Monday, January 3, 2011

Usia Sebenar Khadijah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w.



Umumnya mengetahui bahawa kebanyakan anak-anak Rasulullah adalah hasil perkongsian hidupnya bersama Khadijah dan boleh dikatakan semua buku sirah, sejarah atau hikayat Nabi yang kita temui menceritakan bahawa Khadijah r.a. berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. semasa umur Khadijah 40 tahun.


Inilah pendapat yang paling popular, sedangkan dalam kitab-kitab ada juga menyebutkan Khadijah berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. pada ketika umur Khadijah 35 tahun, 30 tahun, 27 tahun dan 25 tahun.


Mualana Habibur Rahman dalam bukunya telah membuat kajian berkenaan dengan `umur `Aisyah & Khadiah r.a. semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. dan beliau memulakan bukunya dengan sepotong ayat al-Quran:


لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ

Supaya kamu tahu bilangan tahun dan kira-kira-kira [ Yunus : 5 ]






Di bawah ini adalah petikan dari perbahasan beliau berkenaan `umur Khadiah r.a. semasa berkahwin dengan Nabi s.a.w. yang saya petik dari www.darulkautsar.net



Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w.

(Adaptasi dari terjemahan Bahasa Inggeris kertas kerja hasil kajian oleh Maulana Habibur Rahman Siddiqui Kandhalawi. Beberapa pindaan dari teks asal dibuat untuk tujuan menjelaskan fakta.)


Dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang yang tidak berasas tetapi telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada ugama. Ini adalah percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua. Dalam usia lanjut, beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir.


Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi, Jilid II, m/s 402).


Di sini, timbul satu persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?


Pihak Orientalis dan musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana peristiwa ini jelas bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa seperti ini, mereka mengambil kesempatan untuk mencemuh Islam.


Namun begitu, ulama kita sebaliknya menganggap kejadian ini sebagai ‘satu mukjizat’ Rasulullah s.a.w. Tambahan lagi mereka menganggap inilah keistimewaan nabi s.a.w. kerana sanggup mengahwini wanita yang tua sedangkan baginda s.a.w. sendiri muda belia.


Di pihak yang lain golongan Syiah mendakwa adalah tidak mungkin melahirkan sebegitu ramai anak di usia tua. Oleh itu, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak diiktiraf sebagai anak nabi s.a.w.


Golongan Syiah mengatakan bahawa umur Khadijah r.a. ialah 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Meskipun mereka amat mahir bermain dengan angka, mereka telah melakukan kesilapan bodoh bila mendakwa bahawa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kenabian. Dalam hal ini, Khadijah sudah berumur 60 tahun semasa melahirkan Fatimah r.a.. Dengan ini tidak mungkin Ruqayyah dan Kalthum adalah anak kepada Khadijah kerana mereka adalah lebih muda dari Fatimah.


Kita akan membuktikan bahawa empat orang anak perempuan ini adalah dilahirkan oleh Saidatina Khadijah r.a. dari Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu orang Syiah perlu membuktikan bahawa seorang wanita yang berusia 60 tahun boleh melahirkan anak. Dan apabila mereka membuktikannya, mereka mesti juga membuktikan bahawa Fatimah r.a. adalah anak kepada Khadijah r.a.


Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ada yang berkata umurnya 40 tahun. Ada yang berpendapat usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun, dan sesetengah pula mengatakan 27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun. Ahli-ahli sejarah Syiah sependapat mengatakan umurnya 40 tahun, dan mereka menolak pendapat lain. Dan mereka riuh rendah menyebarkan pendapat ‘40 tahun’ ini seolah-olah pandangan lain tidak pernah wujud. Ulama kita dan ahli-ahli sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan daayah ini dan menyangkakan bahawa pendapat golongan Syiah inilah yang ‘tepat’.


Hafiz Ibn Kathir menulis:

Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)


Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun.


Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)


Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun. Dan juga, Hafiz Ibn Kathir juga telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.) adalah salah dan tidak benar sama sekali..


Meskipun dengan fakta yang sebegini jelas, kita masih mempercayai (dan terperangkap) dalam berita yang lebih merupakan khabar angin semata-mata.


Apabila kami mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami, kerana kami adalah mangsa kepada suatu salah faham yang besar. Moga Allah yang Berkuasa mengurniakan kepada kita semua kefahaman akan Kebenaran.


Wallahua’lam



Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=669


Untuk penjelasan melalui video sila klik ....



*Adaptasi dari terjemahan Bahasa Inggeris kertas kerja hasil kajian oleh Maulana Habibur Rahman Siddiqui Kandhalawi. Klik untuk membaca sepenuhnya kajian beliau dalam artikel yang bertajuk Umur `Aisyah Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w.


18 comments:

  1. betul ke? tapi semua dh percaya sngt2.ssh ni.

    ReplyDelete
  2. Kenapa pulak x betul, fakta tu pun disebutkan oleh ulama` yg bkn calang2 orgnya, islam ni agama yg sgt bertepatan dgn fitrah kenyataan dan logik.

    ReplyDelete
  3. Penulis juga ada menyatakan rujukan yg mu`tabar yg kita boleh rujuk bila2 masa kita yg kita mahu, rsnya tidak ada masalah utk mengubah salah faham kita terhadap sejarah. Wallahua`lam!

    ReplyDelete
  4. betul tu..tp mcm mane dgn orng2 y tak tahu..lg2 suktn pljrn kt sklh ..semakin bnyklh generasi y tertipu oleh kesilapn fakta sjrh.hurm..

    ReplyDelete
  5. tu lg lah betul, dlm sukatan pelajaran pun byk yg harus diperbaiki dan di tambah baik tp apabila sistem pelajaran Malaysia lebih kepada sistem peperiksaan dan pensijilan maka benda ni tak diambil kesah oleh sesiapa pun. sebg contoh, Bani Umayyah dianggap sbg perintis institusi beraja dlm kerajaan Islam sedgkn ianya salah dan sebenarnya masih ramai sahabat yg mengadakan syura dan memilih Yazid menggantikan Mu`awiyah
    Oleh kerana perkara ini dipandang sambil lewa maka ia tak dipandang serius seterusnya tidak ada apa-apa tindakan untuk membetulkan fakta yg salah.
    Maka menjadi tanggungjawab kita sbg yg tahu utk menyebar luaskan maklumat ini demi menangksi salah faham terhadap sejarah Islam
    Dgn sbb tue mencari ilmu dan kebenaran adalah hak setiap individu dan tidak terhenti setakat sekolah atau mana-mana universiti bahkan harus kita pikul sehingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  6. byk kekeliruan la.....masa belajor hanye tau umur siti khadijah 40 thn je....tak tau lak...tq info.

    ReplyDelete
  7. wahhh maklumat baru ni...
    terima kasih.

    =)

    ReplyDelete
  8. Assalammua'laikum...

    Mohon share... moga bermanfaat untuk semua

    ReplyDelete
  9. w`salam.. amat dialu2kan..dipersilakan share :)

    ReplyDelete
  10. aiyokk~Buku teks sekolah mmg byk yg salah..keliru bila baca..mohon share kt blog yer..TQ :)

    ReplyDelete
  11. "Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?"

    kenapa nak menyamakan dgn teori sains???? yg lahir di zaman dahulu berbeza dgn di zaman skrg.. lihat saja saiz org2 di zaman nabi dan org2 di zaman skrg ini.. byk beza nye.. mgkn byk lagi perbezaan antara manusia di zaman rasulullah dan di zaman skrg ini.. tlg jgn menyamakan.. nabi mampu mengangkat hadas kecil dgn hanya 1 cawan.. nabi mampu mengangkat hadas besar dgn 1 baldi.. sy xrase manusia zaman skrg mampu berbuat demikian.. fikir dahulu sblm hendak post statement2 yg bole membawa kepada percanggahan pendapat..

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  12. terima ksh sdr hafiz, sblm tu sila rujuk ayat2 berkaler dlm artikel di atas, kajian dibuat berdasarkan rujukan yg dahpun tersurat selama ratusan thn KEMUDIAN DISOKONG dgn kajian sains.. bkn menyamakan

    klu setakat hujjah anda ' sy rasa ' or 'sy x rase' je..x memadai

    jgn pndai komen je tp xde rujukan sbg hujjah

    ReplyDelete
  13. ade lecturer sy menceritakan, ummu aiman ataupun ummu aminah, sy tidak pasti... sy lupe name tersebut.. beliau melahirkan anak sewaktu umurnya 60tahun.. ada info tentang itu pula?

    zaman dahulu dgn zaman skrg byk beza nya.. zaman dahulu bersih dengan tiada radiasi melampau seperti skrg ini.. ade sahaja wanita yg telah berumur 53tahun di malaysia ini telah melahirkan anak.. ini kerana penjagaan makanan nya yg baek dan tertib..

    jd, utk wanita2 zaman nabi, tidak merupakan satu perbalahan mengenainya utk mereka melahirkan anak pada umur yg tua.. umur 60tahun zaman dahulu bagaikan umur 30tahun zaman ini..

    kalau boleh, saudara Ibnu Hasan, keluar laaa di kaca televisyen dgn hujah2 saudara mengenai beberapa artikel saudara yg mana ramai rakyat malaysia berkefahaman laen supaya menjelaskn yg sebenarnya.. mengenai umur isteri Nabi dan juga mengenai tulang rusuk.. sy akn tgu...

    sekian..

    ReplyDelete
  14. "Meskipun dengan fakta yang sebegini jelas, kita masih mempercayai (dan terperangkap) dalam berita yang lebih merupakan khabar angin semata-mata."

    saya rasa kita x perlu utk terlalu berkeras dgn perkara ini, kerana bukti tidak cukup, lagipun perkara macam ni adalah perkara Ghaib, dan Allah jualah yang maha mengetahui akan ap yg sebenarnya berlaku pada masa lampau dan akan datang...
    x salah nak kaji, tapi x perlu nak berkeras tentang sesuatu yg tak pasti 100%... sebab takot mewujudkan pergaduhan dan ketidak puashatian... hehe... yang kene diperangi, kafir harbi bukan sesama kita... jadi saya rase xd masalah, kalo nak percaya 25, ikot la, kalo nak percaya 40 tahun, ikot la... perkara macam qunut subuh pun tidak digembar gemburkan, jadi, saya rse x perlu nak perbesarkan hal ini...

    ReplyDelete
  15. "Apabila kami mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami, kerana kami adalah mangsa kepada suatu SALAH FAHAM YANG BESAR."

    yang ini agak exaggerate siket... hehe... dan lagi satu, saya x rse pun ad salahny berkahwin dgn wanita yg lebih berumur... org kita je yg pndg serong... org kwin 2 pn pndg serong, padahal itu lg baik dari kahwin satu, tp ad org len... kan kan... hehe... padahal Allah dah benarkan...
    yang haram dibuat pulak, cth ny mereka yg terlanjur, si perempuan dah termengandung, jadi nak tutup, dikahwinkan... padahal, kahwin ngn org mengandung kan haram... hmmm...
    sekian... As salam...

    ReplyDelete
  16. Salam,
    Tidak dinafikan bahawa Al-Hafiz Ibn Kathir adalah antara ulamak terulung Islam, tetapi dia tidak terkecuali dari meriwayatkan hadis2 yang tidak sahih.

    Ini bukan cakap saya tetapi inilah yang disebut oleh ulamak2 lain yang tidak kurang juga hebatnya.

    Termasuklah juga mengenai umur Sayyaditina Siti Khadijah. Ini adalah perkara khilaf. Tetapi majoriti ulama memegang kepada umurnya 40 tahun bukan sebaliknya.

    Saya percaya ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencampakkan umat Islam ke kancah perbalahan perkara2 remeh yan tidak ada manfaaatnya melainkan menjauhkan kita daripda perkara2 yang lebih penting seperti kesatuan umat, masalah murtad, peningkatan iman dan lain2.

    Sheikh Yusuf al Qaradawi menyebut bahwa salah satu punca kemunduran dan kejumudan umat Islam hari ini ialah suka berbalah dalam perkara2 trivia dan menyebabkan kita hilang fokus.

    Berbalik kepada isu umur Siti Khadijah, saya cadangkan saudara/i membaca banyak lagi sumber sejarah an Nabawiyah klasik seperti Tarikh Ibn Hisyam, tarikh at Tabari, Tabaqat al Kubra susunan Muhammad Ibn Sa'ad atau yang kontemporari seperti Fiqh Sirah oleh Sheikh Muhammad Said Ramadan al Buti, Ar-Rahiq al Makhtum karya Sheikh Safi ur Rahman Mubarakpuri dan lain-lain.

    Ar-Rahiq al Makhum misalnya telah diiktiraf sebagai susunan yang tepat dan mengambil hanya dari sumber2 yang sahih dan berautoriti.

    Di dalam buku ini kita dapati Sheikh Mubarakpuri menyebut umur Siti Khadijah adalah 40 tahun ketika berkahwin dengan Rasul saw yg berusia 25 tahun ketika itu.

    Itulah juga yang disebut dalam Fiqh Sirah.

    Kedua2 Sheikh adalah terkenal sebagai ulamak yang berwibawa dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu mereka.

    Jadi itulah yang kita terima.

    Harus difaham juga kita janganlah pula menolak pandangan Ibn Kathir kerana ilmunya jauh lebih besar dari kita semua bagaikan langit dengan bumi.

    Tetapi seperti yang saya katakan tadi, tidak ada manafaat utk berbalah perkara trivia ini.

    Wallahu 'alam.

    Syed Amar

    ReplyDelete
  17. @Hamba Allah (Syed Amar) Perkara ini just for info, dan saya paling setuju tidak ada manfaat utk berbalah ttg perkara sebegini kerana ini bukan termasuk dlm akidah maupun furu` akidah ahlus sunnah wal jama`ah, syukran jazilan! :)

    ReplyDelete
  18. habis yang kes siti mariam melahirkan Nabi Isa x da ayah mcmana la??.. nak kate mustahil logik dek akal ke ek??..Allah Maha Berkuasa..JGN LAH WAT HUJAH YANG BOLEH MENYIMPANG..LAGI2..YANG KAJI NI..KAFIRUNNNNNNNNNNN~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...