Thursday, November 5, 2009

Peperangan Antara Sahabat-Sahabat Nabi: Suatu Penilaian

http://2.bp.blogspot.com/_4fCdYcw2xYw/TSUgbkT8y4I/AAAAAAAAAPQ/ZGFJ2vg9yo8/s1600/khat-tahlil-pejuang.jpg


١١٦ (٦٤)- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَكَّارِ بْنِ الرَّيَّانِ وَعَوْنُ بْنُ سَلَّامٍ قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ طَلْحَةَ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ كُلُّهُمْ عَنْ زُبَيْدٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
قَالَ زُبَيْدٌ فَقُلْتُ لِأَبِي وَائِلٍ أَنْتَ سَمِعْتَهُ مِنْ عَبْدِ اللَّهِ يَرْوِيهِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ وَلَيْسَ فِي حَدِيثِ شُعْبَةَ قَوْلُ زُبَيْدٍ لِأَبِي وَائِلٍ

Muhammad bin Bakkar bin al-Rayyan dan `Aun bin Sallam telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Muhammad bin Tolhah telah meriwayatkan kepada kami ح dan Muhammad bin al-Mutsanna telah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abd al-Rahman bin Mahdi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami ح dan Muhammad bin al-Mutsanna telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Ja`far telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah telah meriwayatkan kepada kami, mereka semua telah meriwayatkan daripada Zaid daripada Abi Wa`il daripada `Abdillah bin Mas`ud, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Memaki orang Islam adalah kefasiqan dan memeranginya / membunuhnya adalah kekufuran.”
(Riwayat Muslim)

Zubaid berkata: Aku pun berkata kepada Abu Wa`il: Engkau dengar hadits ini daripada `Abdullah meriwayatkannya daripada Nabi s.a.w?” Abdullah bin Mas`ud menjawab: Ya! Tetapi dalam hadits Syu`bah tidak ada kata Zubair kepada Abu Wa`il.

٢٢٣] ١١٨ (٦٥)- حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ جَمِيعًا عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرٍ عَنْ شُعْبَةَ ح و حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ وَاللَّفْظُ لَهُ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَلِيِّ بْنِ مُدْرِكٍ سَمِعَ أَبَا زُرْعَةَ يُحَدِّثُ عَنْ جَدِّهِ جَرِيرٍ قَالَ :قَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ اسْتَنْصِتْ النَّاسَ ثُمَّ قَالَ لَا تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ


Abu Bakr bin Abi Syaibah, Muhammad bin al-Mutsanna dan Ibnu Basysyar telah meriwayatkan kepada kami semuanya daripada Muhammad bin ja`far daripada Syu`bah ح dan `Ubaidullah bin Muaz telah meriwayatkan kepada kami dan lafaz hadits adalah daripadanya, katanya: Ayah saya telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah telah meriwayatkan kepada kami daripada `Ali bin Mudrik, beliau mendengar Abu Zur`ah meriwayatkan daripada datuknya Jarir, beliau berkata: “Nabi s.a.w. berkata kepadaku dalam Haji Wada`: “Diamkan orang ramai!” Kemudian baginda pun bersabda: “Jangan kamu kembali menjadi kafir sesudahku di mana sebahagian kamu memenggal leher sebahagian yang lain.”

(Riwayat Muslim)


Berkemungkinan akan timbul kemusykilan berhubung hadits-hadits seumpama ini yang merujuk kepada sahabat-sahabat yang saling berperang dan dalam peperangan lazimnya yang berlaku adalah saling berbunuhan dan bagaimanakah ini boleh berlaku kepada para sahabat?



Jawapan:

Daripada kenyataan inilah terbentuknya beberapa puak yang lebih kurang sama fahamannya mengkafirkan sahabat, sebahagiannya mengkafirkan golongan sahabat yang berada di pihak Muawiyah dan Aisyah sepertimana puak Syiah manakala sebahagiannya lagi menolak kedua-duanya serta menghukum mereka yang berperang sebagai kafir sepertimana golongan Khawarij. Mereka memutar belitkan kenyataan dan mengambil kesempatan menjadikan hadits ini sebagai dalil dalam membenarkan fahaman mereka yang sesat lagi menyesatkan.

Fahaman tersebut adalah salah sama sekali bahkan bagi mereka yang tidak ada fahaman yang mendalam dalam hadits pasti akan terperangkap dalam tipudaya yang di rancang oleh musuh Islam ini.



Dalil-Dalil

1)Jika diperhatikan, tidak ada satupun hadits yang diriwayatkan menunjukkan sahabat-sahabat saling mengkafirkan sesama mereka semasa atau selepas peperangan antara mereka. Begitu juga semasa pertelingkahan berlaku. Tidak ada satupun riwayat yang sahih yang menunjukkan pengkafiran berlaku.


2) Dalil dari al-Quran:

وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. [al-Hujuraat:9]



Ayat ini jelas menyatakan perintah supaya berdamai dan tidak ada menyebutkan tentang pengkafiran mana-mana pihak yang berperang sebaliknya menyebutkan ‘jika dua puak dari orang-orang beriman’.


3) Orang yang membunuh di zaman Nabi s.a.w. hanya diqishash (bunuh balas) kemudian disembahyangkan dan disemadikan ditanah perkuburan Islam. Tidak timbul larangan untuk menyembahyangkan atau menyemadikan di tanah perkuburan Islam. Sekiranya bukan mukmin maka sudah tentu baginda akan melarang sekeras-kerasnya dari disembahyangkan dan disemadikan di tanah perkuburan Islam.


4) Selain itu juga terdapat hadits yang mengatakan sesiapa yang mengucapkan ‘La ila ha illallah’ maka dia masuk syurga dan terdapat sekian banyak hadits yang menunjukkan orang yang melakukan dosa besar tetapi tidak menjadi kafir dan inilah pendapat yang dipegang oleh Ahlus Sunnah Wal Jama`ah.


5) Hadits-hadits yang menunjukkan sahabat-sahabat ini di jamin syurga termasuklah Muawiyah sebagai penulis wahyu, hadits ahli Badar yang dijamin syurga dan lain-lain lagi



Tuduhan Semata-Mata


Bagi mereka yang sememangnya membenci para sahabat, kesempatan ini digunakan untuk menunjukkan bahawa sahabat bukanlah golongan yang baik kerana keluar memberontak dan berperang menentang Saidina `Ali yang menjadi khalifah pada masa itu.


Sehinggakan Aisyah yang walaupun hanya seorang perempuan tetap keluar kerana gilakan kuasa. Inilah yang sering diungkapkan oleh para sejarahwan syiah dan mereka yang terpengaruh dengannya.



Penjelasan


Padahal apa yang terjadi adalah satu perangkap yang berjaya dihasilkan pihak ‘musuh dalam selimut’. Mereka ini telah berjaya menyelinap ke dalam kedua-dua pihak ya`ni pihak `Aisyah dan Muawiyah serta pihak `Ali kemudian menyamar sebagai pengikut kepada kedua-dua pihak.


Kedua-dua pihak ini pada mulanya sudahpun bersepakat untuk mengadakan perdamaian dan rundingan berkaitan perkara yang menjadi pertelingkahan dan untuk mencari penyelesaian dalam ‘kes pembunuhan khalifah terdahulu iaitu Saidina Utsman’ tetapi ahli sejarah keliru tentang perkara ini lalu mereka menyatakan perkara yang sebaliknya dari kenyataan sebenar.


Puncanya apabila Saidina `Ali berpendapat supaya Bai`ah dahulu kepadanya dan kemudian baru dibicarakan tentang kes pembunuhan Saidina Utsman tetapi malangnya selepas Saidina `Ali menjadi khalifah maka ramai dari kelompok penyokong Saidina `Ali mengaku bahawa merekalah yang membunuh Saidina Utsman. Setengah ahli sejarah mengatakan bilangan mereka mencapai puluhan ribu orang dan ini menyebabkan Saidina `Ali susah hati kerana baginya yang perlu dibunuh adalah ketua perancang pembunuhan tersebut.


Manakala bagi pihak Muawiyah pula mengatakan tidak boleh melakukan demikian kerana pembunuh Saidina Utsman menyusup ‘di belakang Saidina `Ali’ dan berpura sebagai pengikut setia Saidina `Ali bahkan beliau antara orang mula-mula berbai`ah kepada Saidina `Ali kerana dia tahu hanya dengan cara itu dia akan selamat.


Kemudian kedua-dua pihak mula mencari kata sepakat dengan mengadakan perjumpaan. Setelah puak pembunuh Saidina Utsman ini mengetahui rancangan ini maka mereka menjadi takut dan sekiranya mereka berjaya ditangkap sudah tentu mereka akan dihukum mati. Lalu mereka merancang supaya kedua-dua pihak saling berperang dengan berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan dari mereka menusup ke pihak Saidina Muawiyah dan satu kumpulan lagi kekal dalam pihak Saidina `Ali. Kemudian, apabila sudah lewat malam, di kala orang lain sudahpun nyenyak tidur maka mereka pun keluar dan saling meyerang lalu mengelirukan pihak mana yang terlebih dahulu menyerang.


Setelah itu kedua-dua pihak yang terpinga-pinga dengan kekecohan itu pun keluar dalam keadaan kelam kabut dan berperang demi mempertahankan diri lalu terjadilah sebuat peperangan yang tak disengajakan atas dasar sebuah kekeliruan yang kemudiannya dinamakan sebagai perang Jamal.



Penyelewengan Demi Penyelewengan


Antara hadits yang menjadi dalil mereka adalah:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْشِرْ عَمَّارُ تَقْتُلُكَ الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.: Berikan berita gembira buat ‘Ammar! Kamu akan dibunuh oleh puak penderhaka
(Riwayat Tirmizi, Bukhari dan Muslim dengan lafaz yang lebih kurang sama maknanya)


Ammar pula berada di pihak Saidina `Ali dan dia sudah mati dalam peperangan itu maka tentulah yang pihak penderhaka yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. adalah pihak Muawiyah dan `Aisyah. Ini menunjukkan pihak Muawiyah tidak betul.



Jawapan:


Kalau begitu maka bagaimana pula dengan Saidina Zubair dan Tolhah kerana sebelum peristiwa ini Zubair dan Tolhah yang berada di pihak Saidina Mu`awiyah dan Saidatina `Aisyah kerana sabda Nabi s.a.w:


قَالَ عَلِيٌّ : وَاللَّهِ لَيَدْخُلَنَّ قَاتِلُ ابْنِ صَفِيَّةَ النَّارَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : إِنَّ لِكُلِّ نَبِيٍّ حَوَارِيًّا وَحَوَارِيَّ الزُّبَيْرُ

`Ali berkata: Demi Allah! Pembunuh Ibnu Sofiyyah (Zubair) pasti akan masuk neraka. Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bagi setiap nabi itu ada hawarinya (pendukung/pengikut setianya) dan hawari aku adalah Zubair.”

(Musnad al-Toyalisi)


Tidakkah ini menunjukkan bahawa pihak yang membunuh Zubair itu adalah pihak Saidina `Ali? Apakah kita hendak mengatakan pihaknya adalah pihak yang salah? Dengan sebab itu kedua-dua hadits ini tidak boleh dengan makna mana-mana pihak samada pihak Saidina `Ali maupun Muawiyah sebaliknya golongan yang ketiga ya`ni puak-puak yang membunuh Saidina Utsman. Mereka jugalah yang membunuh ‘Ammar dan Zubair


Dalilnya berdasarkan hadits yang sahih:

إن ابني هذا سيدٌ ولعل الله أن يصلح به بين فئتين عظيمتين من المسلمين

Sabdanya: Sesungguhnya cucuku ini (Hasan) akan mendamaikan antara dua pihak yang besar daripada orang-orang Islam.
(Riwayat Bukhari)


Dan jelas yang di damaikan oleh Saidina Hasan adalah pihak `Ali dan Mu`awiyah dan hadits ini menyebutkan
فئتين عظيمتين من المسلمين ‘dua pihak yang besar daripada orang-orang Islam’ dan bukannya فِئَةُ الْبَاغِيَةُ ya`ni pihak penderhaka atau yang seumpamanya.


Tetapi malangnya apa yang disebarkan pada masa ini adalah sebuat sejarah perebutan kuasa sama seperti orang-orang politik di zaman kemudiannya walhal cerita sebenar bukannya begitu.


Sekiranya dihalusi dan diamati maka kita akan dapati bahawa `Ammar dan Zubair memang terbukti tidak dibunuh oleh kedua-dua pihak samada ‘Ali maupun Mu`awiyah bahkan pihak yang ketiga kerana mereka tidak dibunuh dalam perang tersebut bahkan diluar perang. Ini bermakna ia adalah bunuh curi.


Dan ramai daripada kalangan sahabat tidak mahu berpihak kepada mana-mana pihak bahkan ulamak mengatakan separuh daripada sahabat bersikap berkecuali samada dalam perang Jamal atau perang Shiffin. Antara mereka adalah Abu Sa`id al-Khudri, `Abdullah Ibnu Umar, Sa`ad bin Abi Waqqash dan lain-lain.


Sebab itu Ahlus Sunnah Wal Jama`ah berpendapat bahawa kita hanya boleh mengatakan bahawa apa yang terjadi adalah berdasarkan ijtihad masing-masing dan bukannya secara sengaja sebagaimana ulasan terdahulu dan yang mana mati mendapat pahala kerana masing-masing ingin menegakkan kebenaran.


Dan jalan yang terbaik adalah sebagaimana yang penulis Jauharah al-Tauhid: “Apa yang terjadi antara sahabat hendaklah kita diam,” kerana kita mungkin terlajak dalam menilai peristiwa tersebut dan boleh jadi kita akan tersilap langkah lalu ‘menghukum’ orang yang tidak bersalah seperti khawarij dan Syi`ah. Wal `Iya Zubillah!.


Bagi kita Ahlus Sunnah ini adalah ijtihad pihak masing-masing yang sebenarnya bertujuan menyelesaikan cara hukuman terhadap pembunuh Saidina Utsman kerana terlalu lambat. Sebelum peperangan Shiffin meletus, Mu`awiyah sudah hampir dapat menyelesaikan kes ini tetapi akhirnya tergendala kerana penghasut-penghasut yang berpura-pura menjadi pengikut setia Saidina ‘Ali. Bahkan dalam sejarah Abu Musa al-Asy`ari digambarkan sebagai orang yang bodoh kerana terhasut dengan kata-kata pihak Mu`awiyah walhal Abu Musa al-Asy`aril ah yang membawa kejayaan sehingga betul-betul hampir dengan perdamaian tetapi pihak ketiga yang menghasut dan mengahncurkan perdamaian tersebut sehingga tercetusnya perang Shiffin.


Walau bagaimanapun kita tidak menghukum mana-mana pihak samada pihak Saidina `Ali maupun pihak Mu`awiyah sebagai pihak baghiah ya`ni penderhaka. Dalam Nahjul Balaghah (kitab Syiah) ada disebutkan kenyataan Saidina ‘Ali: “Kita tiada beza dengan pihaknya (Mu`awiyah), dia Islam dan kitapun Islam, qiblatnya sama, rasulnya sama, apa yang berbeza hanyalah berkenaan darah Saidina Utsman. Kita menganggap dia itu baghi dan dia anggap pihak kita yang baghi.” Ini menunjukkan Saidina `Ali tidak mengkafirkan pihak Mu`awiyah dan tidak timbul masalah pengkafiran pada masa itu lagi.


Wallahu`alam.
Ibnu Hasan,
Kota Bharu, Kelantan

Wednesday, October 28, 2009

Masalah Istilhaq Ziad




Antara hadits yang mana sebahagian ulama` mengiranya sebagai hadits musykil termasuklah Imam al-Nawawi:

٢١٩] ١١٤ (٦٣)- حَدَّثَنِي عَمْرٌو النَّاقِدُ حَدَّثَنَا هُشَيْمُ بْنُ بَشِيرٍ أَخْبَرَنَا خَالِدٌ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ قَالَ لَمَّا ادُّعِيَ زِيَادٌ لَقِيتُ أَبَا بَكْرَةَ فَقُلْتُ لَهُ مَا هَذَا الَّذِي صَنَعْتُمْ إِنِّي سَمِعْتُ سَعْدَ بْنَ أَبِي وَقَّاصٍ يَقُولُ سَمِعَ أُذُنَايَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ مَنْ ادَّعَى أَبًا فِي الْإِسْلَامِ غَيْرَ أَبِيهِ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيهِ فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ فَقَالَ أَبُو بَكْرَةَ وَأَنَا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

`Amr al-Naqid telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Husyaim bin Busyair telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Khalid telah menceritakan kepada kami daripada Abu Utsman, katanya: “Apabila Ziad didakwa, aku bertemu dengan Abu Bakrah lalu aku berkata kepadanya : “Apa yang kamu buat ini? Sesungguhnya aku telah dengar Sa`ad bin Abi Waqqas berkata dia mendengar dengan dua telinganya daripada Rasulullah s.a.w. di mana baginda bersabda: “Sesiapa yang mendakwa ayah di dalam Islam bukan ayahnya dalam keadaan dia tahu bahawa itu bukan ayahnya maka syurga haram kepadanya.” Abu Bakrah berkata: “Saya juga mendengar hadits ini daripada Rasulullah s.a.w.”
-Hadits diriwayatkan oleh Sahih Muslim


Sekitar Cerita Berkaitan Hadits Ini

Cerita ini adalah berkenaan seorang sahabat yang dikenali sebagai Ziad bin Abi Sufyan. Beliau adalah saudara seibu dengan Abu Bakrah dan beliau juga pernah digelar Ziad bin Ummih ya`ni Ziad anak ibunya kerana tidak diketahui siapa bapanya pada masa itu. Beliau juga dikenali sebagai Ziad bin `Ubaid al-Tsaqafi

Mengikut catatan sejarah Ziad adalah gabenor Saidina `Ali di zaman pemerintahannya setelah disingkirkan Sahal bin Hunaif (ya`ni seorang sahabat yang Nabi s.a.w. persaudarakannya dengan Saidina `Ali). Semasa beliau menjadi gabenor orang-orang Kufah sangat degil sehingga tidak mendengar perintah dan larangannya.

Ziad pula seorang yang keras sifatnya. Apabila Sahal bin Hunaif dilucutkan jawatan maka beliau menggantikannya dan bumi Kufah menjadi aman dengan pemerintahannya. Apabila Kufah menjadi aman dengan pemerintahan Ziad maka Muawiyah memainkan perananan politiknya di mana beliau merasakan sekiranya Ziad berada dipihaknya maka sudah tentu pihaknya adakan bertambah kuat.

Oleh kerana mahukan Ziad berada dipihaknya dan meninggalkan Saidina `Ali maka Muawiyah mengatur langkah dengan mendakwa bahawa Ziad adalah adik beradik kandungnya iaitu anak Abu Sufyan. Lalu Muawiyah memanggil Ziad, menghormatinya, memuliakannya, memberinya harta dan kekayaan sehingga akhirnya Ziad meninggalkan Saidina `Ali dan berbai`ah kepada Muawiyah.

Inilah apa yang dinukilkan oleh musuh Islam yang bertopengkan ahli sejarah tetapi tidak semua ahli sejarah yang menukilkan demikian kerana tidak semua dari mereka adalah musuh Islam yang ingin memburuk-burukkan Islam.


Cerita Sebenar Yang Diputar Belitkan

Pada zaman Jahiliyyah Abu Sufyan pernah pergi ke rumah Harits bin Kaldah dan beliau menyediakan Sumayyah, hamba perempuannya kepada Abu Sufyan. Abu Sufyan tinggal bersama dengan Sumayyah sehingga Sumayyah mengandungkan Ziad tetapi Abu Sufyan mendiamkan perkara ini dan tidak menghebohkannya sehingga umum tidak mengetahui bahawa Ziad adalah anak kepada Abu Sufyan

Ini adalah kerana pada zaman Jahiliyyah terdapat satu adat yang dilenyapkan dengan kedatangan Islam iaitu menghormati tetamu dengan menyediakan hamba perempuan untuk ditiduri. Hamba tersebut mestilah sebelum itu suci rahimnya daripada kandungan sebelum diberikan kepada tetamu tetapi hamba tersebut boleh pula ditidurinya apabila dia sudah tahu bahawa kandungan itu bukan miliknya

Sumayyah pula selepas itu dikahwinkan dengan hamba yang lain dan kemudian melahirkan seorang hamba yang dikenali sebagai Abu Bakrah.

Setelah datangnya Islam maka Islam membatalkan adat perkahwinan seperti ini dan apa yang diharamkan adalah selepas datangnya Islam. Adapun Ziad adalah sah anak Abu Sufyan kerana peristiwa ini berlaku sebelum Islam. Dan jelas hadits menyebutkan:

‘مَنْ ادَّعَى أَبًا فِي الْإِسْلَامِ’
Sesiapa yang mendakwa ayah di dalam Islam.

Dan Muawiyah mendakwa bahawa Ziad adalah anak Abu Sufyan pada tahun ke44 dan Saidina `Ali sudah lama wafat. Jadi tidak timbul masalah perebutan dan sebagainya. Manakala dakwaan Muawiyah bahawa Ziad adalah anak Abu Sufyan adalah bersama sepuluh orang saksi yang kuat-kuat termasuklah antaranya beberapa orang dari kalangan sahabat.

Ibnu Khaldun, Balazuri, Ibnul Atsir dan lain-lain juga menyebutkan dengan jelas Ziad bin Abi Sufyan termasuklah Imam Malik sendiri dalam Muwatto`nya juga menyebutkan Ziad bin Abi Sufyan. Ini menunjukkan ianya begitu jelas dan tidak perlu kita pertikaikan lagi kesahihannya.

Perkara sebegini sengaja dibangkitkan dan dibesar-besarkan supaya musuh-musuh Islam dapat menghuduhkan pemerintahan Islam seterusnya memburukkan imej Islam itu sendiri. Antara motif mereka tidak lain hanyalah mahu menunjukkan bahawa Islam tidak ada ketamadunan dalam pemerintahannya dan Islam hanya teori dan bukan praktikal.

Ini menunjukkan yang mereka cuba menipu orang yang buta dengan hadits dan sejarah dengan cerita yang diputar belitkan dan kemudian membenarkan dakyah mereka setelah orang terpengaruh dan termakan hasutan mereka yang terdapat dalam lipatan sejarah dan hadits-hadits palsu. Wallahu a`lam!

Tuesday, September 29, 2009

Fitnah Terhadap Marwam Bin Al-Hakam

Kelebihan Sifat Malu



[١٥٢] ٥٧ (٣٥)- حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ الْعَقَدِيُّ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ

`Ubaidullah bin Sa`id dan `Abd bin Humaid telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Abu `Amir al-`Aqadi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman bin Bilal telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Soleh daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Iman itu lebih daripada tujuh puluh cabang besar dan malu adalah satu cabang daripada iman.”


Dalam riwayat-riwayat lain ada menyebutkan iman itu lebih daripada enam puluh cabang, ada juga juga riwayat yang menyebutkan lebih daripada empat puluh cabang ya`ni sebagaimana yang diriwayatkan selain Bukhari dan Muslim iaitu kitab-kitab Sunan seperti Sunan Nasa`ie, Tirmizi dan lain-lain. Riwayat-riwayat ini seakan bercanggah tetapi ini sebenarnya menunjukkan sifat amanah para sahabat yang meriwayatkan hadits yang mereka dengar daripada Rasulullah s.a.w. walaupun ianya sudah mansukh tetapi sesetengah ulama` mengatakan yang paling sahih adalah riwayat yang mengatakan tujuh puluh lebih dan ulama’ berbeza pendapat berhubung makna ‘tujuh puluh lebih’:

i. Ada dari kalangan mereka yang mengatakan ianya memang untuk menunjukkan bilangan cabang iman terhad sampai tujuh puluh lebih

ii. Ada juga yang mengatakan angka ‘tujuh’ adalah simbol kepada maksud banyaknya cabang iman ya`ni sebagaimana yang digunakan dalam kebanyakan ayat al-Quran maupun hadits.

iii. Imam Baihaqi dalam kitabnya Syu`ab al-Iman menyebutkan berdasarkan kajiannya ‘tujuh puluh lebih’ bermaksud tujuh puluh tujuh.

iv. Imam al-Hafiz Ibnu Hibban menolak makna tahdid (had) dengan mengatakan jika dengan makna tahdid kenapa pula disebutkan tujuh puluh lebih dan tidak disebutkan berapakah angka yang lebih itu manakala jika ianya adalah simbol kepada bilangan yang banyak maka kenapa pula ada perkataan ‘lebih’, kerana angka ‘tujuh’ sudah menjadi simbolik dan memberi makna bilangan yang banyak. Dalam kajian Ibnu Hibban dengan mengira setiap hadits dan ayat al-Quran yang mengaitkan dengan amalan yang dikira sebahagian daripada iman semuanya tujuh puluh sembilan. Pada mulanya beliau ada mengira apa yang terdapat dalam hadits yang mengaitkan amalan yang dikira sebagai iman dan semuanya tidak sampai tujuh puluh lebih. Kemudian beliau sembahyang dua rakaat dan kembali mengkaji al-Quran. Beliau membacanya dengan tadabbur dan mengira setiap amalan yang dikaitkan dan dikira sebagai iman serta menolak yang berulang maka selepas itu beliau mendapai semuanya tujuh puluh sembilan.


[١٥٣] ٥٨ (٠٠)- حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ

Zuhair bin Harb telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir telah meriwayatkan kepada kami daripada Suhail daripada `Abdillah bin Dinar daripada Abi Soleh daripada Abi Hurairah, katanya: Iman itu lebih tujuh puluh cabang atau lebih enam puluh cabang. Yang paling utama darinya ialah ucapan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ dan yang paling kurang darinya adalah menghilangkan perkara yang mengganggu daripada jalan dan malu itu adalah satu cabang daripada iman.


[١٥٤] ٥٩ (٣٦)- حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَمْرٌو النَّاقِدُ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ قَالُوا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ سَمِعَ النَّبِيّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَعِظُ أَخَاهُ فِي الْحَيَاءِ فَقَالَ الْحَيَاءُ مِنْ الْإِيمَانِ

Abu Bakr bin Abi Syaibah, `Amar al-Naqid dan Zuhair bin Harb telah meriwayatkan kepada kami, mereka berkata: Sufyan bin Uyaynah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Zuhri daripada Salim daripada ayahnya bahawa Nabi s.a.w. mendengar seorang lelaki menasihati saudaranya berhubung malu maka baginda bersabda[1]: “Malu itu adalah sebahagian daripada iman.”


[١٥٥] (٠٠)- حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَقَالَ مَرَّ بِرَجُلٍ مِنْ الْأَنْصَارِ يَعِظُ أَخَاهُ

`Abd bin Humaid telah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abd al-Razzaq telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma`mar telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhri dengan isnad ini dan beliau berkata: Beliau lalu berhampiran seorang lelaki Anshor yang menasihati saudaranya.


Dalam hadits tadi ada menceritakan tentang seorang lelaki menasihati saudaranya supaya tidak malu atau mencerca saudaranya kerana malu Imam Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad ada menyebutkan dengan lebih jelas bahawa lelaki itu mencerca saudaranya kerana malu. Kisahnya adalah mengenai seorang sahabat yang ada orang berhutang dengannya dan dia malu untuk meminta walaupun itu haknya maka saudaranya memarahinya kerana malu untuk meminta haknya tetapi mengatakan ‘biarkan’ kerana sifat malu itu menjadikannya bertimbang rasa, dengan sebab itu Nabi menyuruh saudaranya membiarkannya dengan sifat malunya kerana ia membawanya ke arah yang elok.


Sifat malu dalam amalan sudah semakin berkurangan walaupun ianya adalah antara ciri utama budaya ketimuran tetapi oleh kerana ia disalah anggap maka ia terus di tinggalkan lantaran takut dilabelkan sebagai jumud dan mundur.

Sifat malu yang dimaksudkan dalam Islam sebagai sifat yang mulia adalah sifat yang lahir antara sifat takut dan menjaga diri diri daripada dosa dan bukannya seperti yang difahami dari segi bahasa. Sifat malu untuk berdepan dengan kenyataan hidup, malu untuk menyatakan kebenaran bukanlah al-hayaa` yang dimaksudkan dalam hadits bahkan dalam Bahasa Arab ia dipanggil khawar dan sifat tersebut adalah antara sifat yang tercela dalam Islam.


Islam tidak menghalang kemajuan bahkan Islam mendorong ke arah kemajuan yang seimbang dari segi fizikal dan moral manusia. Sifat malu sebagai contoh mampu mendorong manusia ke arah kemajuan yang seimbang di samping mengelak dari tergelincir dari menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Hadits-hadits tadi jelas menunjukkan sifat malu tersebut adalah sifat yang sangat mulia sehingga ia menjadi salah satu cabang dari cabang iman lantaran kemampuannya menghalang manusia dari melakukan kesilapan. Tetapi bagaimanakah ianya akan berlaku?


Fitrah manusia samada seorang itu beragama Islam atau tidak seseorang itu akan mengenang budi orang lain yang menyelamatkannya atau menolongnya dalam sesuatu masalah. Sebagai contoh seorang yang diselamatkan dari maut semestinya amat mengenang budi orang yang menyelamatkannya bahkan menjadi amat baik dengannya kerana begitu terhutang budi dengan orang yang menyelamatkannya yang kalau tidak kerananya maka mungkin dia sudah tiada lagi di dunia ini. Anak-anaknya akan menjadi yatim dan mereka sudah tidak ada lagi tempat bergantung.

Ini adalah realiti dunia yang mudah untuk kita fahami maka apakah sangat payah untuk kita fahami bahawa Allah Yang Maha Esa telah menyelamatkan kita sepanjang hidup kita?

Tidak terhitung banyaknya budi yang Dia taburkan pada kita dalam bentuk rahmat namun kita masih tidak berterima kasih pada-Nya. Udara yang kita hidrup seandainya dikenakan bayaran maka pastinya ia takkan terbayar walaupun kita mula bekerja dari kecil sehingga mati.


Begitu juga dengan nikmat-nikmat lain. Maka apakah kita tidak malu untuk terus hidup atas nikmatnya tanpa memperdulikan perintah-Nya.

Allah tidak minta kita berterima kasih hanya dengan mengucapkan terima kasih atau dengan material tetapi apa yang Allah mahukan adalah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada-Nya iaitu dengan menyembah-Nya, tidak menyekutukannya dengan sesuatu pun, melakukan yang ma`ruf dan menjauhi yang munkar.


Kalaulah dengan kerana seorang yang memegang kita dari terjatuh dan maut maka kita boleh mengenangnya seumur hidup kita bahkan bersikap baik kepadanya maka apatah lagi Allah yang bukan sekali menyelamatkan kita bahkan seumur hidup kita Dia menyelamatkan kita dan memberi rahmat-Nya tanpa putus-putus.

Sekiranya manusia fikir tentang perkara ini maka dia akan beriman dengan Allah bahkan menjadi mukmin yang baik. Sifat malu itu sendiri semuanya baik sebagaimana yang termaktub dalam hadits selepas ini.


[١٥٦] ٦٠ (٣٧)- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا السَّوَّارِ يُحَدِّثُ أَنَّهُ سَمِعَ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ يُحَدِّثُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحَيَاءُ لَا يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ فَقَالَ بُشَيْرُ بْنُ كَعْبٍ إِنَّهُ مَكْتُوبٌ فِي الْحِكْمَةِ أَنَّ مِنْهُ وَقَارًا وَمِنْهُ سَكِينَةً فَقَالَ عِمْرَانُ أُحَدِّثُكَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتُحَدِّثُنِي عَنْ صُحُفِكَ

Muhammad bin al-Mutsanna dan Muhammad bin Basysyar telah meriwayatkan kepada kami dan lafaz hadits adalah daripada Ibnu al-Mutsanna, mereka berdua berkata: Muhammad bin Ja`far telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah telah meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah, beliau berkata: Saya mendengar Aba al-Sawwaar menceritakan bahawa `Imran bin Hushain menceritakan daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda: “Malu itu tidak membawa kecuali kebaikan,” lalu Busyair berkata: “Ada tertulis dalam kitab Hikmah bahawa malu itu adalah merupakan kehebatan dan setengahnya adalah ketenangan.” Maka `Imran berkata: “Aku ceritakan kepadamu daripada hadits Rasulullah s.a.w. sedangkan engkau pula menceritakan dari kitab engkau.”


[١٥٧] ٦١ (٠٠)- حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَبِيبٍ الْحَارِثِيُّ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ إِسْحَقَ وَهُوَ ابْنُ سُوَيْدٍ أَنَّ أَبَا قَتَادَةَ حَدَّثَ قَالَ كُنَّا عِنْدَ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ فِي رَهْطٍ مِنَّا وَفِينَا بُشَيْرُ بْنُ كَعْبٍ فَحَدَّثَنَا عِمْرَانُ يَوْمَئِذٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ خَيْرٌ كُلُّهُ قَالَ أَوْ قَالَ الْحَيَاءُ كُلُّهُ خَيْرٌ فَقَالَ بُشَيْرُ بْنُ كَعْبٍ إِنَّا لَنَجِدُ فِي بَعْضِ الْكُتُبِ أَوْ الْحِكْمَةِ أَنَّ مِنْهُ سَكِينَةً وَوَقَارًا لِلَّهِ وَمِنْهُ ضَعْفٌ قَالَ فَغَضِبَ عِمْرَانُ حَتَّى احْمَرَّتَا عَيْنَاهُ وَقَالَ أَلَا أَرَانِي أُحَدِّثُكَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتُعَارِضُ فِيهِ قَالَ فَأَعَادَ عِمْرَانُ الْحَدِيثَ قَالَ فَأَعَادَ بُشَيْرٌ فَغَضِبَ عِمْرَانُ قَالَ فَمَا زِلْنَا نَقُولُ فِيهِ إِنَّهُ مِنَّا يَا أَبَا نُجَيْدٍ إِنَّهُ لَا بَأْسَ بِهِ


Yahya bin Habib al-Haritsi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Zaid telah meriwayatkan kepada kami daripada Ishaq (beliau adalah Ibnu Suwaid) bahawa Aba Qatadah telah menceritakan, beliau berkata: “Kami duduk berhampiran `Imran bin Hushain dalam satu kumpulan, di kalangan kami ada Busyair bin Ka`ab. `Imran bin Hushain pada hari itu menceritakan kepada kami: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Malu itu baik semuanya,” atau perawi berkata: “Malu itu semuanya baik.” Maka Busyair bin Ka`ab berkata: “Sesungguhnya kami memang mendapati dalam kitab-kitab atau kitab hikmah bahawa sebahagian daripada malu itu adalah ketenangan dan sebahagian daripadanya adalah rasa hebat terhadap Allah dan sebahagian daripadanya adalah kelemahan.” Perawi berkata: “Maka `Imran pun naik marah sehingga merah kedua matanya dan dia berkata: “Engkau tidak fikirkah yang aku sedang menceritakan kepada engkau daripada Rasulullah s.a.w. dan engkau pula mencanggahnya / menyanggahnya.” Kata perawi: “Maka `Imran mengulangi hadits tersebut.” Kata perawi: Busyair pun mengulangi kata-katanya maka `Imran pun menjadi marah.” Kata perawi: “Kami pun terus berkata: “Dia itu orang kita wahai Aba Nujaid! Sesungguhnya dia itu tidak mengapa.”


[١٥٨]- حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا النَّضْرُ حَدَّثَنَا أَبُو نَعَامَةَ الْعَدَوِيُّ قَالَ سَمِعْتُ حُجَيْرَ بْنَ الرَّبِيعِ الْعَدَوِيَّ يَقُولُ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَ حَدِيثِ حَمَّادِ بْنِ زَيْدٍ

Ishaq bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Nadhr telah menceritakan kepada kami, katanya: Abu Nu`amah al-`Adawi telah meriwayatkan kepada kami, beliau berkata: Saya mendengar Hujair bin al-Rabi` al-`Adawi berkata daripada `Imran bin Hushain daripada Nabi s.a.w. sama seperti makna hadits Hammad bin Zaid.


Hadits tadi menunjukkan adanya pertententangan tetapi apa yang terjadi adalah percanggahan dari segi zahir saja iaitu dari segi istilah bahasa. Apa yang dikatakan oleh Busyair bin Ka`ab hanyalah dari segi bahasa sedangkan apa yang diriwayatkan oleh `Imraan bin Hushain adalah dari segi istilah syara` dan semestinya pada zahir nampak seakan bercanggah.

Busyair mengatakan sebahagiannya adalah kelemahan memandang kepada maknanya dari segi bahasa dan bukannya syara`. Malu jika tidak kena pada tempatnya turut di anggap lemah dalam Islam seperti malu untuk menyatakan kebenaran atau malu untuk menegakkan keadilan.

Apa yang `Imraan bin Hushain mahukan adalah supaya beradab ketikamana suatu hadits diriwayatkan dan tidak cuba menyanggahinya walaupun ianya hanya pada zahir sahaja. Dengan sebab itu beliau amat marah dengan perbuatan Busyair. Ini dipanggil mu`aradhah suriyyah dan bukan mu`aradhah haqiqiyyah (percanggahan pada hakikat perkara tersebut) sebagaimana adanya mutaba`ah suriyyah dan mutaba`ah haqiqiyyah.


[1] Dalam hadits Bukhari ada menyebutkan dengan lebih jelas دَعْهُ ya`ni biarkan dia malu


Thursday, April 23, 2009

Bab Peperangan Uhud





و حَدَّثَنَا هَدَّابُ بْنُ خَالِدٍ الْأَزْدِيُّ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ وَثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُفْرِدَ يَوْمَ أُحُدٍ فِي سَبْعَةٍ مِنْ الْأَنْصَارِ وَرَجُلَيْنِ مِنْ قُرَيْشٍ فَلَمَّا رَهِقُوهُ قَالَ مَنْ يَرُدُّهُمْ عَنَّا وَلَهُ الْجَنَّةُ أَوْ هُوَ رَفِيقِي فِي الْجَنَّةِ فَتَقَدَّمَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ ثُمَّ رَهِقُوهُ أَيْضًا فَقَالَ مَنْ يَرُدُّهُمْ عَنَّا وَلَهُ الْجَنَّةُ أَوْ هُوَ رَفِيقِي فِي الْجَنَّةِ فَتَقَدَّمَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ فَلَمْ يَزَلْ كَذَلِكَ حَتَّى قُتِلَ السَّبْعَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِصَاحِبَيْهِ مَا أَنْصَفْنَا أَصْحَابَنَا

Dan Haddab bin Khalid al-Azdi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Salamah daripada ‘Ali bin Zaid dan Tsabit al-Bunani daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. telah terasing pada hari peperangan Uhud bersama tujuh orang Anshor dan dua orang Quraisy. Apabila orang-orang kafir Quraisy telah menghampiri Baginda, Nabi s.a.w. pun bersabda: “Siapakah yang akan menghalau mereka daripada kita dan dia akan menjadi temanku dalam syurga nanti.” Maka tampillah ke hadapan seorang lelaki Anshor. Beliau memerangi orang-orang kafir sehingga terbunuh. Kemudian mereka menghampiri Nabi s.a.w. lagi maka Baginda bersabda: “Siapa yang akan menolak/menghalau mereka daripada kita maka dia akan mendapat syurga” atau Nabi s.a.w. bersabda “dia akan menjadi sahabat yang akan bersamaku dalam syurga.” Maka tampil seorang lelaki Anshor ke hadapan lalu berperang sehingga terbunuh. Begitulah seterusnya sehingga terbunuhnya ketujuh-tujuh orang mereka. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w. berkata kepada dua orang sahabatnya : “Kita tidak berlaku adil terhadap sahabat-sahabat kita itu.”


Serba Sedikit Tentang Perawi

Haddab bin Khalid al-Azdi:
I. Imam an-Nasa`ei mengatakannya dhaif.
II. Bukhari ada menerima riwayatnya yang lain tetapi menolak riwayat ini.

Ali bin Zaid bin Jud`an:
I. Seorang perawi yang dipertikaikan, da`if, bahkan sesetengah ulamak mengatakannya syi`ah pelampau.
II. Bukhari tidak meriwayatkan hadits ini walaupun menerima riwayat-riwayat Tsabit al-Bunani.
III. Memandangkan riwayatnya lemah maka mengikut kaedah usul hadits perawi lain dibawa untuk menguatkan riwayatnya. Dengan sebab itu Imam Muslim mengemukakan seorang lagi yang meriwayatkan hadits yang sama iaitu Tsabit al-Bunani.
IV. Hadits ini hanya terdapat dalam sahih Muslim dan tidak ada dalam kitab-kitab Sunan Sittah yang lain.


Tentang Matan

Ini menurut riwayat yang masyhur iaitu dengan mati fa`; مَا أَنْصَفْنَا أَصْحَابَنَا beginilah dhobit jumhur ulamak mutaqaddimin dan mutaakhkhirin yang membawa makna: Orang-orang Quraisy tidak berlaku adil terhadap Anshor kerana kedua-dua orang Quraisy tidak keluar pergi berperang bahkan selamat kedua-duanya. Qadhi `Iyad dan lain-lain berkata: Ada sesetengah perawi meriwayatkan مَا أَنْصَفَنَا أَصْحَابُنَا bermakna: Sahabat-sahabat kita dari kalangan Muhajirin telah tidak berlaku adil terhadap kita dengan sebab mereka telah lari berselerak. [Syarah Sahih Muslim Jld.6 m/s.404

Hadits ini tidak ada dalam Sunan Sittah kecuali Sahih Muslim sahaja dan kalau diperhatikan kepada riwayat-riwayat tadi terutama riwayat مَا أَنْصَفْنَا أَصْحَابَنَا memberikan makna yang tidak elok dan tidak sesuai: ‘Kita tidak berlaku adil’ ya`ni Quraisy adakah Nabi s.a.w. maksudkan orang lain sedangkan Nabi s.a.w. sendiri juga seorang muhajirin dan Quraisy. Kalau begitu adakah ini bermakna Nabi s.a.w. telah berlaku tidak adil kepada sahabat-sahabatnya? Kalau Nabi tidak adil maka siapa pula yang lebih adil daripada Nabi s.a.w.? Sekiranya tidak adil itu dengan sebab dua orang Quraisy yang bersama Nabi s.a.w. tidak pergi menghadapi perang maka siapa pula dua orang itu? Dari sini timbul syak dan kemungkinan bahawa dua orang yang biasanya berada dengannya adalah Abu Bakr ada Umar maka adakah kedua-dua tokoh besar ini yang kemudiannya menjadi khalifah adalah orang yang tidak adil. Jika kita tidak perhatikan dan perhalusi isi kandungan cerita ini berkemungkinan kita akan termakan hasutan Syiah yang cuba memburukkan sahabat-sahabat seterusnya Nabi s.a.w. Maka mengikut kaedah usul dirayah; jika riwayat tersebut menjejaskan nama Nabi s.a.w. maka riwayat tersebut tidak boleh diterima walaupun sanadnya sahih. Apatah lagi jika ia bercanggah dengan akidah, al-Quran dan riwayat-riwayat sahih yang lain yang menta`dilkan (menyatakan keadilan) sahabat-sahabat.

Begitu juga dengan riwayat yang menyebutkan; مَا أَنْصَفَنَا أَصْحَابُنَا ya`ni dengan makna: ‘Kita (puak Quraisy) tidak berlaku adil terhadap sahabat-sahabat kita’ sedangkan sahabat Quraisy yang ada hanyalah dua orang dan kalaupun mereka pergi menghadapi musuh dan syahid ianya tetap menjadi tidak adil kerana sahabat Anshor tujuh orang semuanya manakala muhajirin hanya tinggal dua orang sahaja. Kecualilah kalau kita cuba kita katakan bahawa kerana yang lain sudahpun berselerak tetapi mereka berselerak bukanlah dengan sengaja ataupun dengan kehendak mereka tetapi disebabkan oleh keadaan perang kerana dalam peperangan adakalanya kita terpaksa berundur buat sementara waktu dan itu adalah biasa. Maka adakah dengan perbuatan terpaksa seperti itu kita boleh menyalahkan mereka sehingga mengatakan mereka tidak adil. Kita boleh menghukum seorang adil atau tidak hanya apabila seseorang itu ada pilihan samada untuk melakukannya atau tidak manakala dalam keadaan berselerak seperti ini maka adakah kita masih lagi boleh untuk kita menghukum mereka sebagai orang yang tidak adil? Ini bukannya berlaku dengan pilihan manusia. Jadi tidak timbul masalah adil atau tidak.

Jika dikatakan bahawa ayat tersebut dimaksudkan untuk umum ianya tetap tidak boleh diterima kerana masih ada dua orang sahabat. Maka timbul syak apabila tidak dinyatakan siapakah dua sahabat tersebut dan kenapa pula nama dua orang sahabat tersebut tidak dinyatakan? Apa pula motif disebalik ayat yang tidak jelas ini dalam keadaan sudah maklum bahawa dua orang sahabat yang paling rapat dengan baginda adalah Abu Bakar dan Umar sebagaimana maklum bahawa apabila disebutkan ‘Syaikhain’ (dua orang tua) maka kebiasaannya ia merujuk kepada Abu Bakar dan Umar.

Kesamaran ini membolehkan mereka mencerca sahabat-sahabat dan pada masa yang sama mengelakkan diri dari tuduhan mencerca sahabat-sahabat utama baginda dengan mengatakan ianya bukan ditujukan kepada Abu Bakar dan Umar dan tidak semestinya perkataan tersebut merujuk kepada mereka sahaja. Inilah yang sering berlaku di mana perawil-perawi Syi`ah cuba berselindung disebalik perkataan yang tidak jelas agar dapat mengelirukan ummat Islam.

Perkataan-perkataan seperti ini sering digunakan agar dapat memperdayakan seterusnya menyebar luaskan dakyah mereka yang jelas cuba menjatuhkan aqidah suci ummat Islam.


٣- حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى التَّمِيمِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ سَهْلَ بْنَ سَعْدٍ يُسْأَلُ عَنْ جُرْحِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ أُحُدٍ فَقَالَ جُرِحَ وَجْهُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكُسِرَتْ رَبَاعِيَتُهُ وَهُشِمَتْ الْبَيْضَةُ عَلَى رَأْسِهِ فَكَانَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَغْسِلُ الدَّمَ وَكَانَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ يَسْكُبُ عَلَيْهَا بِالْمِجَنِّ فَلَمَّا رَأَتْ فَاطِمَةُ أَنَّ الْمَاءَ لَا يَزِيدُ الدَّمَ إِلَّا كَثْرَةً أَخَذَتْ قِطْعَةَ حَصِيرٍ فَأَحْرَقَتْهُ حَتَّى صَارَ رَمَادًا ثُمَّ أَلْصَقَتْهُ بِالْجُرْحِ فَاسْتَمْسَكَ الدَّمُ

Yahya bin Yahya al-Tamimi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Abd al-‘Aziz bin Abi Hazim telah meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya bahawa beliau mendengar Sahl bin Sa`ad ketika beliau ditanya tentang luka Rasulullah s.a.w. yang Rasulullah s.a.w. dapat pada hari Uhud. Sahl bin Sa`ad berkata: “Muka Rasulullah s.a.w. telah luka dan gigi ruba`iyyah nya terserpih/retak dan pecah topi besi di atas kepalanya. Fatimah anak perempuan Rasulullah s.a.w. membasuh darah dan ‘Ali bin Abi Talib pula mencurahkan air kepadanya dengan perisai. Apabila Fatimah nampak air tidak menambahkan kecuali semakin banyak keluar darah lalu dia pun mengambil secebis tikar dan dibakarnya sehingga menjadi abu dan melekatkannya pada luka Nabi s.a.w. maka pada ketika itu barulah darah berhenti mengalir.


وَكُسِرَتْ رَبَاعِيَتُهُ

Sesetengah penterjemah mengatakan gigi Nabi s.a.w. tercabut ataupun patah namun tidak ada riwayat yang menyebutkan bahawa gigi Nabi s.a.w. rongak maupun patah tetapi apa yang digambarkan adalah gigi Nabi s.a.w. sentiasa elok. Ini termasuklah apa yang diriwayatkan oleh orang-orang yang terkemudian memeluk Islam. Ini menunjukkan gigi Nabi s.a.w. tidak tercabut maupun patah.


Wallahu`alam,
Ibnu Hasan,
Kota Bharu, Kelantan.

Thursday, February 5, 2009

PUSAKA UNTUK KELUARGA NABI S.A.W : Fitnah Syiah Terhadap Abu Bakar Berkenaan Tanah Fada'



١٧٥٩- حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ أَخْبَرَنَا حُجَيْنٌ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا أَخْبَرَتْهُ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْسَلَتْ إِلَى أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ تَسْأَلُهُ مِيرَاثَهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْهِ بِالْمَدِينَةِ وَفَدَكٍ وَمَا بَقِيَ مِنْ خُمْسِ خَيْبَرَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا صَدَقَةٌ إِنَّمَا يَأْكُلُ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا الْمَالِ وَإِنِّي وَاللَّهِ لَا أُغَيِّرُ شَيْئًا مِنْ صَدَقَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ حَالِهَا الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهَا فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَأَعْمَلَنَّ فِيهَا بِمَا عَمِلَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَبَى أَبُو بَكْرٍ أَنْ يَدْفَعَ إِلَى فَاطِمَةَ شَيْئًا فَوَجَدَتْ فَاطِمَةُ عَلَى أَبِي بَكْرٍ فِي ذَلِكَ قَالَ فَهَجَرَتْهُ فَلَمْ تُكَلِّمْهُ حَتَّى تُوُفِّيَتْ وَعَاشَتْ بَعْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِتَّةَ أَشْهُرٍ فَلَمَّا تُوُفِّيَتْ دَفَنَهَا زَوْجُهَا عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ لَيْلًا وَلَمْ يُؤْذِنْ بِهَا أَبَا بَكْرٍ وَصَلَّى عَلَيْهَا عَلِيٌّ وَكَانَ لِعَلِيٍّ مِنْ النَّاسِ وِجْهَةٌ حَيَاةَ فَاطِمَةَ فَلَمَّا تُوُفِّيَتْ اسْتَنْكَرَ عَلِيٌّ وُجُوهَ النَّاسِ فَالْتَمَسَ مُصَالَحَةَ أَبِي بَكْرٍ وَمُبَايَعَتَهُ وَلَمْ يَكُنْ بَايَعَ تِلْكَ الْأَشْهُرَ فَأَرْسَلَ إِلَى أَبِي بَكْرٍ أَنْ ائْتِنَا وَلَا يَأْتِنَا مَعَكَ أَحَدٌ كَرَاهِيَةَ مَحْضَرِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ عُمَرُ لِأَبِي بَكْرٍ وَاللَّهِ لَا تَدْخُلْ عَلَيْهِمْ وَحْدَكَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ وَمَا عَسَاهُمْ أَنْ يَفْعَلُوا بِي إِنِّي وَاللَّهِ لَآتِيَنَّهُمْ فَدَخَلَ عَلَيْهِمْ أَبُو بَكْرٍ فَتَشَهَّدَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ ثُمَّ قَالَ إِنَّا قَدْ عَرَفْنَا يَا أَبَا بَكْرٍ فَضِيلَتَكَ وَمَا أَعْطَاكَ اللَّهُ وَلَمْ نَنْفَسْ عَلَيْكَ خَيْرًا سَاقَهُ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَكِنَّكَ اسْتَبْدَدْتَ عَلَيْنَا بِالْأَمْرِ وَكُنَّا نَحْنُ نَرَى لَنَا حَقًّا لِقَرَابَتِنَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَزَلْ يُكَلِّمُ أَبَا بَكْرٍ حَتَّى فَاضَتْ عَيْنَا أَبِي بَكْرٍ فَلَمَّا تَكَلَّمَ أَبُو بَكْرٍ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَرَابَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَبُّ إِلَيَّ أَنْ أَصِلَ مِنْ قَرَابَتِي وَأَمَّا الَّذِي شَجَرَ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ مِنْ هَذِهِ الْأَمْوَالِ فَإِنِّي لَمْ آلُ فِيهَا عَنْ الْحَقِّ وَلَمْ أَتْرُكْ أَمْرًا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُهُ فِيهَا إِلَّا صَنَعْتُهُ فَقَالَ عَلِيٌّ لِأَبِي بَكْرٍ مَوْعِدُكَ الْعَشِيَّةُ لِلْبَيْعَةِ فَلَمَّا صَلَّى أَبُو بَكْرٍ صَلَاةَ الظُّهْرِ رَقِيَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَتَشَهَّدَ وَذَكَرَ شَأْنَ عَلِيٍّ وَتَخَلُّفَهُ عَنْ الْبَيْعَةِ وَعُذْرَهُ بِالَّذِي اعْتَذَرَ إِلَيْهِ ثُمَّ اسْتَغْفَرَ وَتَشَهَّدَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ فَعَظَّمَ حَقَّ أَبِي بَكْرٍ وَأَنَّهُ لَمْ يَحْمِلْهُ عَلَى الَّذِي صَنَعَ نَفَاسَةً عَلَى أَبِي بَكْرٍ وَلَا إِنْكَارًا لِلَّذِي فَضَّلَهُ اللَّهُ بِهِ وَلَكِنَّا كُنَّا نَرَى لَنَا فِي الْأَمْرِ نَصِيبًا فَاسْتُبِدَّ عَلَيْنَا بِهِ فَوَجَدْنَا فِي أَنْفُسِنَا فَسُرَّ بِذَلِكَ الْمُسْلِمُونَ وَقَالُوا أَصَبْتَ فَكَانَ الْمُسْلِمُونَ إِلَى عَلِيٍّ قَرِيبًا حِينَ رَاجَعَ الْأَمْرَ الْمَعْرُوفَ


Muhammad bin Rafi’ telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Hujain telah menceritakan kepada kami, katanya: Laits telah meriwayatkan kepada kami daripada Uqail daripada Ibnu Syihab daripada Urwah bin al-Zubair daripada ‘Aisyah bahawa sesungguhnya beliau telah menceritakan kepada Urwah bin al-Zubair bahawa Fatimah binti Rasulillah s.a.w. telah menghantar orang[1] kepada Abu Bakr al-Siddiq untuk meminta dengan beliau pusakanya daripada Rasulullah s.a.w. iaitu daripada harta yang Allah berikan kepada Nabi s.a.w. sebagai fai’ di Madinah, fadak dan yang baki daripada khumus harta khaibar. Abu Bakr berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami tidak diwarisi, apa yang kami tinggal menjadi sedekah.” Keluarga Muhammad hanya boleh makan daripada harta ini dan sesungguhnya aku – demi Allah! - tidak akan mengubah sedikit pun sedekah Rasulullah s.a.w. daripada keadaannya seperti yang dilakukan di zaman Rasulullah s.a.w., sesungguhnya aku akan melakukan seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dahulu.” Abu Bakr tidak mahu memberikan apa-apa kepada Fatimah maka marahlah Fatimah kepada Abu Bakr disebabkan itu. Perawi berkata: Maka dia pun meninggalkannya dan tidak bercakap dengannya sampai dia mati dan beliau[2] hidup selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. enam bulan. Apabila beliau wafat, suaminya ‘Ali bin Abi Talib mengebumikannya pada waktu malam dan tidak memberitahu/mengkhabarkan kepada Abu Bakr dan ‘Ali menyembahyangkan jenazahnya. ‘Ali mempunyai kedudukan pada pandangan orang ramai semasa hayat Fatimah. Apabila Fatimah wafat, ‘Ali berasa orang tidak senang kepadanya. Beliau pun meminta untuk berdamai dengan Aba Bakr dan berbai`ah dengannya dan beliau belum lagi berbaiah dalam masa beberapa bulan itu. Beliau pun menghantar orang kepada Abu Bakr supaya meminta dia datang bertemu dengan kami. Jangan ada sesiapa pun datang bersamamu, beliau tidak suka kehadiran Umar. Umar pun berkata kepada Abu Bakr: “Demi Allah! Jangan engkau pergi kepada mereka seorang diri.” Abu Bakr berkata: “Apalah yang mereka akan buat terhadapku. Demi Allah! Aku akan pergi juga kepada mereka.” Abu Bakr pun pergi berjumpa dengan mereka. ‘Ali pun bertasyahhud kemudian beliau berkata: “Sesungguhnya kami memang tahu kelebihanmu wahai Aba Bakr, dan apa yang Allah telah kurniakan kepadamu itu kami memang tahu. Kami tidak ada rasa dengki pun terhadapmu dalam perkara yang Allah berikan kepadamu tetapi engkau telah bertindak sewenang-wenang terhadap kami dalam perkara ini padahal kami berasa kami berhak kerana hubungan kekeluargaan kami dengan Rasulullah s.a.w.”. Ali pun terus bercakap dengan Abu Bakr sehingga mengalir air mata Abu Bakr. Apabila Abu Bakr bercakap, beliau berkata: “Demi Tuhanku yang nyawaku berada di tangannya. Sesungguhnya kerabat Rasulullah s.a.w. lebih aku sukai aku hubungi dari kerabat aku sendiri. Adapun pertelingkahan yang berlaku antara aku dengan kamu berhubung harta benda ini, aku tidak cuai sedikitpun dari melaksanakan haknya. Aku tidak meninggalkan apa-apa yang pernah aku lihat Rasulullah s.a.w. lakukan berhubung dengannya melainkan aku lakukannya. Maka ‘Ali berkata kepada Abu Bakr selepas itu: “Petang nanti temu janji kita untuk berbai`ah.” Apabila Abu Bakr selesai bersembahyang zohor beliau pun naik ke atas minbar lalu bertasyahhud dan menyebut kedudukan ‘Ali dan keadaannya yang belum lagi berbaiah dan alasan yang telah dikemukakannya oleh ‘Ali. Kemudian beliau beristighfar dan ‘Ali bertasyahhud dan dia membesarkan hak Abu Bakr dan menyebutkan hak Abu Bakr yang besar dan istimewa itu dan tidak ada yang mendorongnya untuk tidak berbai`ah kerana dengki kepada Abu Bakr ataupun kerana menafikan kelebihan yang Allah telah kurniakan kepadanya tetapi adalah kerana kami fikir mempunyai hak dalam perkara ini tiba-tiba diputuskan tentang perkara ini secara sewenang-wenang, kerana itu kami berasa terkilan. Setelah ‘Ali menyatakan semuanya yang tersebut tadi maka gembiralah orang ramai. Dan mereka berkata: “Engkau betul.” Maka orang-orang Islam menjadi hampir kembali kepada ‘Ali bila ‘Ali kembali kepada kedudukan yang sebenar.” - Sahih Muslim. Jld 6. m/s 320


MENILAI HADITS DARI SUDUT DIRAYAH

Ada beberapa perkara yang menimbulkan keraguan kerana tidak sesuai dengan peribadi para sahabat:-

1) ‘Abbas mengucapkan kata-kata yang kasar terhadap ‘Ali.

2) Fatimah terkilan dan marah serta tidak bercakap dengan Abu Bakar sehingga beliau meninggal dunia sedangkan hadits dan hukum yang dikemukakan oleh Abu Bakar adalah hukum Rasulullah s.a.w. iaitu ayahnya sendiri.

3) Adakah terdapat pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w.?

4) Saidina ‘Ali menyembahyangkan Fatimah dan menyemadikannya pada waktu malam dengan tidak memberitahu orang lain.

5) Percanggahan antara riwayat hadits dengan riwayat-riwayat hadits yang lain.

6) ‘Ali belum berbai`ah kepada Abu Bakar sehinggalah Fatimah meninggal dunia, iaitu selepas 6 bulan.


Keraguan 1:

‘Abbas mengucapkan kata-kata yang kasar terhadap ‘Ali.

Takwilan Ulamak

Setengah ulamak menakwilkan bahawa ‘Abbas dalam kepercayaannya menyangka ‘Ali telah mengambil hak orang lain dan mengambil hak orang lain itu berdosa maka itu dinamakan khianat. Manakala ‘Ali juga berpendapat demikian. Kerana itulah beliau menyebutkan khianat kepada ‘Ali.

Dan takwilan Abul Hasan al-Sindhi: “Kau putuskan di antara aku dengan orang yang melayani aku seperti dia melayani orang yang bersifat dusta, berdosa dan khianat.” Ini berdasarkan sikap tidak puas hati layanan ‘Ali terhadapnya walaupun sebenarnya layanannya tidak bermaksud demikian. Perkara-perkara seperti ini boleh berlaku walaupun di kalangan orang besar sekalipun.

Pendapat segolongan ulamak lain

Mereka mengatakan semua ini adalah waham ya`ni kekeliruan perawi-perawi hadits ini kerana hadits ini tersebut dalam sahih muslim sedangkan kalau mengatakan ulamak-ulamak tersebut waham maka akan waham akan jadi terlalu banyak.


Keraguan 2:


Wujudkah pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w?

Dalam kaedah Bahasa Arab, penggunaan ما sebagai Ma Mausul membawa makna ‘apa-apa yang kami tinggalkan’ tetapi Imam al-Nawawi[3] menyebutkan bahawa syiah-syiah yang jahil membacanya sebagai Ma Nafi مَا تَرَكْنَا فَهُوَ صَدَقَةً membawa makna: ‘apa-apa yang kami tinggal adalah sedekah/pusaka’ dan ini tidak harus menurut kerana bercanggah dengan kaedah nahu dan juga riwayat-riwayat yang lain. Maka timbullah persoalan sama wujudkah pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w.:

  1. Syiah cuba menyabitkan adanya pusaka dan jahatnya Khulafa` al-Rasyidun kerana enggan memberikan pusaka atau harta Nabi s.a.w. kepada Fatimah dan keluarganya padahalnya semasa pemerintahan Saidina Ali juga tidak diberikan pusaka kepada mereka tetapi tidak pula dikataka Saidina Ali jahat.

  1. Bahkan Umar dan Abu Bakar sendiri adalah mertua kepada Nabi s.a.w., bermakna anaknya juga berhak mendapat harta pusaka Nabi s.a.w. sekiranya betul mereka gilakan harta.

  1. Fatimah tidak berkeras untuk mendapatkannya. Bermakna tidak ada pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w.. Sekiranya ada sudah pasti Fatimah juga mengeluarkan hujah-hujah dan dalil-dalil untuk membuktikannya tetapi beliau hanya berdiam diri samada kerana dia tidak tahu apa yang Abu Bakr tahu ataupun dia tidak mempunyai hujah. Fatimah pasti tidak berdiam diri kerana ini bukan sahaja berkait dengan keadilan tetapi berkait dengan suatu yang lebih besar iaitu hukum yang jika tidak dijelaskan akan jadi punca kekeliruan ummat hingga ke akhir zaman.

  1. Dalam hadits bab ini ada menyebutkan ‘Fatimah marah dan berasa kecil hati’ dan tidak bercakap dengan Abu Bakr sampailah dia mati’ sehingga ‘Ali tidak memberitahu kewafatan Fatimah. Ini adalah tidak munasabah dan tidak sesuai dengan peribadi Fatimah dan para sahabat yang menjaga silaturrahim serta menjaga halal dan haram. Begitu juga dengan hadits hukum yang dikemukakan oleh Abu Bakar, adakah munasabah Fatimah memarahinya dengan sebab itu sedangkan hukum itu adalah hukum ayahnya sendiri iaitu Rasulullah s.a.w.? Sekiranya beliau marahkan Abu Bakr kerana pusaka yang tidak dibahagikan maka pasti Ali juga termasuk orang yang dimarahinya kerana ‘Ali menerima keputusan Abu Bakr. ‘Fatimah tidak bercakap dengan Abu Bakar’ kerana sebanarnya beliau telah faham dengan apa yang dikemukakan oleh Abu Bakar dan yang munasabahnya tidak bercakap dalam hal pusaka ini sahaja tetapi tidak dalam hal-hal lain manakala ‘Fatimah berasa kecil hati’ adalah tafsiran atau selitan dari perawi sahaja.


Sesuap Keliruan Dihadam Menjadi Kesesatan

Syiah mendakwa adanya pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w. sedangkan Abu Bakar tidak memberikan hak mereka dan inilah permulaan rosaknya agama yang dilakukan oleh Abu Bakar yang kemudian disambung oleh Umar sebagai bukti jahatnya Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Dengan keraguan dan sedikit kekeliruan yang ditimbulkan mereka maka orang Islam sudah mula tersuap dengan pembohongan Syiah seterusnya terjerumus ke dalam kesesatan mereka. Sedangkan ada dalil dalam al-Quran yang mengatakan adanya pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w:

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ وَإِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ فَإِنْ كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ آَبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا (١١)

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [ An-Nisaa’:11 ]


Soalan Ahlus Sunnah:

Mengikut kaedah hukum-hakam Syiah: Apabila anak membunuh ayahnya, adakah dia memperolehi pusakanya? Kalau betul setiap anak memperolehi harta pusaka ayahnya kenapa dalam masalah ini anak tersebut tidak boleh mendapat pusaka ayahnya?


Jawapan dari Syiah:

Ayat ini tidak boleh dipakai umum. Dalam kes-kes tertentu dikecualikan.


Jawapan dari Ahlus Sunnah:

Maka kita juga mengatakan demikian. Dalam kes-kes tertentu dikecualikan daripada umum. Dalam kaedahnya dipanggil umum makhsus لايرث القاتل المقتولpembunuh tidak menerima pusaka daripada yang dibunuh.


Jawapan dari Syiah:

Kamu tidak boleh mentakhsiskan hadits لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا فَهُوَ صَدَقَةٌ dengan ayat al-Quran [يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ] kerana hadits lebih rendah daripada al-Quran


Jawapan dari Ahlus Sunnah:

Bukankah kamu juga mentakhsiskan ayat tersebut dengan hadits dalam masalah ‘pembunuh tidak mewarisi orang yang dibunuh’ dan kalau mengikut darjat hadits. Yang manakah lebih tinggi hadits itu ataupun hadits لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا فَهُوَ صَدَقَةٌ sedangkan hadits ini mutawatir dan hadits ‘pembunuh tidak mewarisi orang yang dibunuh’ tidak mutawatir?

Inilah punca di mana ummat Islam mula menerima Syiah apabila termakan hasutan Syiah yang mendakwa adanya pusaka dari Nabi s.a.w. sedangkan ia hanyalah dakwaan semata. Pemalsuan yang dibuat oleh mereka jelas telah mengaburi sekian ramai ummat Islam yang cintakan ahlul bait seterusnya mencerca sahabat tanpa mengetahui hakikat sebenar disebalik cerita ini.


Pusaka Disisi Sebahagian Syiah

Maulana Taqi Utsmani memberi komentar dalam kitabnya Takmilah Fathul Mulhim :

Jelas dari riwayat-riwayat Syiah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Ja’far al-Kulaini dalam kitab al-Kafi yang bagi mereka setaraf dengan Sahih al-Bukhari bagi orang Islam:

Daripada Ja’far al-Sodiq ‘Ulama`’ [ إِنَّ العلماء ورثة الأنبياء ] dan seterusnya……

Terjemahan hadits Syiah tersebut:

Sesungguhnya ulamak adalah pewaris Nabi. Ini adalah kerana para Nabi tidak meninggalkan harta pusaka berupa dirham dan dinar. Mereka hanya meninggalkan pra-pusaka berupa hadits-hadits. Sesiapa yang mengambil walaupun sedikit sahaja pun daripada hadits-hadits peninggalan Nabi itu bererti dia telah mendapat habuan yang besar. Kamu kena perhati ilmu kamu, kamu ambil daripada siapa.. tengok lagi Usul Kafi. Jld 1

Dalam hadits tadi disebut ‘hanya’ iaitu dengan menggunakan adat hasor. Tetapi Syiah menakwilkan dengan mengatakan:

  1. ini adalah taqiyyah
  2. hadits tadi menyebutkan tidak menerima pusaka berupa duit iaitu dinar dan dirham dan bukannya tanah seperti fadak

Tetapi dalam hadits riwayat Syiah yang lain ada menyebutkan mereka juga tidak boleh menerima pusaka tanah.


Taktik Kedua

Apabila mereka tidak berjaya menyabitkannya sebagai pusaka dengan riwayat tadi mereka mengatakannya pula diberikan kepada Fatimah sebagai hibah semasa hayat Nabi s.a.w.


Jawapan dari Ahlus Sunnah:

I. Tiada riwayat yang menunjukkan adanya saksi maupun bukti bahawa ada diberikan sebagai hibah kepada Fatimah semasa hayat Baginda s.a.w. dan sekiranya Fatimah benar maka sepatutnya beliau membawa saksi untuk mempertahankan haknya.

II. Bila Nabi s.a.w. memberikannya sebagai pusaka? Adakah ketika Baginda sakit? Kalau begitu bermakna hendak melarikan harta pusaka sebab yang akan menerima pusaka daripada Baginda bukan Fatimah sahaja tetapi ramai lagi ahli keluarga Rasulullah s.a.w. yang lain.

III. Dalam hadits ada menyebutkan:

فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِث

Maka tidak boleh wasiat kepada orang yang berhak menerima pusaka.

[ Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah ]

IV. Syiah mendakwa ‘Ali dan Ummu Aiman sebagai saksi ketika Fatimah diberikan hibah sedangkan kalau ‘Ali menjadi saksi bahawa fadak itu diberi kepada Fatimah semasa hayat Baginda maka sudah tentu ‘Ali tidak akan meminta Abu Bakar memberikannya sebagai pusaka. Ini menunjukkan cerita meminta pusaka ini adalah karut semata-mata.

V. Saksi yang didakwa tidak menepati kuota yang dikehendaki syariat kerana tidak mencukupi. Firman Allah s.w.t:

وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِنْ رِجَالِكُمْ فَإِنْ لَمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاءِ

Hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi [ al-Baqarah:282 ]

Sedangkan cerita apa yang mereka kemukakan hanya ada seorang lelaki dan seorang perempuan.


Hikmahnya:

Jika ada pusaka dari Nabi s.a.w. untuk ahli keluarganya maka sudah pasti Baginda dituduh bahawa perjuangan Baginda hanyalah untuk keluarganya kerana apa yang dimiliki Nabi s.a.w. sudah sekian banyak. Antaranya ada disebutkan oleh Imam al-Nawawi[4] dalam Syarah Sahih Muslim dan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari.

I. Harta yang diwasiatkan oleh seorang Yahudi yang bernama Mukhairiq, seorang yahudi yang masuk Islam. apabila dia Islam dia pergi perang Uhud dan mati syahid. Sebelum itu dia ada berpesan kalau sekiranya dia mati maka hartanya dia wasiatkan kepada Nabi s.a.w. Hartanya terdiri daripada tujuh kebun.

II. Adanya fai`daripada tanah Bani al-Nadhir, satu pertiga tanah Wadi al-Qura, separuh tanah fadak dan dua ekor kuda yang bernama Watikh dan Salalam yang Baginda ambil sebagai perdamaian.

III. Satu perlima daripada harta khaibar.

Pun demikian nabi-nabi tidak sesekali meminta-minta untuk harta benda dan kekayaan. Berikut adalah ayat-ayat yang menunjukkan Nabi s.a.w. tidak sesekali meminta upah maupun ganjaran:-

1)

أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهِ قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْعَالَمِينَ (٩٠)

Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka. Katakanlah: Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya [ Al-An`am : 90 ]

3)

وَيَا قَوْمِ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مَالًا إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ وَمَا أَنَا بِطَارِدِ الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَلَكِنِّي أَرَاكُمْ قَوْمًا تَجْهَلُونَ (٢٩)

Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan agama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (sebagaimana yang kamu minta itu), kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada hari itu mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing); tetapi aku nampak kamu semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahui. Hud : 29

4)

يَا قَوْمِ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى الَّذِي فَطَرَنِي أَفَلَا تَعْقِلُونَ (٥١)


Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal (untuk mengetahui kebenaran)? [ Hud : 51 ]

5)

ذَلِكَ الَّذِي يُبَشِّرُ اللَّهُ عِبَادَهُ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى وَمَنْ يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْنًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ شَكُورٌ (٢٣)


(Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): Hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti) dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya). [ Al-Syura : 23 ]

Antara Hikmah Tidak Diberikan Pusaka Kepada Keturunan Nabi S.A.W.:

I. Sekiranya kita mengatakan yang Nabi s.a.w. mempunyai pusaka nescaya orang akan menuduh yang al-Quran menyatakan perkara yang tidak benar bahkan orang boleh menuduh Nabi s.a.w. menyatakan sedemikian tetapi mengamalkan yang sebaliknya dengan mengumpulkan banyak harta kerana dia boleh mewariskan hartanya kepada keluarganya keturunannya sama sahaja seperti orang lain.

II. Untuk mengelakkan walaupun lintasan mengharapkan wafatnya Nabi s.a.w. supaya beroleh harta pusaka lebih. Dengan sebab itulah tiada pusaka supaya tidak timbul langsung walaupun hanya lintasan kerana sesungguhnya Allah akan melaknat sesiapa yang melakukan demikian. Dan Allah tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepada keluarga Nabi s.a.w.

III. Isteri-isteri Nabi s.a.w. tidak dibenarkan kahwin selepasnya wafat Nabi s.a.w. kerana pada kira-kiranya walaupun dia mati tetapi sebenarnya dia dalam keadaan hidup yang tidak serupa dengan orang lain.

وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَكِنْ لَا تَشْعُرُونَ (١٥٤)


Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. [ Al-Baqarah:154 ]

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (١٦٩)


Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. [ Al-Imran:169 ]

Sedangkan mereka yang disebutkan sebagai ‘hidup’ adalah orang-orang yang syahid. Maka mengikut kaedah aulawiyyat-nya maka sudah tentu Nabi s.a.w. lebih lagi dari itu kerana isteri orang yang syahid boleh dinikahi sedangkan isteri Nabi s.a.w. tidak boleh dinikahi selepas kewafatannya. Dan sahabat-sahabat sentiasa membahagikan harta kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. mereka seakan mereka dalam ‘iddah sekadar keperluan mereka sahaja. Oleh sebab itu isteri-isteri Nabi s.a.w. tidak boleh menikah dan pusaka Nabi s.a.w. tidak boleh diterima oleh keturunannya.


Keraguan 3:

Fatimah terkilan dan marah dan tidak bercakap dengan Abu Bakar sehingga beliau meninggal dunia.

Analisis Berkaitan Selitan Dari Perawi

Manakala tentang Fatimah terkilan dan marahkan Abu Bakr menurut Maulana Taqi Utsmani dalam memetik kata-kata Maulana Gangguhi menyatakan ia adalah mudraj perawi iaitu selitan dari perawi hadits.

Perawi menafsirkan bahawa tidak bercakap itu sebagai simbol kemarahannya terhadap Abu Bakar padahal ianya tidak

Maulana Taqi Utsmani menambahkan: Tambahan ini sebenarnya tidak tersebut dalam banyak riwayat. Abu Daud mengemukakan hadits ini melalui rantaian Uqail, Syuaib bin Hamzah, Soleh dan Soleh, semua mereka meriwayatkan daripada Zuhri tetapi tidka ada menyebutkan tambahan seperti tadi sama ‘marah’ maupun ‘terkilan’ atau ‘terkedu hati’. Begitu juga Bukhari dalam kitab Faraid. Manakala Baihaqi mengemukakan dalam bentuk yang menunjukkan ini adalah hadits mudraj iaitu selitan dari perawi di bawah Aisyah kerana lafaznya adalah قَالَ iaitu lafaz seorang lelaki dan jika Aisyah yang berkata maka tentulah lafaz yang digunakan adalah قَالَتْ

Maulana Muhammad Nafi’ dalam kitabnya Ruhamaa` Bainahum[5] menyebutkan:

Kisah Fatimah dengan Abu Bakr ini kalau diperhatikan ada 36 saluran riwayat. 11 saluran daripadanya bukan daripada Zuhri.

Dalam riwayat-riwayat selain Zuhri ini tidak ada menyebutkan tambahan ‘Fatimah terkilan’ atau ‘marah’ ataupun yang seumpamanya dan tidak ada juga menyebutkan ‘tidak bercakap dengannya (Abu Bakar) sampai dia mati’

25 saluran yang lain punca sanadnya adalah Zuhri tetapi 9 daripadanya tidak menyebutkan tambahan tadi. Hanya yang menyebutkannya 16 saluran dan semuanya sampai kepada Zuhri.

Kalau dikaji dan diselidik kisah ‘marah atau terkilan Abu Bakar’ dan ‘tidak bercakap dengan Abu Bakar sampai dia mati’ adalah sesuatu yang diselit atau ditambah oleh Zuhri.


Sedikit Pengenalan Terhadap Zuhri

Memang ulamak maklum bahawa kadang-kadang beliau melakukan idraaj dalam daripada fikirannya sendiri dan dia tidak menyebutkan ianya adalah daripada buah fikirannya atau tafsirannya sendiri sehingga mengelirukan orang lain.

Dalam Nukat Syarah Muqaddimah Ibnus Solah Hafiz Ibnu Hajar mengatakan Zuhri seringkali menafsirkan hadits-hadits dan kadang-kadang menggugurkan perkataan yang menunjukkan ia adalah tafsirannya sehingga anak murid besarnya yang lebih tua daripadanya Soleh bin Kaisan memarahinya kerana itu.

Hafiz Ibnu Hajar mengemukakan beberapa contoh daripada idrajaat Zuhri manakala Khatib Baghdadi dalam kitabnya al-Faqih Wal Mutafaqqih meriwayatkan daripada Laits menyebutkan bahawa Rabi`ah al-Ra`iy iaitu guru kepada Imam Malik berkata kepada Ibnu Syihab al-Zuhri: “Wahai Aba Bakr! Bila engkau ceritakan kepada orang. Khabarkan bahawa itu pendapatmu. Sekiranya engkau beritahu yang sunnah maka beritahu yang itu adalah sunnah sehingga mereka tidak menyangka ini adalah pendapatmu.”

Jelaslah ini suatu yang dimasukkan atau diselitkan oleh Zuhri. Sekiranya dia meriwayatkan tambahan tersebut daripada orang lain maka dia wajib menyebutkannya, jika tidak ia dinamakan mursal dan mursal itu dhaif di sisi ulamak hadits.

Manakala kedudukan marasil[6] Zuhri tidak kuat di sisi ulamak hadits. Ahmad bin Sinan berkata: Yahya bin Said al-Qattan berpendapat mursal Zuhri dan Qatadah tidak ada harga / tidak boleh dipakai. Ianya serupa angin (tidak boleh dipegang). Golongan Hafiz hadits ini bila mendengar suatu hadits mereka akan membuat komentar mereka sendiri termasuklah Zuhri.

Imam al-Suyuti dalam Tadrib al-Rawi menyebutkan bahawa Ibnu Ma`in dan Yahya bin Sa`id al-Qattan mengatakan marasil Zuhri tidak boleh dipakai. Imam Syafi`ei juga berpendapat demikian.

Baihaqi meriwayatkan daripada Yahya bin Sa`id al-Qattan berkata: Mursal Zuhri lebih teruk daripada mursal orang lain.

Mengikut pendapat Yahya bin Sa`id al-Qattan, beliau berkata:

Kadang-kadang Zuhri melakukan irsal dengan sebab seseorang itu tidak kuat. Sekiranya beliau menyebutkannya maka akan jadi dhaif.

Mursal Zuhri juga bercanggah dengan riwayat lain. Antaranya:-

Hadits riwayat Abu Daud melalui saluran Abi al-Tufail, beliau berkata: “Fatimah menghantar orang kepada Abu Bakar supaya mengatakan kepada Abu Bakar: “Kamukah yang menerima pusaka Rasulullah s.a.w. atau keluarganya?” Abu Bakar menjawab: ”Tidak! Keluarganya yang akan menerima pusakanya.” Fatimah berkata: “Kalau begitu, di mana bahagian Rasulullah?” Abu Bakar menjawab: “Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah apabila memberi makanan kepada seseorang Nabi dan kemudian dia mengambil nyawa nabi itu, dia berikan kuasa kepada orang yang mengambil alih tempatnya selepas itu untuk memberikan makan kepada ahli keluarga nabi”, jadi aku fikir hak ini harus kembali kepada orang Islam.” Fatimah berkata: “Kalau begitu, terpulanglah kepada engkau dengan apa yang engkau dengar daripada Nabi s.a.w.”

Abu Daud tidak memberi apa-apa komen terhadap hadits ini tetapi di dalam talkhis Sunan Abu Daud oleh Munziri ada menyebutkan di dalam sanad hadits ini ada seorang bernama Walid, walaupun Muslim ada mengambil riwayat daripadanya tetapi ulamak mempertikaikannya. Maulana Taqi Utsmani berkata: Tetapi Imam Ahmad mengatakannya Tsiqah. Abu Daud, Ibnu Ma`in, ‘Ijli, Abu Zur`ah, Abu Hatim dan lain-lain termasuklah Imam Bukhari dalam al-Adabul Mufrad juga mengambil hadits daripadanya.

Tidak ada yang mengatakan dhaif kecuali Uqaili bahkan Ibnu Hibban memasukkannya sebagai Tsiqaat. Hafiz Ibnu Hajar menyebutkan hadits ini tetapi tidak komen apa-apa tetapi kenapa Abu Bakar menjawab: “ahli keluarganya” setelah dia tahu Nabi s.a.w. tidak meninggalkan pusaka. Tetapi setengah ulamak lain mengatakan ini hanyalah andaian iaitu mengikut kebiasaannya dan bukan bermaksud bahawa Nabi s.a.w. meninggalkan pusaka.

Keraguan 4:

Saidina ‘Ali menyembahyangkan Fatimah dan menyemadikannya pada waktu malam dengan tidak memberitahu orang lain

Ini juga adalah waham perawi. Buktinya:

I. ‘Ali tidak memberitahu Abu Bakar kerana sudah berita kewafatan Fatimah sudahpun tersebar luas. Manakala Asma’ binti Umais, isteri Abu Bakar adalah orang yang senantiasa mengambil berat dan menjaga Fatimah semasa beliau sakit.

II. Asma’ binti Umais adalah orang yang amanah bahkan beliau dikahwini ‘Ali selepas Abu Bakar meninggal dunia. Logiknya, Abu Bakar tentu tahu kerana rapatnya mereka dan semestinya Asma’ meminta izin untuk keluar demi menguruskan jenazah Fatimah.

III. Tidak logik ‘Ali menyembahyangkan Fatimah seorang diri. Sebetulnya Abu Bakar yang menjadi imam menyembahyangkan jenazah Fatimah kerana ada riwayat lain yang lebih kuat menyatakan sedemikian.

IV. Ini adalah termasuk idraaj yang dilakukan oleh Zuhri dan beliau menyebutkannya secara mursal. Riwayat ini bercanggah dengan riwayat mursal yang lain. Antaranya apa yang dikemukan Baihaqi dalam Jana`iz:

Daripada Mujamid daripada Sya’bi: Fatimah bila mati maka Ali kebumikannya pada waktu malam. Ali pegang bahu Abu Bakar lalu menyuruhnya kedepan menjadi Imam.

Ittifaq ulamak bahawa mursal Sya’bi lebih kuat kalau dibandingkan mursal Zuhri dan tidak logik sebagai khalifah beliau tidak diperkecilkan dan dilupakan apabila terjadinya perkara besar sebegini.


Keraguan 5:

‘Ali belum berbai`ah kepada Abu Bakar sehinggalah Fatimah meninggal dunia, iaitu selepas 6 bulan

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. ayat ini juga termasuk dalam salah tu mursalaat al-Zuhri. Perkara ini disebutkan dengan lebih terang dalam Sunan Baihaqi:

قالت عائشة رضى الله عنها فكان لعلى رضى الله عنه من الناس وجه حياة فاطمة رضى الله عنها فلما توفيت فاطمة رضى الله عنها انصرف وجوه الناس عنه عند ذلك قال معمر قلت للزهري كم مكثت فاطمة بعد النبي صلى الله عليه وسلم قال ستة اشهر فقال رجل للزهري فلم يبايعه على رضى الله عنه حتى ماتت فاطمة رضى الله عنها قال ولا احد من بنى هاشم

‘Aisyah berkata: ‘Ali dipandang mulia oleh orang ramai semasa hayat Fatimah. Apabila Fatimah wafat orang ramai tidak menghiraukannya. Pada ketika itu Ma’mar berkata: Saya pun berkata kepada Zuhri: “Berapa lama Fatimah hidup selepas Nabi s.a.w. wafat?” Zuhri menjawab: “Enam bulan.” Maka ada seorang lelaki berkata kepada Zuhri: “Jadi Ali masih lagi belum berbai`ah kepada Abu Bakar sehingga selepas kewafatan Fatimah?” Zuhri menjawab: “Bukan ‘Ali sahaja, seorang pun dari Bani Hasyim tidak ada yang berbai`ah dengan Abu Bakar.”

Daripada riwayat ini menunjukkan ianya adalah mursalat Zuhri kerana jelas ia menunjukkan kata-kata tersebut adalah jawapan dari Zuhri dan bukannya kata-kata ‘Aisyah. Dengan sebab itu Baihaqi memberi komen selepas mengemukakan riwayat tadi:

وقول الزهري في قعود على عن بيعة أبى بكر رضى الله عنه حتى توفيت فاطمة رضى الله عنها منقطع

Kata-kata Zuhri tentang ‘Ali tidak turut berbai`ah dengan Abu Bakar sehingga wafatnya Fatimah adalah cerita munqati`[7]. Bermakna cerita ini tidak sahih

والذي روى أن عليا لم يبايع أبا بكر ستة أشهر ليس من قول عائشة إنما هو من قول الزهري فأدرجه بعض الرواة في الحديث في قصة فاطمة رضي الله عنهم

Apa yang diriwayatkan oleh ‘Ali tidak berbai`ah dengan Abu Bakar bukanlah kata-kata Aisyah. Ia hanyalah kata-kata Zuhri lalu sesetengah perawi meriwayatkannya secara idraaj[8] dalam hadits kisah Fatimah r.a.

Riwayat Zuhri juga bercanggah dengan riwayat Abu Sa`id al-Khudri yang mausul, Sa`id bin Zaid dan lain-lain yang menyatkan ‘Ali tutur berbai`ah sama seperti orang lain dalam masa sehari dua selepas itu. Jelasnya pada hari pertama, Ali tiada di situ bersama sebahagian sahabat yang berbai`ah dengan Abu Bakar di Saqifah Bani Sa`idah tetapi pada hari kedua yang dipanggil sebagai bai`ah ‘ammah (bai`ah umum), semua sahabat berbai`ah kepada Abu Bakar, tidak tercuali walaupun seorang termasuklah Saidini ‘Ali. Ini yang lebih kuat walaupun cerita ‘Ali berbai`ah selepas 6 bulan’ ada termaktub dalam Sahih Muslim dan Sahih Bukhari. Abu Said al-Khudri dan Said bin Zaid adalah sahabat. Tidak mungkin Zuhri setanding dengan mereka berdua kerana mereka adalah sahabat.

Padahal dalam Sahih Bukhari juga ada disebutkan dalam Bab al-Istikhlaf: Diriwayatkan oleh Anas bahawa pada hari kedua Abu Bakar berucap maka orang ramai semuanya berbai`ah kepada Abu Bakar termasuk Saidina ‘Ali.

Dalam Sunan Baihaqi disebutkan (Jld 8 ms 143) Daripada Abi Said al-Khudri ada menceritakan tentang kisah Saqifah, di akhirnya ada menyebutkan begini: kemudian Zaid bin Tsabit pun memegang tangan Abu Bakar seraya berkata: Ini khalifah kamu. Berbai`ahlah kepadanya! Kemudian mereka pun pergi. Apabila Abu Bakar duduk di atas minbar beliau pun melihat tetapi beliau tidak nampak ‘Ali r.a lalu beliau bertanya: Di mana ‘Ali? Lalu beberapa orang Anshor pun pergi mencarinya. Sejurus kemudian mereka datang bersama ‘Ali. Abu Bakar pun berkata: “Sepupu Rasulullah s.a.w. yang juga menantunya, adakah kamu mahu memecah belahkan orang ramai (dengan datang lambat)?” ‘Ali menjawab: “Jangan marahlah, wahai Khalifah Rasulullah!” lalu beliau pun berbai`ah dengan Abu Bakar.

Baihaqi menyebut lagi: daripada gurunya Syaikh Abi ‘Ali al-Hafiz, beliau berkata: Saya telah mendengar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah, katanya: Muslim bin Hajjaj[9], dia bertanya kepada aku tentang hadits ini[10] maka saya pun tulis dalam satu kertas dan saya baca dihadapannya. Imam Muslim berkata: Hadits ini sama nilainya dengan seekor unta[11]. Saya pun bertanya: “Seekor unta biasa sahajakah?” Imam Muslim menjawab: “Tidak! Bahkan unta yang mahal harganya.”

Cerita tadi menunjukkan Imam Muslim mentarjihkan hadits Abu Sa`id lebih dari riwayatnya daripada Zuhri dan sebabnya jelas. Tidak munasabah untuk seorang ulamak hadits akan mentarjihkan pendapat tabi`in. apa lagi marasilnya tidak diterima, tentulah dia akan mentarjihkan riwayat yang mausul, lebih-lebih lagi ianya dari sahabat Nabi s.a.w.

Hadits Abu Sa`id juga disebut oleh Hakim dalam Mustadrak dan beliau mengatakan hadits ini sahih menepati syarat Bukhari dan Muslim walaupun mereka tidak mengemukakan hadits ini. Ibnu Katsir selepas mengemukakan riwayat ini dalam al-Bidayah mengatakan isnadnya bagus.

Al-Balazuri dalam kitab Ansaab al-Asyraf juga ada menyebutkan demikian.

Zahabi juga dalam talkhisnya ada mengemukakan hadits ini tetapi beliau tidak memberi apa-apa komentar[12]. Ibnu Katsir menyebutkan di dalam al-Biadayah Wa al-Nihayah: Isnad ini sahih dan mahfuz.

Daripada hadits al-Qasim bin Sa`id bin Musayyab daripada ‘Ali bin ‘Asim al-Jurairi daripada Abi Nadrah al-Munzir bin Malik daripada Abi Sa`id Saad bin Malik bin Sinan, di dalam hadits ini ada faedah yang besar berkenaan bai`ah ‘Ali dengan Abu Bakar iaitu sama ada telah berlaku pada hari yang pertama atau pada hari yang kedua selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. dan inilah yang betul kerana ‘Ali tidak berpisah dengan Abu Bakar.

Saidina ‘Ali juga pergi berperang dalam peristiwa Zil Qossoh dalam memerangi ahli riddah (murtad). Adakah begini sifatnya orang yang setia kepada Abu Bakar, tidak berbai`ah kepadanya tetapi sanggup pula berperang bersamanya?[13]

Ini menunjukkan cerita ‘Ali berbai`ah selepas enam bulan samada:

  1. Tidak benar, kalau ada sekalipun ‘Ali pergi bercakap-cakap dengan Abu Bakar adalah kerana beliau seorang yang mengambil berat tentang pemerintahan.

  1. Atau boleh jadi ia adalah tajdid bai`ah supaya jelas kepada munafiq yang cuba memecah-belahkan kesatuan umat Islam dengan mengatakan kononnya Saidina ‘Ali tidak suka atau tidak setuju Abu Bakar menjadi khalifah.

Inilah antara percubaan Syiah memfitnah ‘Ali dengan mengatakan beliau benci kepada Abu Bakar padahal beliau telah menamakan anaknya Abu Bakar. Adakah logik jika seseorang menamakan anaknya dengan nama orang yang dibencinya.

Lafaz lain yang termasuk dalam marasil Zuhri:

فَأَرْسَلَ إِلَى أَبِي بَكْرٍ أَنْ ائْتِنَا وَلَا يَأْتِنَا مَعَكَ أَحَدٌ كَرَاهِيَةَ مَحْضَرِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ

Beliau pun menghantar orang kepada Abu Bakr supaya meminta dia datang bertemu dengan kami. Jangan ada sesiapa pun datang bersamamu, beliau tidak suka kehadiran Umar.

Lafaz dalam riwayat ini seolah-olah menggambarkan hubungan yang tidak baik antara sahabat-sahabat dan keluarga Nabi s.a.w.

Takwilan:

Sekiranya kita memilih untuk menerima lafaz ini sebagai hadits dan bukan idraaj daripada Zuhri maka berkemungkinan lafaz tadi bermaksud untuk mengelak dari berjumpa dengan Umar kerana ketegasan Umar, berkemungkinan mereka hanya mahu mengelak dari berjumpa dengan Umar kerana kegarangannya dan bukan kerana hubungan yang tidak elok atau tidak percayakan Umar.


Keraguan 6:

‘Ali dan ‘Abbas berjumpa dua kali, iaitu dengan dengan Umar dan Abu Bakar kerana pertikaian mereka.

Daripada riwayat-riwayat dalam Sahih Muslim, apa yang pasti mereka tidak pergi untuk menuntut pusaka kerana jelas hadits tersebut menunjukkan bahawa Umar telahpun bertanya ‘Ali dan ‘Abbas dalam hadits tersebut dan mereka mengakui bahawa tiada pusaka untuk keluarga Nabi s.a.w. Ini bermakna mereka tidak pergi untuk menuntut pusaka kerana masalah itu sudahpun selesai

Konklusi:

Sebahagian ulamak mengatakan bahawa:

  1. Pada permulaannya memang ‘Ali dan ‘Abbas pergi meminta pusaka kerana tidak tahu kedudukan sebenar tentang harta tersebut.
  2. Pada kali yang kedua meminta supaya dilantik menjadi pengurus kepada harta sedekah Nabi s.a.w. dan Abu Bakar izinkan. Cuma pada zaman Umar krisis terjadi kerana masing-masing dari mereka menuntut hanya seorang sahaja diberi hak menguruskan harta tersebut sedangkan kalau diberikan pada ‘Ali seorang sahaja maka berkemungkinan orang ramai akan menganggap ia adalah pusaka padahal ia bukannya diberikan sebagai milik.

Dalam riwayat-riwayat jelas menunjukkan keluarga Saidina ‘Ali yang menguruskan tetapi bukan sebagai peninggalan ataupun pusaka dengan maksud kalau ada orang lain selain keluarganya yang memerlukan harta itu maka bolehlah diberikan.

*Artikel ini disaring oleh Muhammad Nazri bin Hasan daripada Kuliah Sahih Muslim Maulana Muhammad Asri bin Yusoff ( 2, 9 & 16 April 2008 : Kitab Jihad Bab Hukum Fai` dan Bab Sabda Nabi s.a.w: Kami Tidak Di Warisi, Apa-Apa Yang Kami Tinggal Adalah Sedekah ) bertempat di Masjid Langgar



[1] Dalam setengah riwayat mengatakan dia sendiri yang pergi. Ada juga yang menyebutkan dia menghantar seseorang dan dalam setengah riwayat menyebutkan orang tersebut adalah suaminya sendiri iaitu Saidina ‘Ali.

[2] Fatimah

[3] Syarah Sahih Muslim. Jld.6 ms.323

[4] Syarah Sahih Muslim. Jld 6 ms.325-326.

[5] Dalam Bahasa Urdhu.

[6] Iaitu hadits-hadits mursal.

[7] Munqati`: Cerita yang putus sanadnya.

[8] Memasukkan sesuatu sebagai hadits dengan tidak menyebutkan ianya bukan hadits

[9] Imam Muslim

[10]Hadits ‘Ali berbai`ah dengan Abu Bakar pada hari yang kedua.

[11] Iaitu: Mahal harganya

[12] Ini bermakna dia bersetuju dengan kesahihannya

[13] Al-Bidayah Wa al-Nihayah – Ibnu Katsir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...