Thursday, January 10, 2013

Pembetulan Kisah Ummul Mukminin Saudah Binti Zam`ah





Kisah 1

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab shahihnya iaitu hadits yang ketiga dari [بَاب فِي الْقَسْمِ بَيْنَ النِّسَاءِ ] Bab Tentang Giliran Di Antara Isteri, berikut adalah sanad dan matan hadits tersebut:



1823 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ يَعْنِي ابْنَ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ
يَا ابْنَ أُخْتِي كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُفَضِّلُ بَعْضَنَا عَلَى بَعْضٍ فِي الْقَسْمِ مِنْ مُكْثِهِ عِنْدَنَا وَكَانَ قَلَّ يَوْمٌ إِلَّا وَهُوَ يَطُوفُ عَلَيْنَا جَمِيعًا فَيَدْنُو مِنْ كُلِّ امْرَأَةٍ مِنْ غَيْرِ مَسِيسٍ حَتَّى يَبْلُغَ إِلَى الَّتِي هُوَ يَوْمُهَا فَيَبِيتَ عِنْدَهَا وَلَقَدْ قَالَتْ سَوْدَةُ بِنْتُ زَمْعَةَ حِينَ أَسَنَّتْ وَفَرِقَتْ أَنْ يُفَارِقَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَوْمِي لِعَائِشَةَ فَقَبِلَ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهَا قَالَتْ نَقُولُ فِي ذَلِكَ أَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى وَفِي أَشْبَاهِهَا أُرَاهُ قَالَ { وَإِنْ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا }     

Ahmad bin Yunus telahmeriwayatkan kepada kami, katanya: `Abd al-Rahman iaitu Ai az-Zinad telah meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam bin `Urwah daripada ayahnya, katanya: `Aisyah berkata:
“Wahai anak saudara perempuanku. Rasulullah s.a.w. tidak melebihkan sebahagian kami kepada sebahagian yang lain dalam pembahagian giliran berada di samping kami. Jarang sekali berlalu satu hari melainkan baginda akan datang kepada kami semua. Baginda akan mendekati isterinya tanpa melakukan persetubuhan sehingga sampai kepada isteri yang mempunyai hari giliran itu barulah Nabi s.a.w. bermalam di sisinya. Saudah Binti Zam`ah apabila beliau telah berumur / tua dan dia takut Rasulullah s.a.w. akan mencerainya dia berkata: “Wahai Rasulallah! Giliran hariku keberikan untuk `Aisyah. Rasulullah s.a.w. menerimanya daripadanya: Kata `Aisyah: kami selalu berkata: “Berhubung dengan Saudah ini dan orang-orang sempamanya Allah menurunkan firmannya”, saya rasa perawi berkata (iaitu firman yang Allah turunkan):
{ وَإِنْ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا } {Jika seorang perempuan takut / bimbang dengan sikap tidak mahu menggaulinya / sikap keras / tidak acuh  suaminya}.


Kebanyakan nuskhah tersalah cetakan pada hadits ini dengan lafaz وَكَانَ كُلَّ يَوْمٌ sedangkan yang shahihnya adalah وَكَانَ قَلَّ يَوْمٌ sebagaimana hadits di atas dan Imam Ahmad meriwayatkan dengan lebih jelas dalam kitab Musnadnya:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ يَوْمٍ إِلَّا وَهُوَ يَطُوفُ عَلَيْنَا جَمِيعًا امْرَأَةً امْرَأَةً فَيَدْنُو وَيَلْمِسُ مِنْ غَيْرِ مَسِيسٍ حَتَّى يُفْضِيَ إِلَى الَّتِي هُوَ يَوْمُهَا فَيَبِيتَ عِنْدَهَا

Daripada `Aisyah Tidak ada satu hari pun melainkan Rasulullah akan datang kepada kami semua, seorang demi seorang isterinya lalu dia mendekati dan menyentuh tanpa melakukan persetubuhan sehingga membawanya pergi kepada isteri yang hari tersebut adalah gilirannya lalu baginda bermalam disisinya.


Kedua-dua hadits ini sama dari segi maksud dan pengajrannya Cuma sedikit berbeza pada lafaz yang digunakan. Cuma pada hadits riwayat Imam Muslim ada lafaz yang boleh menjeaskan kedudkan Rasulullah s.a.w. kerana menampakkan peribadi Rasulullah yang tidak elok. Lafaz tersebut adalah:
وَلَقَدْ قَالَتْ سَوْدَةُ بِنْتُ زَمْعَةَ حِينَ أَسَنَّتْ وَفَرِقَتْ أَنْ يُفَارِقَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَوْمِي لِعَائِشَةَ فَقَبِلَ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهَا
Saudah Binti Zam`ah apabila beliau telah berumur / tua dan dia takut Rasulullah s.a.w. akan mencerainya dia berkata: “Wahai Rasulallah! Hari giliranku keberikan untuk `Aisyah. Rasulullah s.a.w. menerimanya daripadanya


Dari sudut dirayah, apa-apa lafaz yang menggambarkan Rasulullah dengan peribadi / sifat tidak elok hendaklah ditolak atau ditakwil sekiranya masih boleh ditakwilkan. Sekiranya tidak, maka wajib diketepikan sahaja.


Lafaz di atas seolah-olah menggambarkan Rasulullah seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya mendampingi isterinya yang muda dan cantik sahaja. Dia mungkin akan melakukan sesuatu yang membuatkan isterinya tersisih dan boleh jadi apabila baginda sudah tawar hati pada isterinya maka ada kemungkinan baginda akan menceraikannya. Dan apakah pengajaran daripadanya? Mungkin ada yang akan menceraikan isterinya apabila sudah tua / tawar hati padanya dan ini tidak menjadi kesalahan kerana ianya ‘sunnah’.

Pertama: Dan kata-kata Saudah ‘Hari giliranku keberikan untuk `Aisyah’ menunjukkan Saudah tidak ikhlas dan dia melakukannya kerana terpaksa kerana dia menyebutnya selepas takut diceraikan oleh Rasulullah s.a.w. Sehingga begitu sekali pengorbanan seorang perempuan tua untuk mengambil hati suaminya supaya tidak diceraikan. Sebelum ini apa yang Saudah buat untuk Rasulullah, bukankah beliau juga sudah berkorban menjaga Rasulullah sebagaimana isteri-isterinya yang lain dan apabila sudah sampai keperingkat ini oleh kerana takut diceraikan maka dia terpaksa memberikan gilirannya kepada orang lain. Benarkah ia begitu?

Kalau berdasarkan riwayat tadi lagi Rasulullah s.a.w. pun terima. Sekiranya kita kaitkan dengan istilah ‘nusyuz’ firman Allah tadi seolah-olahnya Rasulullah sikap tak acuh atau tidak mahui tidur sekali Rasulullah s.a.w menyebabkan Saudah merasa takut dan bimbang. Dan baginda seolah-olah menunggu-nunggu saat tersebut.
Mana-mana hadits yang menggambarkan kekurangan pada sifat Rasulullah s.a.w dan peribadinya rendah berkepentingan duniawi, begitu juga isterinya. Atau dia seorang yang kejam dan zalim, tidak menjaga hati orang lain serta tidak memperdulikan perasaan orang lain sehinggakan isteri hanya untuk masa suka-suka dan apabila sudah tua atau layu maka boleh dibuang begitu sahaja.

Dikaitkan pula dengan ayat{ وَإِنْ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا } {Jika seorang perempuan takut / bimbang dengan sikap tidak mahu menggaulinya / sikap keras / tidak acuh  suaminya}.
Seolah-olah ayat ini menyuruh sesiapa yang dimadukan suaminya mencontohi Saudah iaitu apabila sudah tua dan suami pula sudah tawar hati padanya maka dia hendaklah memberikan gilirannya kepada madunya ya`ni isteri suaminya yang lain.

Manakala bagi pihak suami pula, dia boleh memperlihatkan sikap kasar, bermasam muka dengan isteri, tidak menggaulinya dan bersikap tidak acuh dengannya supaya si isteri boleh memahaminya dan memberikan gillirannya kepada isterinya yang lain.

Kalau kita andaikan apabila seorang suami sudah tua, sakit ataupun lumpuh dan si isteri sudah tawar hati padanya maka bolehkah bagi si isteri bersikap kasar, bermasam muka, bersikap tidak acuh dan tidak menggauli suaminya supaya suaminya faham kehendak isterinya yang mahukan perceraian? Apa perasaan kita sekiranya ini berlaku?

Ayat tadi biasanya dikaitkan dengan perempuan sahaja supaya mereka mengalah dan berkorban yang mana menjadikan kisah tadi sebagai panduan. Bagaimanapun, pernahkah kita persoalkan; adakah kisah tadi punya asas? Pernahkah dikaji dan diteliti kesahihannya? Inilah senario yang biasa berlaku dalam masyarakat apabila banyak kecelaruan masyarakat berpunca dari kegagalan dalam memahami hadits. Lalu Rasulullah s.a.w. dilihat sebagai seorang yang kejam, menganiayai kaum perempuan  dan tidak memperdulikan perasaan isterinya. Inilah yang terjadi apabila tiada kajian terhadap hadits-hadits Nabi s.a.w.


Kisah 2

Kisah pertama hanya menyatakan kerisauan Saudah yang bimbang takut-takut diceraikan Rasulullah s.a.w. tetapi dalam sesetengah riwayat menyatakan Rasulullah memang menceraikannya menyebabkan Saudah sedih lalu apabila baginda lalu di jalan  beliau pun pergi memeluk kaki baginda dan merayu-rayu supaya dirujuk semula, apa yang dia mahu hanyalah menjadi isteri Rasulullah s.a.w. tetapi baginda tidak memperdulikannya. Lalu Saudah pun menawarkan gilirannya kepada `Aaisyah. 

Kira-kiranya dalam kisah ini Rasulullah s.a.w. suka sangat dengan ‘Aaisyah sehinggakan apabila ditawarkan giliran kepada `Aaisyah barulah baginda melayani kehendak Saudah. Adakah begini sifat Rasulullah s.a.w.? 
Dalam kitab Talqiyah Saudah ini diceraikan pada tahun ke-8 dan Nabi rujuk kembali apabila dia merayu dan penulis cuba kompromikan antara riwayat ini dan riwayat Abu Daud iaitu talak itu adalah talak raj`ie dan Saudah takut perceraian itu berlanjutan sehingga habis `iddah.
Jadi yang mana satukah yang betul? Saudah diceraikan atau tidak?


Kesimpulan

Sebenarnya tidak ada kisah-kisah seperti ini, apa yang ada hanyalah seperti yang diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim dan juga salah satu riwayat Imam Abu Daud iaitu Saudah memberikan gilirannya kepada `Aaisyah dan Rasulullah menerimanya secara baik, itu sahaja. Manakala ‘kerisauan’ untuk diceraikan kerana beliau sudah tua ataupun takut habis `iddah kerana sudah diceraikan adalah waham ya`ni kekeliruan perawi semata-mata.
Manakala Saudah sebenarnya memberikan gilirannya kepada `Aaisyah adalah kerana kasihan belas dan kemurahan hatinya. Barulah ada kemunasabahan dan kesesuain dengan peribadi isteri-isteri yang terdidik dengan didikan Rasulullah s.a.w.


Sedikit perbincangan tentang perawi hadits:
`Abd al-Rahman Ibnu Abi az-Zinad:
-             Bukan seorang ulama` mempertikaikannya 
-       Imam Malik mengatakannya tsiqah tetapi dalam ilmu hadits tsiqah tentu lagi hujjah (ya`ni untuk dibuat pegangan). Apatah lagi apabila kita mengambil kira pendapat orang-orang lain yang mempertikaikannya.
-      Imam Bukhari juga mengambil riwayat daripadanya tetapi bukan sebagai riwayat usul (riwayat utama) tetapi hanya sebagai syawahid (ya`ni hanya sebagai sokongan) sahaja.
-      Begitu juga dengan Imam Muslim yang hanya meriwayatkan dalam muqaddimah Muslim sahaja dan bukannya dalam riwayat usul.


Sepintas lalu penilaian dari segi dirayah:
1-    Kisah-kisah tadi memburukkan peribadi Rasulullah s.a.w.
2-    Saudah dikatakan tua? Berapakah umurnya? Kebanyakan ulama` termasuk Imam Bukhari dan Ibnu `Abdil Barr mengatakan bahawa Saudah wafat pada tahun 22 Hijrah (iaitu di akhir pemerintahan Saidina `Umar). Itulah pendapat yang dikatakan sahih. Tetapi sebahagian ulama` mengatakan dia wafat pada tahun 54 iaitu di zaman pemerintahan Saidina Muawiyah. Kalau kita andaikan ketika beliau bernikah dengan Nabi 2 atau 3 tahun selepas kewafatan Saidatina Khadijah (kerana Nabi s.a.w. menikahi Saudah terlebih dahulu sebelum `Aaisyah) ya`ni sebelum berhijrah iaitu pada tahun ke-10 kenabian Khadijah wafat. Maka kita andaikan baginda menikahi Saudah pada tahun ke-13 semasa umurnya 30 tahun. Selepas itu dia duduk dengan Nabi s.a.w. selama 10 tahun maka ketika wafatnya baginda beliau baru berumur 40 tahun. Maka apakah patut diperlakukan demikian kerana umurnya mencapai 40 tahun, sudah tua sangatkah 40 tahun itu?
3-    Sekiranya beliau diceraikan sebab beliau sakit tua atau seumpamanya maka tidak masuk akal Rasulullah s.a.w. yang berperibadi mulia akan bertindak demikian kerana baginda seorang yang penyayang maka sudah tentu orang sakit lebih patut dikasihani dan bukannya diceraikan.


Apa yang sepatutnya kita lakukan?

Yang sebetulnya sekiranya apabila kita temui riwayat-riwayat seperti ini maka hendaklah kita tinggalkan kerana ianya riwayat yang tidak boleh diguna pakai.
Tidaklah lebih utama kita untuk kita menjaga nama baik Imam Abu Daud, Ibnu Abi az-Zinad atau mana-mana perawi daripada kita menjaga nama baik Rasulullah s.a.w.
Tujuan mewujudkan sanad, kitab hadits dan ilmunya dalah untuk menjaga nama baik Rasulullah s.a.w. tetapi tiba-tiba maksud utama pula yang tercalar, maka apa gunanya sanad sekiranya maksud hadits mencalarkan peribadi RAsulullah s.a.w. Maka riwayat-riwayat seperti ini tidak boleh diguna pakai. Wallahu a`lam.


~ Adaptasi & Sinopsis oleh Ibnuhasan

5 comments:


  1. Do you need a financial help? Are you in any financial crisis or do you need funds to start up your own business? Do you need funds to settle your debt or pay off your bills or start a good business? Do you have a low credit score and you are finding it hard to obtain capital services from local banks and other financial institutes? Here is your chance to obtain a financial services from our company. We offer the following finance to individuals-
    *Commercial finance
    *Personal finance
    *Business finance
    *Construction finance
    *Business finance And many More:
    and many more at 2% interest rate;
    Contact Us Via Email:oceancashcapital@gmail.com
    Phone number :+1-6474-864-724 (Call/Whats app)

    ReplyDelete

  2. Do you need a financial help? Are you in any financial crisis or do you need funds to start up your own business? Do you need funds to settle your debt or pay off your bills or start a good business? Do you have a low credit score and you are finding it hard to obtain capital services from local banks and other financial institutes? Here is your chance to obtain a financial services from our company. We offer the following finance to individuals-
    *Commercial finance
    *Personal finance
    *Business finance
    *Construction finance
    *Business finance And many More:
    and many more at 2% interest rate;
    Contact Us Via Email:oceancashcapital@gmail.com
    Phone number :+1-6474-864-724 (Call/Whats app)

    ReplyDelete
  3. Rasul yang konyol lagi to***, ya hakekatnya dia menceraikan rasulullah lantaran umur dan kesihatanya. Jika kamu bilang "tak mungkin rasul menceraikan saudah karena kesihatanya memburuk" ..itu namanya dogma! Akui aja kalo rasulmu bersifat jelek pada Saudah.

    ReplyDelete
  4. Minta share tuan,
    Boleh juga kongsi hadis di hadis.my

    ReplyDelete
  5. Maaf saya Masih X faham kenapa NABI MUHAMMAD nk ceraikan saudah..... And kenapa saudah takut....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...