yang mana kemudiannya menyebabkan Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga dan ditempatkan di dunia. Namun benarkah Hawa yang memujuk Adam?
Untuk menghilangkan keraguan maka hendaklah kita merujuk kepada al-Quran di mana Allah s.w.t. berfirman:
Lalu syaitan menghasut mereka berdua (memakan buah pokok larangan) dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (al-A`raf: 20)
Dalam ayat ini jelas bahawa syaitan yang menghasut Adam dan Hawa bukannya syaitan menghasut Hawa dan kemudian Hawa menghasut Adam pula.
Dalam surah Taha, ayat 120, penafian bahawa Hawa tidak memujuk Adam lebih jelas lagi:
Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah?“ (Taha: 120)
Lanjutan
Renteten daripada kisah tadi ada lagi lanjutannya yang boleh kita masukkan dalam kategori mitos kerana tidak ada dalil dari al-Quran maupun hadits. Setelah Adam memakan buah khuldi dan hampir menelannya lalu datanglah Jibril menahan buah tersebut sebelum sempat buah khuldi itu sampai ke perutnya lalu terjadilah buah halkum yang tampak jelas dileher manusia yang bergelar lelaki
Namun harus diingat, tiada satu pun riwayat dari hadits maupun ayat al-Quran menyebutkan kejadian halkum lelaki adalah dari buah khuldi yang terlekat dileher adam
Buah khuldi Atau Pokok Khuldi?
Terdapat percanggahan antara kisah yang biasa kita dengar dengan apa yang jelas dalam al-Quran, kerana al-Quran tidak pula menyebutkan Khuldi itu sebagai buah sebaliknya hanya menyebutkan sebagai pokok khuldi di beberapa buah tempat:
Lalu syaitan menghasut mereka berdua memakan pokok larangan dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (al-A`raf: 20)
Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah?“ (Taha: 120)
شَجَرَةِ dalam bahasa Arab bermaksud pokok. Sekiranya ingin ditakwilkan mungkin boleh dikatakan bahawa disebutkan pokok khuldi tetapi yang dimaksudkan adalah buahnya ya`ni dengan menggunakan istilah balaghah itlaqulkul wa iradatul juz. Contoh lain: Saya telah pergi mengetuk rumahnya ya`ni saya telah pergi mengetuk pintu rumahnya
Walau bagaimanapun tidak ada dalil lain yang menjelaskannya demikian sama ada daripada hadis maupun al-Quran untuk menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dalam ayat-ayat tadi adalah buah.
Seterusnya sebagai ummat Islam yang berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah, kita sepatutnya lebih berhati-hati dengan kisah-kisah yang sampai kepada kita kerana kebiasaannya kisah nabi-nabi terdahulu iaitu nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. ada terselit kisah Israiliyyat ya`ni kisah yang diriwayatkan atau berpunca dari Bani Israil. Kebanyakan riwayat Israiliyyat ini hanya layak digelar dongengan sahaja dan tidak boleh kita menerima atau mempercayainya lebih-lebih lagi apabila ia bercanggah dengan al-Quran & hadits. (Klik link ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Israiliyyat dan hukum berkaitannya).
‘Selisih malaikat 44’ atau ‘minta simpang mailakat 44’, biasanya disebutkan oleh orang-orang tua dalam dalam novel dengan tujuan supaya dapat dielakkan dari bala, masalah atau musibah. Mutakhir ni dah macam trend plak alam skrip drama-drama tv dan filem-filem melayu, balik-balik ‘Selisih malaikat 44’, tapi apa maknanya? Siapa malaikat 44? Malaikat ke 44 atau bilangannya sebanyak 44? Takkan plak nak minta simpang dari malaikat 44, kalau nak minta jauh atau simpang ni baik minta dijauhkan dari syaitan atau iblis. Kalau nak berlindung plak, sebagai ummat Islam kita diperintahkan supaya minta berlindung dengan Allah dan bukannya dengan minta berlindung dengan malaikat, firman Allah:
dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-A`raaf:200]
Namun dalam merungkai makna dan erti ‘selisih malaikat 44’ ni tidaklah semudah yang disangka walaupun sudah dengan menggunakan menggunakan khidmat Pakcik Google sebagai enjin pencarian tercanggih buat masa ini. Walau bagaimanapun kebanyakannya tak memberi jawapan sama ada yang munasabah atau sebaliknya. [ So..adakah sahabat-sahabat tahu apa maknanya ‘simpang malaikat 44’??? Kalau sesaper tau maknaner kongsi2 lah yek.. bleh bgtau kt komen bawah artikel ni ;) ]
Perkara sia-sia sebegini sekiranya dibiarkan ini boleh membawa kepada satu kepercayaan atau amalan baru masyarakat Islam sedangkan amalan dan kepercayaan orang Islam adalah berlandaskan al-Quran dan hadits Nabi s.a.w.
Yahya bin Bukair telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Laits telah meriwayatkan kepada kami daripada ‘Uqail daripada Ibnu Syihab, katanya: Anas bin Malik telah menceritakan kepada saya bahawa beliau mendengar Umar pada hari keesokan daripada orang-orang Islam berbai`ah kepada Abu Bakar. Beliau berada di atas minbar Rasulullah s.a.w. di mana beliau bertasyahhud sebelum Abu Bakar lalu berkata:
“أَمَّا بَعْدُMaka Allah telah memilih untuk Rasul-Nya s.a.w. apa yang ada padanya daripada apa yang ada pada kamu. Inilah kitab yang Allah telah pimpin dengannya Rasul kamu. Oleh itu kamu berpeganglah dengannya supaya kamu beroleh petunjuk yang Allah berikan kepada Rasul-Nya.” [Riwayat Bukhari]
Jelaslah daripada hadits ini bahawa agama Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sudahpun sempurna dan tidak memerlukan apa-apa penambahan.
Adam bin Abi Iyaas telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Amar bin Murrah telah menceritakan kepada kami, katanya: Saya mendengar Murrah al-Hamdani berkata: Abdullah berkata:
“Sesungguhnya cerita yang paling baik adalah cerita daripada kitab Allah dan sebaik-baik pimpinan ialah pimpinan Muhammad s.a.w. dan seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara yang baharu/direka-reka dan {Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti akan datang dan kamu tidak akan dapat mengelakkan diri daripadanya.” [Riwayat Bukhari]
Jadi.. dari mana pula datangnya kepercayaan ini. Sebenarnya banyak lagi kepercayaan yang dipercayai oleh masyarakat melayu zaman dulu-dulu antaranya:
golek kelapa atas perut orang mengandung untuk memudahkan proses bersalin
pantang larang seperti: tidak boleh menyapu diwaktu malam kerana boleh membawa kepapaan, tidak boleh potong kuku waktu malam kerana ini juga boleh membawa kepapaan dan macam2 lagi
Dan banyak lagi, selisih malaikat 44 ni kita bleh la masukkan sekali sbb setakat ni tiada jawapan bernas untuk merungkai maknanya.
Kenapa malaikat?
Dalam banyak-banyak makhluk, makhluk yang bernama malaikat yang diminta selisih/simpang, tapi kenapa malikat? Adakah sebab malaikat adalah mahkluk Allah yang sangat taat kepada Allah?
Malaikat adalah makhluk Allah yang dijadikan daripada Nur, apa yang dituntut oleh Islam adalah supaya beriman dengan Malaikat, ini jelas berdasarkan sebuah hadits riwayat Imam Muslim menyebutkan:
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Ceritakan kepadaku tentang iman”.
Nabi s.a.w berkata: "Iaitu bahawa engkau beriman dengan Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat dan engkau beriman dengan Qadar (takdir), baiknya dan buruknya". Kata lelaki itu: “Benar engkau”.