
Hawa Atau Syaitan Yang Memujuk Adam Memakan Buah Khuldi?
Boleh dikatakan hampir kesemua kisah yang kita baca dan dengar berkaitan Adam dan buah khuldi menunjukkan bahawa Hawa lah yang memujuk Adam memakan buah Khuldi di dalam syurga yang mana kemudiannya menyebabkan Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga dan ditempatkan di dunia. Namun benarkah Hawa yang memujuk Adam?
Untuk menghilangkan keraguan maka hendaklah kita merujuk kepada al-Quran di mana Allah s.w.t. berfirman:
فوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآَتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ
Lalu syaitan menghasut mereka berdua (memakan buah pokok larangan) dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (al-A`raf: 20)
Dalam ayat ini jelas bahawa syaitan yang menghasut Adam dan Hawa bukannya syaitan menghasut Hawa dan kemudian Hawa menghasut Adam pula.
Dalam surah Taha, ayat 120, penafian bahawa Hawa tidak memujuk Adam lebih jelas lagi:
فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آَدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى
Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah?“ (Taha: 120)
Lanjutan
Renteten daripada kisah tadi ada lagi lanjutannya yang boleh kita masukkan dalam kategori mitos kerana tidak ada dalil dari al-Quran maupun hadits. Setelah Adam memakan buah khuldi dan hampir menelannya lalu datanglah Jibril menahan buah tersebut sebelum sempat buah khuldi itu sampai ke perutnya lalu terjadilah buah halkum yang tampak jelas dileher manusia yang bergelar lelaki
Namun harus diingat, tiada satu pun riwayat dari hadits maupun ayat al-Quran menyebutkan kejadian halkum lelaki adalah dari buah khuldi yang terlekat dileher adam
Buah khuldi Atau Pokok Khuldi?
Terdapat percanggahan antara kisah yang biasa kita dengar dengan apa yang jelas dalam al-Quran, kerana al-Quran tidak pula menyebutkan Khuldi itu sebagai buah sebaliknya hanya menyebutkan sebagai pokok khuldi di beberapa buah tempat:
فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآَتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ
Lalu syaitan menghasut mereka berdua memakan pokok larangan dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (al-A`raf: 20)
فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آَدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى
Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah?“ (Taha: 120)
شَجَرَةِ dalam bahasa Arab bermaksud pokok. Sekiranya ingin ditakwilkan mungkin boleh dikatakan bahawa disebutkan pokok khuldi tetapi yang dimaksudkan adalah buahnya ya`ni dengan menggunakan istilah balaghah itlaqulkul wa iradatul juz. Contoh lain: Saya telah pergi mengetuk rumahnya ya`ni saya telah pergi mengetuk pintu rumahnya
Walau bagaimanapun tidak ada dalil lain yang menjelaskannya demikian sama ada daripada hadis maupun al-Quran untuk menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dalam ayat-ayat tadi adalah buah.
Seterusnya sebagai ummat Islam yang berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah, kita sepatutnya lebih berhati-hati dengan kisah-kisah yang sampai kepada kita kerana kebiasaannya kisah nabi-nabi terdahulu iaitu nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. ada terselit kisah Israiliyyat ya`ni kisah yang diriwayatkan atau berpunca dari Bani Israil. Kebanyakan riwayat Israiliyyat ini hanya layak digelar dongengan sahaja dan tidak boleh kita menerima atau mempercayainya lebih-lebih lagi apabila ia bercanggah dengan al-Quran & hadits. (Klik link ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Israiliyyat dan hukum berkaitannya).
Wallahua`lam
Ibnu Hasan,
22 April 2011
Bersamaan 18 Jumada 1 – 1432 H
Kota Damansara.
tu la..kebanyakkan cerita semuanya mengatakan Hawalah yang menghasut Adam...terima kasih atas info yang berguna ini :)
ReplyDeleteVersi Hawa menghasut nabi Adam as adalah kepercayaan yg dipegang oleh org2 Nasrani yg byk menokok menambah spt Yahudi.Tidakkah "Pokok khuldi" itu gelaran yg diberikan syaitan ? Yg diberi nama oleh Allah ialah 'pokok larangan" ? Ustaz jelaskan...
ReplyDeletesetahu saya, kisahnya syaitan yg menghasut hawa untuk mengajak nabi adam makan buah tu kan??? betulkan sy kalau tersilap :)
ReplyDeleteinformasi yang bagus.terima kasih. :)
ReplyDeleteBetul tue Tinta Muallimah! Merujuk kepada ayat di atas memang syajarah khuldi juga diterjemahkan di dalam sesetengah terjemahan sama ada sebagai pokok khuldi atau pokok keabadian ya`ni pokok yang boleh menyebabkan seseorang hidup kekal abadi iaitu suatu tipudaya dari syaitan terhadap Adam & Hawa kerana firman Allah yg lain hanya menyebutkan sbg syajarah ya`ni pokok shj tanpa apa2 nama (bandingkan al-A`raaf ayat 20 & Taha ayat 120) http://www.alquran-melayu.com/7-al-araf/ dan http://www.alquran-melayu.com/20-ta-ha/ )
ReplyDeleteSalam.bw here^^ nice blog :)
ReplyDeleteFeel free to visit me @ frommetoyou~
:)
@Fahrain, dlm al-Quran menyebutkan Syaitan menghasut Adam & Hawa dan bukannya Syaitan menghasut Hawa supaya kemudiannya Hawa menghasut Adam.. Sila rujuk surah al-A`raaf ayat 20
ReplyDeletecerita yg menarik utk di kongsikan bersama..nice entry..
ReplyDeletesalam, setahu saya cerita ini terdapat 2 versi. satu versi dari kitab al-Quran dan satu lg versi dari kitab Taurat.versi dari al-Quran adlh seperti yg saudara ceritakan di atas.
ReplyDeleteversi dari kitab Taurat pula menyatakan disebabkan syaitan telah dilarang untuk masuk ke syurga (setelah tidak mahu sujud kpd Adam), maka Syaitan telah menghantar ular berkaki untuk menghasut Hawa memakan buah khuldi, yg mana Hawa kemudiannya mempengaruhi Adam untuk melakukan perkara yg sama. saya tak pasti sama ada inilah perkara Israiliyyat yg saudara maksudkan.
sedangkan kitab Taurat juga adalah salah satu drp 4 kitab yg diwajibkan kpd kita utk beriman dengannya..wallahualambissowab
w`slm, trima kash ats info yg diberikan
ReplyDeleteYa betul, mmg kita juga menerima dan beriman dengan kitab2 & nabi2 lain (selain Nabi Muhammad) tapi adakah isi Taurat yg saudara maksudkan itu asli dan bukannya yg telah diubah2?
Satu lagi kenyatan yg saudara sebut dr Taurat bercanggah dengan kenyataan al-Quran, bukankah kita wajib berpegang dengan al-Quran & hadis dan menolak segala yang bercanggah dengannya lebih2 lagi cerita yg tidak dipastikan kesahihannya. (al-Quran telah dijamin oleh Allah sbg penjaganya manakala hadis ada perawi2 hadis utk mentashihkannya)
Wallahua`lam
Salam nawaitoo. Sudah jelas Taurat itu tidak sahih lagi angkara tangan2 pendita2 yahudi yg mengubah2nya.Diturunkan AlQuran untuk membenarkan kitab2 sebelumnya. Andai Nabi Musa as dan Nabi Isa as hidup di zaman Rasulullah, nescaya mereka juga menurut segala syariat Rasulullah dan berpegang kpd Al Quran. Kandungan dlm Taurat hari ini telah jelas mencampur adukkan pelbagai cerita Israeiliyyat.
ReplyDeleteSlm, trima ksh tinta muallimah ats info td
ReplyDeletesubhanallah T.T
ReplyDeleteterima kasih atas ilmu yang dikongsi~
ReplyDeletesyukran ibnnu hassan dan tinta muallimah~
diterima.. mohon share :) .. mane button LIKE nk like .. mekasih berkongsi..
ReplyDelete@amranaiman.. Silakan.. Sila tekan butang like di bwh entri..Trima ksh
ReplyDeletehawa menghasut adam atas pujukan syaitan..
ReplyDeletebimbang dengan tipisnya iman kita
tq best n3 ilmiah
assalamualaikum, sekadar ingin berkongsi..
ReplyDeletepertama mengenai al-quran, turunnya al-quran adalah utk menasakhkan (membatalkan) kitab samawi yg lain (taurat dll) dan ALLAH telah menjaminnya dari sebarang penyelewengan.
kedua mengenai kisah NABI ADAM, i'tiqad yg kita kena berpegang ialah setiap nabi wajib bersifat dengan sifat amanah serta byk lg sifat2 kenabian, nabi adalah pilihan ALLAH tiada satu jalan pn utk menjadi nabi krn ia pilihan tuhan dan nabi hanya melakukan perkara wajib dan sunat apatah lagi perkara haram dan makruh sama sekali tidak dilakukan oleh para anbiya.
wallahu'alam, dikembalikan kedapa ALLAH segala urusan..
Assalamualaikum wbt
ReplyDeletePengajaran dari peristiwa Nabi Adam dan Hawa juga perlu difokuskan atas dua perkara penting iaitu:-
1) Manusia ni sekiranya berpaling dari peringatan Allah SWT atau AlQuran adalah dianggap derhaka (`asi) dan berpenghidupan sempit. Surah Toha:121وَعَصَىٰٓ ءَادَمُ رَبَّهُ ۥ فَغَوَىٰ Dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan/ tersesat.`
Surah Toha:124: وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِڪۡرِى فَإِنَّ لَهُ ۥ مَعِيشَةً۬ ضَنكً۬ا Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.
p/s Nama lain bagi AlQuran adalah AzZikr.
2. Sesuatu peringatan dari Allah SWT atau AlQuran hendaklah ada penegasan dan keazaman yang bersungguh2 dalam penghidupan manusia. Hal ini pernah berlaku kepada peristiwa Nabi Adam a.s. seperti terdapat dlm Surah Toha:115 وَلَقَدۡ عَهِدۡنَآ إِلَىٰٓ ءَادَمَ مِن قَبۡلُ فَنَسِىَ وَلَمۡ نَجِدۡ لَهُ ۥ عَزۡمً۬ا Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.
Wallahualam
ada satu hadis dari sahih al bukhari.. yang mengatakan siti hawa telah berlaku khianat kepada nabi adam...
ReplyDeleteini petikannya daripada syarah fathul bari kepada sahih al bukhari...
baca dengan teliti ya.. jgn lupa bawa kamus sekali..kalo tak faham boleh tanya...
وْلُهُ : ( وَلَوْلَا حَوَّاء )
أَيْ اِمْرَأَة آدَم وَهِيَ بِالْمَدِّ ، قِيلَ سُمِّيَتْ بِذَلِكَ لِأَنَّهَا أُمّ كُلّ حَيّ ، وَسَيَأْتِي صِفَة خَلْقهَا فِي الْحَدِيث الَّذِي بَعْده ،
وَقَوْله " لَمْ تَخُنْ أُنْثَى زَوْجهَا "
فِيهِ إِشَارَة إِلَى مَا وَقَعَ مِنْ حَوَّاء فِي تَزْيِينهَا لِآدَم الْأَكْل مِنْ الشَّجَرَة حَتَّى وَقَعَ فِي ذَلِكَ ، فَمَعْنَى خِيَانَتهَا أَنَّهَا قَبِلَتْ مَا زَيَّنَ لَهَا إِبْلِيس حَتَّى زَيَّنَتْهُ لِآدَم ، وَلَمَّا كَانَتْ هِيَ أُمّ بَنَات آدَم أَشْبَهَهَا بِالْوِلَادَةِ وَنَزَعَ الْعِرْق فَلَا تَكَاد اِمْرَأَة تَسْلَم مِنْ خِيَانَة زَوْجهَا بِالْفِعْلِ أَوْ بِالْقَوْلِ ، وَلَيْسَ الْمُرَاد بِالْخِيَانَةِ هُنَا اِرْتِكَاب الْفَوَاحِش حَاشَا وَكَلَّا ، وَلَكِنْ لَمَّا مَالَتْ إِلَى شَهْوَة النَّفْس مِنْ أَكْل الشَّجَرَة وَحَسَّنَتْ ذَلِكَ لِآدَم عَدَّ ذَلِكَ خِيَانَة لَهُ ، وَأَمَّا مَنْ جَاءَ بَعْدهَا مِنْ النِّسَاء فَخِيَانَة كُلّ وَاحِدَة مِنْهُنَّ بِحَسَبِهَا . وَقَرِيب مِنْ هَذَا حَدِيث " جَحَدَ آدَم فَجَحَدَتْ ذُرِّيَّته " وَفِي الْحَدِيث إِشَارَة إِلَى تَسْلِيَة الرِّجَال فِيمَا يَقَع لَهُمْ مِنْ نِسَائِهِمْ بِمَا وَقَعَ مِنْ أُمّهنَّ الْكُبْرَى ، وَأَنَّ ذَلِكَ مِنْ طَبْعهنَّ فَلَا يُفْرَط فِي لَوْم مَنْ وَقَعَ مِنْهَا شَيْء مِنْ غَيْر قَصْد إِلَيْهِ أَوْ عَلَى سَبِيل النُّدُور ، وَيَنْبَغِي ، لَهُنَّ أَنْ لَا يَتَمَكَّن بِهَذَا فِي الِاسْتِرْسَال فِي هَذَا النَّوْع بَلْ يَضْبِطْنَ أَنْفُسهنَّ وَيُجَاهِدْنَ هَوَاهُنَّ ، وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ .
Harap2.. buat banyak rujuk sebelum menulis artikel...hadis di atas adalah dari sahih albukhari...enta juga boleh rujuk dalam قصص الأنبياءkarangan ibn kathir...banyakkan membaca...!!!
ReplyDeleteini ada lagi satu hadis dari sahih albukhari dipetik dalam kitab fathul bari...
ReplyDeleteberkaitan permulaan haid..diceritakan bagaimana datangnya haid, Allah bertanya kepada Adam kenapa engkau mengingkari perintah ku??(ما حملك على أن عصيتني)...jawab nabi adam... tuhanku telah menghiasnya (buah pokok itu) hawa....(قالَ : ربِّ ، زينته لي حواء )
ini petikan penuhnya...
كيف كانَ بدء الحيض ؟
وقول النبي - صلى الله عليه وسلم - : (( هَذا شيء كتبه الله على بنات آدم )) .
وقال بعضهم : كانَ أول ما أرسل الحيض على بني إسرائيل .
قالَ أبو عبد الله : وحديث النبي - صلى الله عليه وسلم - أكثر .
أما مِن قالَ : أول ما أرسل الحيض على بني إسرائيل : فَقد روي ذَلِكَ عَن حماد بنِ سلمة ، عَن هشام بنِ عروة ، عَن فاطمة بنت المنذر ، عَن أسماء بنت أبي بكر ، قالت : إنما سلطت الحيضة على نساء بني إسرائيل ؛ لأنهن كن اتخذن أرجلاً مِن خشب يتطاولن بها في المساجد .
وأما ما رجحه البخاري مِن أن الحيض لَم يزل في النساء منذ خلقهن الله ، فَهوَ المروي عَن جمهور السلف :
قالَ عمرو بنِ محمد العنقزي : نا عباد بنِ العوام ، عَن سفيان بنِ حسين ، عَن يعلى بنِ مسلم ، عَن سعيد بنِ جبير ، عَن ابن عباس ، قالَ : لما أكل آدم مِن الشجرة التي نهي عنها ، قالَ الله لَهُ : (( ما حملك على أن عصيتني ؟)) قالَ : ربِّ ، زينته لي حواء ، قالَ : (( فإني أعقبها أن لا تحمل إلا كرها ، ولا تضع إلا كرهاً ، ودميتها في الشهر مرتين )) ، فلما سمعت حواء ذَلِكَ رنت ، فقالَ لها : عليك الرنة وعلى بناتك .
tolong terjemah kepada pembaca blog enta ya!! terima kasih...
salam..
ReplyDeletekenapa tak kluar entrinya..?
x dapat baca.. huhu
@habeeb kedua2 petikan tersebut adalah tafsiran & nukilan Ibnu Hajar dlm fathul bari dan bukannya hadits bukhari, anyway, trima ksh byk2 shbt lama :)
ReplyDeleteAllah turun kn nabi adam...dlm keadaan mcma..? Mksd sy budaya memapai bju atau tdak? Mintak tolng jlas kn
ReplyDeleteafwan,, kok ga ada redaksi hadisnya ya..??
ReplyDelete