Wednesday, March 30, 2011

Ada Sesiapa Tahu Makna 'Selisih Malaikat 44'?

http://2.bp.blogspot.com/_4fCdYcw2xYw/TR1UzsK0QbI/AAAAAAAAAME/kyA9lBuxLCM/s1600/20100319080536-kilafah.jpg

‘Selisih malaikat 44’ atau ‘minta simpang mailakat 44’, biasanya disebutkan oleh orang-orang tua dalam dalam novel dengan tujuan supaya dapat dielakkan dari bala, masalah atau musibah. Mutakhir ni dah macam trend plak alam skrip drama-drama tv dan filem-filem melayu, balik-balik ‘Selisih malaikat 44’, tapi apa maknanya? Siapa malaikat 44? Malaikat ke 44 atau bilangannya sebanyak 44? Takkan plak nak minta simpang dari malaikat 44, kalau nak minta jauh atau simpang ni baik minta dijauhkan dari syaitan atau iblis. Kalau nak berlindung plak, sebagai ummat Islam kita diperintahkan supaya minta berlindung dengan Allah dan bukannya dengan minta berlindung dengan malaikat, firman Allah:

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-A`raaf:200]

Namun dalam merungkai makna dan erti ‘selisih malaikat 44’ ni tidaklah semudah yang disangka walaupun sudah dengan menggunakan menggunakan khidmat Pakcik Google sebagai enjin pencarian tercanggih buat masa ini. Walau bagaimanapun kebanyakannya tak memberi jawapan sama ada yang munasabah atau sebaliknya. [ So..adakah sahabat-sahabat tahu apa maknanya ‘simpang malaikat 44’??? Kalau sesaper tau maknaner kongsi2 lah yek.. bleh bgtau kt komen bawah artikel ni ;) ]

Perkara sia-sia sebegini sekiranya dibiarkan ini boleh membawa kepada satu kepercayaan atau amalan baru masyarakat Islam sedangkan amalan dan kepercayaan orang Islam adalah berlandaskan al-Quran dan hadits Nabi s.a.w.

٢- حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ أَنَّهُ سَمِعَ عُمَرَ الْغَدَ حِينَ بَايَعَ الْمُسْلِمُونَ أَبَا بَكْرٍ وَاسْتَوَى عَلَى مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَشَهَّدَ قَبْلَ أَبِي بَكْرٍ فَقَالَ أَمَّا بَعْدُ فَاخْتَارَ اللَّهُ لِرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّذِي عِنْدَهُ عَلَى الَّذِي عِنْدَكُمْ وَهَذَا الْكِتَابُ الَّذِي هَدَى اللَّهُ بِهِ رَسُولَكُمْ فَخُذُوا بِهِ تَهْتَدُوا وَإِنَّمَا هَدَى اللَّهُ بِهِ رَسُولَهُ

Yahya bin Bukair telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Laits telah meriwayatkan kepada kami daripada ‘Uqail daripada Ibnu Syihab, katanya: Anas bin Malik telah menceritakan kepada saya bahawa beliau mendengar Umar pada hari keesokan daripada orang-orang Islam berbai`ah kepada Abu Bakar. Beliau berada di atas minbar Rasulullah s.a.w. di mana beliau bertasyahhud sebelum Abu Bakar lalu berkata:

أَمَّا بَعْدُ Maka Allah telah memilih untuk Rasul-Nya s.a.w. apa yang ada padanya daripada apa yang ada pada kamu. Inilah kitab yang Allah telah pimpin dengannya Rasul kamu. Oleh itu kamu berpeganglah dengannya supaya kamu beroleh petunjuk yang Allah berikan kepada Rasul-Nya.” [Riwayat Bukhari]

Jelaslah daripada hadits ini bahawa agama Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sudahpun sempurna dan tidak memerlukan apa-apa penambahan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

١٠- حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ مُرَّةَ سَمِعْتُ مُرَّةَ الْهَمْدَانِيَّ يَقُولُ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَ { إِنَّ مَا تُوعَدُونَ لَآتٍ وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ }

Adam bin Abi Iyaas telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Amar bin Murrah telah menceritakan kepada kami, katanya: Saya mendengar Murrah al-Hamdani berkata: Abdullah berkata:

Sesungguhnya cerita yang paling baik adalah cerita daripada kitab Allah dan sebaik-baik pimpinan ialah pimpinan Muhammad s.a.w. dan seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara yang baharu/direka-reka dan {Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti akan datang dan kamu tidak akan dapat mengelakkan diri daripadanya.” [Riwayat Bukhari]

Jadi.. dari mana pula datangnya kepercayaan ini. Sebenarnya banyak lagi kepercayaan yang dipercayai oleh masyarakat melayu zaman dulu-dulu antaranya:

  • golek kelapa atas perut orang mengandung untuk memudahkan proses bersalin
  • pantang larang seperti: tidak boleh menyapu diwaktu malam kerana boleh membawa kepapaan, tidak boleh potong kuku waktu malam kerana ini juga boleh membawa kepapaan dan macam2 lagi

Dan banyak lagi, selisih malaikat 44 ni kita bleh la masukkan sekali sbb setakat ni tiada jawapan bernas untuk merungkai maknanya.

Kenapa malaikat?

Dalam banyak-banyak makhluk, makhluk yang bernama malaikat yang diminta selisih/simpang, tapi kenapa malikat? Adakah sebab malaikat adalah mahkluk Allah yang sangat taat kepada Allah?

Malaikat adalah makhluk Allah yang dijadikan daripada Nur, apa yang dituntut oleh Islam adalah supaya beriman dengan Malaikat, ini jelas berdasarkan sebuah hadits riwayat Imam Muslim menyebutkan:

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Ceritakan kepadaku tentang iman”.

Nabi s.a.w berkata: "Iaitu bahawa engkau beriman dengan Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat dan engkau beriman dengan Qadar (takdir), baiknya dan buruknya". Kata lelaki itu: “Benar engkau”.

(Petikan dari sebuah hadits yang agak panjang, klik untuk hadits lengkap)

Kesimpulannya, kita wajib:

  1. Beriman dengan Allah
  2. Beriman dengan malaikat
  3. Beriman dengan kitab-kitab
  4. Beriman dengan rasul-rasul
  5. Beriman dengan hari akhirat
  6. Beriman dengan dengan Qadar (takdir), baiknya dan buruknya

Jelaslah kita dituntut untuk beriman dengan malaikat dan bukannya minta simpang atau selisih dengan malaikat 44, 100 maupun 1000

Wallahua`lam,

Al-haqir al-faqir,

Ibnu Hasan,

30 March 2011

Wednesday, March 9, 2011

3 Kalimah Syahadah Sebab Utama Syiah Bukan Islam



Menerima dan mengakui kebenaran 2 kalimah syahadah adalah wajib untuk menjadikan seseorang itu muslim dan mukmin. Dengan kata lain: Islam itu dengan dua kalimah syahadah, tidak boleh dikurangkan dan tidak boleh ditambahkan.

Syahadah Islam

Sesiapa yang enggan menerima / mengakui salah satunya atau menambahkannya menjadi 3 kalimah syahadah atau lebih maka dia terkeluar dari Islam, wal`iyazubillah

Sabda Nabi s.a.w.

[٩٣] ١ (٨)- حَدَّثَنِي أَبُو خَيْثَمَةَ زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ كَهْمَسٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ ح و حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ الْعَنْبَرِيُّ وَهَذَا حَدِيثُهُ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا كَهْمَسٌ عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ قَالَ كَانَ أَوَّلَ مَنْ قَالَ فِي الْقَدَرِ بِالْبَصْرَةِ مَعْبَدٌ الْجُهَنِيُّ فَانْطَلَقْتُ أَنَا وَحُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحِمْيَرِيُّ حَاجَّيْنِ أَوْ مُعْتَمِرَيْنِ فَقُلْنَا لَوْ لَقِينَا أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلْنَاهُ عَمَّا يَقُولُ هَؤُلاءِ فِي الْقَدَرِ فَوُفِّقَ لَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ دَاخِلا الْمَسْجِدَ فَاكْتَنَفْتُهُ أَنَا وَصَاحِبِي أَحَدُنَا عَنْ يَمِينِهِ وَالاخَرُ عَنْ شِمَالِهِ فَظَنَنْتُ أَنَّ صَاحِبِي سَيَكِلُ الْكَلامَ إِلَيَّ فَقُلْتُ أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ إِنَّهُ قَدْ ظَهَرَ قِبَلَنَا نَاسٌ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ وَيَتَقَفَّرُونَ الْعِلْمَ وَذَكَرَ مِنْ شَأْنِهِمْ وَأَنَّهُمْ يَزْعُمُونَ أَنْ لا قَدَرَ وَأَنَّ الامْرَ أُنُفٌ قَالَ فَإِذَا لَقِيتَ أُولَئِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنِّي بَرِيءٌ مِنْهُمْ وَأَنَّهُمْ بُرَآءُ مِنِّي وَالَّذِي يَحْلِفُ بِهِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ لَوْ أَنَّ لاحَدِهِمْ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا فَأَنْفَقَهُ مَا قَبِلَ اللَّهُ مِنْهُ حَتَّى يُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ ثُمَّ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعَرِ لا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنِ الاسْلامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الاسْلامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتُقِيمَ الصَّلاةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ وَتَصُومَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيلا قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ الايمَانِ قَالَ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ الاحْسَانِ قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ قَالَ مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَتِهَا قَالَ أَنْ تَلِدَ الامَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ قَالَ ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا ثُمَّ قَالَ لِي يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ

9 - Abu Khaitsamah Zuhair bin Harb telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Waki’ telah meriwayatkan kepada kami daripada Kahmas daripada Abdullah bin Buraidah daripada Yahya bin Ya’mar ( ح ) Dan `Ubaidullah bin Mu`az al-`Anbari dan haditsnya begini: “Ayahku telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Kahmas telah meriwayatkan kepada kami daripada Ibnu Buraidah daripada Yahya bin Ya’mar, beliau berkata:

“Dulu, orang yang mula-mula mengatakan tentang (penafian) ‘Qadar’ di Basrah ialah Ma’bad al-Juhani. Aku bertolak bersama Humaid bin Abd. Rahman al-Himyari untuk mengerjakan dua haji atau dua umrah. Maka kami berkata: “Kalau kami bertemu salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. maka kami akan bertanya kepadanya tentang apa yang mereka katakan mengenai Qadar (Taqdir). Secara kebetulan kami bertemu dengan Abdullah bin Umar al-Khattab di dalam masjid. Aku dan sahabatku mengapitnya, salah seorang dari kami dari sebelah kanan dan seorang lagi dari sebelah kirinya. Aku percaya bahawa sahabatku akan mewakilkan aku untuk bercakap lalu aku berkata: “Abu Abd Rahman! Sesungguhnya telah muncul beberapa orang dari sebelah pihak kita membaca al-Quran dan mendalami ilmu,” - beliau pun menyebutkan keadaan mereka itu, “dan mereka menyangka bahawasanya tiada Qadar dan mereka mendakwa tidak ada takdir dan segala perkara adalah baru berlaku dan baru diketahui oleh Allah setelah ia berlaku.”

Ibnu ‘Umar berkata: “Kalau engkau berjumpa mereka itu maka ceritakan kepada mereka bahawa aku berlepas diri daripada mereka dan mereka juga tidak ada kena mengena dengan aku,” dan yang Ibnu ‘Umar bersumpah itu adalah (iaitu sumpah atas kata-katanya:) Demi Allah! Kalaulah mereka mempunyai emas sebesar bukit Uhud lalu mereka belanjakannya maka Allah tidak akan menerimanya sehingga mereka percaya kepada taqdir.

Kemudian dia berkata: Ayahku ‘Umar Al-Khattab menceritakan kepadaku: “Ketika kami sedang berada di samping Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul di dalam majlis kami seorang yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tiada kelihatan kesan perjalanan padanya dan tiada siapa pun di antara kami yang mengenalinya. Dia pun duduk menghadap Nabi s.a.w lalu disandarkan dua lututnya kepada dua lutut Nabi s.a.w dan dia meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pahanya (Nabi s.a.w)”.

Lelaki itu berkata: “Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam”. Rasulullah s.a.w berkata: "Islam itu, engkau mengucap bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul-Nya, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan, mengerjakan haji jika engkau mampu pergi kepadanya". Kata lelaki itu: “Benar”. Kata Umar: “Kami hairan kepadanya, dia tanya dan dia membenarkannya pula”.

Lelaki itu berkata lagi: “Ceritakan kepadaku tentang iman”. Nabi s.a.w berkata: "Iaitu bahawa engkau beriman dengan Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat dan engkau beriman dengan Qadar (takdir), baiknya dan buruknya". Kata lelaki itu: “Benar engkau”. Lelaki itu berkata lagi: “Ceritakan kepadaku tentang ihsan”. Nabi s.a.w bersabda: "Iaitu bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, kalau engkau tidak dapat melihat-Nya (memang engkau tidak melihat-Nya), maka sesungguhnya Dia dapat melihat engkau".

Kata lelaki itu lagi: “Ceritakan kepadaku tentang kiamat”. Nabi s.a.w berkata: "Tidaklah orang yang ditanya itu lebih tahu daripada yang bertanya". Kata lelaki itu: “Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya”. Nabi s.a.w bersabda: "Iaitu hamba melahirkan tuannya dan engkau akan melihat orang yang berkaki ayam, bertelanjang, papa kedana, pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan". Kata perawi: “Dia pun pergi. Aku tinggal beberapa lama”. Kemudian dia (Rasulullah) berkata kepadaku: "Kamu tahukah siapa yang bertanya tadi?" Aku pun berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Sabda Nabi s.a.w: "Itulah Jibril, dia datang kepada kamu untuk mengajar kamu agama kamu".

- Shahih Muslim

حَدَّثَنَا عُبَيْدُاللَّهِ بْنُ مُوسَى قَالَ أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ خَالِدٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عَنْهممَا قَالَ{قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الإِسْلامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ{

`Ubaidullah bin Musa telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Hanzalah bin Abi Sufyan telah meriwayatkan kepada kami (diambilnya) dari ‘Ikrimah bin Khalid dari Ibni `Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Islam dibina (ditegakkan) atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, mengerjakan Haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan".

-Shahih Bukhari


Contoh mereka yang mengurangkan dari 2 kalimah syahadah menjadi satu sahaja adalah ahli kitab nasrani kerana mereka menerima Allah sebagai Tuhan tetapi tidak mengakui Nabi Muhammad sebagai Nabi & Rasul Allah.

Manakala contoh mereka yang menambahkannya adalah Syiah kerana mereka menambahkan 2 kalimah syahadah menjadi 3 kalimah, 4 kalimah syahadah bahkan ada juga yang 14:


4 kalimah Syahadah Syiah


Tonton video dibawah untuk penjelasan lanjut



Bagaimana Syiah mahu membuktikan keislamannya sekiranya syadahahnya tidak serupa dengan syahadah orang Islam, makruf Islam hanya ada dua kalimah syahadah sedangkan Syiah 3 kalimah syahadah dan lebih. Wallahua`lam!


Klik Untuk:

-Download risalah tentang Syiah (file pdf)

-Pautan-pautan tentang Syiah (Abu Redza)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...