Wednesday, March 30, 2011

Ada Sesiapa Tahu Makna 'Selisih Malaikat 44'?

http://2.bp.blogspot.com/_4fCdYcw2xYw/TR1UzsK0QbI/AAAAAAAAAME/kyA9lBuxLCM/s1600/20100319080536-kilafah.jpg

‘Selisih malaikat 44’ atau ‘minta simpang mailakat 44’, biasanya disebutkan oleh orang-orang tua dalam dalam novel dengan tujuan supaya dapat dielakkan dari bala, masalah atau musibah. Mutakhir ni dah macam trend plak alam skrip drama-drama tv dan filem-filem melayu, balik-balik ‘Selisih malaikat 44’, tapi apa maknanya? Siapa malaikat 44? Malaikat ke 44 atau bilangannya sebanyak 44? Takkan plak nak minta simpang dari malaikat 44, kalau nak minta jauh atau simpang ni baik minta dijauhkan dari syaitan atau iblis. Kalau nak berlindung plak, sebagai ummat Islam kita diperintahkan supaya minta berlindung dengan Allah dan bukannya dengan minta berlindung dengan malaikat, firman Allah:

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-A`raaf:200]

Namun dalam merungkai makna dan erti ‘selisih malaikat 44’ ni tidaklah semudah yang disangka walaupun sudah dengan menggunakan menggunakan khidmat Pakcik Google sebagai enjin pencarian tercanggih buat masa ini. Walau bagaimanapun kebanyakannya tak memberi jawapan sama ada yang munasabah atau sebaliknya. [ So..adakah sahabat-sahabat tahu apa maknanya ‘simpang malaikat 44’??? Kalau sesaper tau maknaner kongsi2 lah yek.. bleh bgtau kt komen bawah artikel ni ;) ]

Perkara sia-sia sebegini sekiranya dibiarkan ini boleh membawa kepada satu kepercayaan atau amalan baru masyarakat Islam sedangkan amalan dan kepercayaan orang Islam adalah berlandaskan al-Quran dan hadits Nabi s.a.w.

٢- حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ أَنَّهُ سَمِعَ عُمَرَ الْغَدَ حِينَ بَايَعَ الْمُسْلِمُونَ أَبَا بَكْرٍ وَاسْتَوَى عَلَى مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَشَهَّدَ قَبْلَ أَبِي بَكْرٍ فَقَالَ أَمَّا بَعْدُ فَاخْتَارَ اللَّهُ لِرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّذِي عِنْدَهُ عَلَى الَّذِي عِنْدَكُمْ وَهَذَا الْكِتَابُ الَّذِي هَدَى اللَّهُ بِهِ رَسُولَكُمْ فَخُذُوا بِهِ تَهْتَدُوا وَإِنَّمَا هَدَى اللَّهُ بِهِ رَسُولَهُ

Yahya bin Bukair telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Laits telah meriwayatkan kepada kami daripada ‘Uqail daripada Ibnu Syihab, katanya: Anas bin Malik telah menceritakan kepada saya bahawa beliau mendengar Umar pada hari keesokan daripada orang-orang Islam berbai`ah kepada Abu Bakar. Beliau berada di atas minbar Rasulullah s.a.w. di mana beliau bertasyahhud sebelum Abu Bakar lalu berkata:

أَمَّا بَعْدُ Maka Allah telah memilih untuk Rasul-Nya s.a.w. apa yang ada padanya daripada apa yang ada pada kamu. Inilah kitab yang Allah telah pimpin dengannya Rasul kamu. Oleh itu kamu berpeganglah dengannya supaya kamu beroleh petunjuk yang Allah berikan kepada Rasul-Nya.” [Riwayat Bukhari]

Jelaslah daripada hadits ini bahawa agama Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sudahpun sempurna dan tidak memerlukan apa-apa penambahan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

١٠- حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ مُرَّةَ سَمِعْتُ مُرَّةَ الْهَمْدَانِيَّ يَقُولُ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَ { إِنَّ مَا تُوعَدُونَ لَآتٍ وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ }

Adam bin Abi Iyaas telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Amar bin Murrah telah menceritakan kepada kami, katanya: Saya mendengar Murrah al-Hamdani berkata: Abdullah berkata:

Sesungguhnya cerita yang paling baik adalah cerita daripada kitab Allah dan sebaik-baik pimpinan ialah pimpinan Muhammad s.a.w. dan seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara yang baharu/direka-reka dan {Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti akan datang dan kamu tidak akan dapat mengelakkan diri daripadanya.” [Riwayat Bukhari]

Jadi.. dari mana pula datangnya kepercayaan ini. Sebenarnya banyak lagi kepercayaan yang dipercayai oleh masyarakat melayu zaman dulu-dulu antaranya:

  • golek kelapa atas perut orang mengandung untuk memudahkan proses bersalin
  • pantang larang seperti: tidak boleh menyapu diwaktu malam kerana boleh membawa kepapaan, tidak boleh potong kuku waktu malam kerana ini juga boleh membawa kepapaan dan macam2 lagi

Dan banyak lagi, selisih malaikat 44 ni kita bleh la masukkan sekali sbb setakat ni tiada jawapan bernas untuk merungkai maknanya.

Kenapa malaikat?

Dalam banyak-banyak makhluk, makhluk yang bernama malaikat yang diminta selisih/simpang, tapi kenapa malikat? Adakah sebab malaikat adalah mahkluk Allah yang sangat taat kepada Allah?

Malaikat adalah makhluk Allah yang dijadikan daripada Nur, apa yang dituntut oleh Islam adalah supaya beriman dengan Malaikat, ini jelas berdasarkan sebuah hadits riwayat Imam Muslim menyebutkan:

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Ceritakan kepadaku tentang iman”.

Nabi s.a.w berkata: "Iaitu bahawa engkau beriman dengan Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat dan engkau beriman dengan Qadar (takdir), baiknya dan buruknya". Kata lelaki itu: “Benar engkau”.

(Petikan dari sebuah hadits yang agak panjang, klik untuk hadits lengkap)

Kesimpulannya, kita wajib:

  1. Beriman dengan Allah
  2. Beriman dengan malaikat
  3. Beriman dengan kitab-kitab
  4. Beriman dengan rasul-rasul
  5. Beriman dengan hari akhirat
  6. Beriman dengan dengan Qadar (takdir), baiknya dan buruknya

Jelaslah kita dituntut untuk beriman dengan malaikat dan bukannya minta simpang atau selisih dengan malaikat 44, 100 maupun 1000

Wallahua`lam,

Al-haqir al-faqir,

Ibnu Hasan,

30 March 2011

34 comments:

  1. Alhamdulillah atas penjelasan.
    Menyokong usaha murni ini.
    Boleh saya tahu,dari mana saudara memperoleh & mempelajari hadis2 sohih?
    Jaza' ALLAH.

    ReplyDelete
  2. trima ksh mujtahidah ats komennya, sy blajar d darulkautsar & al-azhar, hadits kebanyakannya sy petik dr shahih bukhari dan shahih muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 lagi persoalan...blh ke guna istilah.."ajal maut jodoh di tgn tuhan"..kbykkan org mmg akn ckp...tp setahu kita....allah xkan sama sifat dgn makhluknya...kenapa masih rmai ckp d "tgn" tuhan..mohon pnjelasan

      Delete
  3. mengikut kepercayaan orang cina angka 4 menandakan kematian..
    jadi orang kita membuat andaian sendiri mengatakan malaikat 44 adalah malaikat maut..

    simpang malaikat maut...
    simpang malaikat 44..

    jadi org kita yang tak ada ilmu pun ikut apa org tua dulu-dulu (juga tak ada ilmu )cakap..

    ReplyDelete
  4. kadang-kadang, saya pun terfikir dari mana perkataan tu datang... Alhamdulillah atas penjelasan...

    ReplyDelete
  5. bagus info ni..mmg kita kena berhati2 semasa bercakap.contoh lain, skrg ni org suke ckp 'masya rakat' sebagai mengejek 'masya Allah'. saya betul2 x faham dengan org skrg.hal agam pun leh dibuat main

    ReplyDelete
  6. tkasih info ini.
    memang kdg2 dek disebabkan kecetekkan ilmu kita maka cepat sgt kita menerima apa shj yg biasa disebut org.walhal tak ada ujung pangkalnya.

    ReplyDelete
  7. info dan persoalan yang bernas utk dikongsi bersama :)

    ReplyDelete
  8. Stuju dgn anda semua

    hmm.. ada satu lg yg pelik.. bnde2 yg shahih Nabi amalkan x nk plak amalkan bahkan dipandang remeh.. contohnya amalan2 sunat, berzikir, berdoa (sblm mkn, msk & keluar tnds, ketika hendak tidur & stlh bangun tidur & lain2)

    "sesungguhnya amalan baik itu menghapuskan amal jahat / keji"

    ReplyDelete
  9. bagaimana pula dengan kes "malaikat lalu"? istilah yg selalu digunakan apabila tiba2 semua org terdiam scara kebetulan?

    ReplyDelete
  10. Itu pun boleh termasuk dlm mempermain2kn juga. Klu manusia yg baik kita muliakan dan tidak menjadikannya bahan tawa atau mainan inikan pula malaikat yg tentu2 hanya tahu taat kpd Allah & melakukan ibadat.

    Mungkin ada yg teringatkan sebuah hadis (iaitu hadis kedua dari hadis 40 oleh Imam an-Nawawi) Hadis tersebut menyebutkan dtgnya Jibril bersoal jawab dengan Nabi ttg Iman, Islam dan Ihsan (dll) bertujuan mengajar sahabat2 Nabi (alangkah mulianya sahabat kerana dididik oleh Nabi & malaikat berdsrkn hadis tersebut)

    Tetapi dlm hadis tersebut menyebutkn dtgnya Jibril dlm rupa seorang manusia yg bersih pakaiannya. Sbb itulah sahabat2 terdiam kerana hairan dtgnya org asing tetapi tidak ada kesan perjalanan seperti debu & yg seumpamanya dan TIADA KAITAN dengan lalunya malaikat kerana dalam hadits menyebutkan sahabat2 Nabi tidak mengetahui beliau adalah malaikat Jibril sehinggalah Nabi s.a.w. memberitahu mereka setelah Jibril pergi.

    Wallahu a`lam,

    ReplyDelete
  11. aaaa saya pun x paham kenapa benda ni selalu orang2 tau sebut simpang 44 malaikat...kena tanya old timer ni..dorang ni bnyak kata2 perumpamaan yang mendalam..kadang2 kita boleh jadi salah faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju sebab orang dulu dulu suka berkias dan mungkin untuk tidak menyebut secara langsung sebab kurang manis di dengar. Jika sering berkias juga itu membuat kita tertanya tanya kenapa 44 melaikat atau mungkin 44 itu adalah jumlah keseluruhan malaikat menjadi perlindung atau perisai kita. Agar malaikat berlawan dengan kuasa kegelapan tersebut. Shalom

      Delete
  12. ha`ah, tp dlm geng2 old timer pun byk yg x tau bahkan sebahagian dr mereka x sebut bnde2 camni. Tu lah yg biasa sy jumpa.. dorang pun x tau.. ada yg sekadar tau sebut jek.. hehe

    ReplyDelete
  13. kadang2 yg org tua2 katakan pntg tue sbnrnya bertujuan nk bg kita fikir~

    sebagai contoh jgn ddk dkt tangga nnt kawin lambat , erti kata lain xsopan . org dulu kan sume kawin awal jd nk elak dr buat perkara xsopan dikaitkan dgn kawin lmbt tue~

    tp dari segi yg berkait dgn agama ni, wallahu'alam....

    mcm mana pulak dgn ungkapan 'astaga'??

    ReplyDelete
  14. ya betul, tp perkara sebigini mmg bleh membawa kpd satu kepercayaan sdgkn apa-apa kepercayaan kita neracanya adalah agama. x gitu?

    cth lain.. jgn duk ats bantal nanti naik bisul.. sbb asal: klu duduk atas bantal nanti pecah dan terburai la kekabunya.

    astaga: tiada makna, (dlm bhs arab takder huruf ga tp ada dlm huruf jawi, urdhu & farsi)

    x tahu plak maknanya..

    bergantung sama ada atau tidak kaitannnya dengan agama ( astaga sbg singkatan kpd astaghfirullah)

    Klu ada maka tidak harus menggunakn perkatan astaga ni kerana boleh membawa kepada mengubah sunnah sbb nabi ajar ckp : astaghfirullah dan inilah sunnah Nabi, jgn kita pula yg mengubahnya menjadi astaga..

    Nk ringkas biar kena tempat dan biar ada asasnya dari ajaran Nabi. cthnya sembahyang fardhu yg di jamak & qasar..

    Klu tiada kaitannya dgn agama maka harus spt nak letak nama taman astaga bersebelahan dgn taman astakona atau seumpamanya, Wallahua`lam

    ReplyDelete
  15. hurm menarik nih tak tahu jugak maknanya

    ReplyDelete
  16. terima kaseh sebab info ni, masa mula2 dengar orang guna istilah ni pon saya rasa laen macam jugak... nasib baik tak penah guna istilah ni, syukran ;)

    ReplyDelete
  17. tq bgaitau..alhamdiulillah, bru skrg tahu. :)

    ReplyDelete
  18. perkongsian yang amat berguna...terima kasih!!

    ReplyDelete
  19. emm macam mana pulak kalau org selalu cakap nak menuntut ilmu biarlah hingga ke negeri cina...saya selalu dgr org2 tua atau yg kuat agama slalu cakap macam nie,mana ada hadis yg mengatakan macam tu.. -mintak kongsi pendapat-

    ReplyDelete
  20. Wallahu a`lam. Berkemungkinan org2 tersebut terpengaruh dengan pendapat yg masih memasukkan kata2 tersebut sbg hadits dhaif ya`ni msh hadits & blh berpegang dgnnya dlm bab fadhilat amalan.

    wlubagaimanapun.. Pndpt yg mengatakan ia bkn hadits adalah lbh kuat dan seeloknya kita elakkan diri daripada menyebutnya seolah2 ia mmg shahih drpd Nabi s.a.w.

    Wallahu a`lam

    ReplyDelete
  21. sy pn sebenarnya dh lama nk tau pasal ni

    ReplyDelete
  22. kawe pun xtahu la boh..
    bakali malaikat maut kot yg dmaksudkan tu..pah kiro xse la temu dgn malaikat maut tu pah royak la 'selisih' makno bia selisih jah xkena amik nyawo ko gapo ko..
    sebut 44 tu bakali nok royak banyok bedo-oh cabang simpang jadi boleh la lari ikut mana2 simpang yg byk tu asalkan selisih dgn malaikat 44.
    itupun kalau mksudn malaikat 44 tu malaikat maut atau malaikat yg diutuskan utk ditimpakan musibah...
    -ni papandai je ni..xde dalil.

    ReplyDelete
  23. salam,

    terima kasih diatas info yg sangat berguna ni..klau awk tak sebot pasai ni,dh tentu sy masih lagi tersebut 'selisih malaikat 44'...

    sesungguhnya yg baik dtgnya dariNya yg buruk dr kta jua...

    ReplyDelete
  24. kadang2 orang pakai ikut sedap mulut sahaja nak sebutkan sesuatu....
    syabas untuk info ini...

    ReplyDelete
  25. terima kasih untuk info yang bagus nie...

    ReplyDelete
  26. Saya baru tahu ada istilah selisih malaikat 44 hari ni, dari blog ni, sebelumnya tak pernah dengar pun.

    ReplyDelete
  27. SELISEH MALAIKAT 44.... Lazimnya dimaksodkan Ummah Muslim diseru bermohon keHadrat Allah Rabbul 'Alamin agar kita sentiasa diawasi dipeliharai oleh para Malaikat-Nya yg ngak terkira rameinya dari mara bahaya. Bageimana bisa hanya jadi 44..?? Koq mungkin dari karena Rasulullah SAW pernah melakukan ibadah Alam Pertapaan diGua Hiraq diJabal Nur selama 44 hari. Setiap hari selama 44 hari Rasulullah SAW diAlam Pertapaan itu tersirat 44 Asmaul Husna (Nama2 Allah)....

    Dari 44 Asmaul Husna (Nama2 Allah) itu makanya tersurat menjadi 44 Surah. Dari 44 Surah itu makanya menjadi Ubat Penawar bagi mengubati 44 jenis penyakit (Zahir dan Batin) Ummat2 Nabi Muhammad SAW disepanjang zaman. Hinggalah Dunia Islam sekarang ini telah ranap dilanda tsunami tenggelem karam ditelan Fitnah Dajjal Akhirul Zaman. Apakah Asmaul Husna-Nya (Nama2 Allah) yg sebanyak 44 itu....???? Apakah Surah2-Nya yg sebanyak 44 itu....???? Jawabannya Allahu'alemmmm....

    ReplyDelete
  28. MINTA DIPELIHARA MALAIKAT 4.... Selaen kedengeran "Mintak Seliseh Malaikat 44" ada juga sering diucapkan "Mintak Dipelihara Malaikat 4". Seruan yg ini lazimnya diucapkan oleh SiAyah Bonda kepada Sang Bayinya sejak ia dilahirkan hingga kealam kanak2nya. Mintak dipeliharakan, diselisehkan, disimpangkan, dijauhkan dari dari segala musibah dan bahaya. Apakah Malaikat 4 itu? Kalo ilmu orang2 Jawa ianya dibilangkan "Sedulur Papat Kelima Pancer". Kalo dialam ilmu orang2 Melayu pula ianya dikaetkan dgn "Malaikat 4 / Kembaran 4 / Sahabat 4 - Uri, Temuni, Mentuban, Bali". Dlm Hadis ada mengesahkan hal Qarin manusia. Apakah itu yg dimaksodkan dgn Kembaran ato "Jin Sama Jadi" dgn kita..?? Allahu'alem....

    Sahabat 4 / Kembaran 4 itu dianggap Saudara Ghoib kita, kehadiran mereka tatakala Sang Bayi berada diRohim Bonda yg sama, lahir bersama, membesar bersama SiBayi. Mereka juga bisa dianggap Malaikat 4. Ada yg menamakan mereka Saudara Sepertiduran hidup bersama SiBayi hingga SiBayi mencapei usia akil baligh. Kapan SiBayi sudah memandang warna warni datang berahi, makanya mereka akan mula jauh berpisah. Maka kajian Alam Ajsyam / Kandongan Ibu kita itu, mahulah bener2 difahami. Taraf dan fiel Kembaran itu mengikut perilakuan fielnya SiTuan Badan. Kalo SiTuan Badan budaya amalannya, kehidupannya membujur lalu melintang patah, Kembarannya jadi Hantu. Kalo SiTuan Badan nya itu Muslim Sejati, alim, warak, menguasai Ilmu Hakeqat dan Makrifah, kembarannya bertaraf Malaikat....

    Ada siapa yg bisa tahu makna "Seliseh Malaikat 44" dan makna "Pelihara Malaikat 4"..?? Ngak ada sesiapa pun yg bisa tahu, karena ianya Perkara Ghoib. Maka ghoib itu terlalu banyak lagi berlapis2. Maka sebab itu setiap Muslim diwajibkan beriman kepada yg ghoib, salah satunya "Beriman kepada Malaikat".... Allah Rabbul Izzati Yg Maha Ghoib lagi AlAlim jua Yg Maha Mengetahui setiap sesuatu Yg Zahir dan Yg Ghoib serta setiap yg tersembunyi....

    .... Wallahu'alem, Permissi & Salam ....

    ReplyDelete
  29. Boleh cuba beli dan baca Majalah Iman keluaran Januari 2016.. sy ada ternampak tadi di 7E.. antara kisahnya yg tertera di muka depan 'Siapakah dia malaikat 44?'... sy xbeli pula majalah tu.. sbb mmg xbiasa beli majalah Iman.. biasa baca Solusi atau Al Islam sahaja..

    ReplyDelete
  30. Yg betul ialah, " seliseh malaikat empat empat". bukanya empat puluh empat tetapi sebutannya empat empat. Maksud malaikat empat empat ialah 4 malaikat utama yg pertama dan 4 malaikat yg utama seterusnya. Total ada 8 malaikat utama.

    Seliseh itu membawa maksud " ilmu seliseh". Ini adalah ilmu halimunan dan ilmu berlindung. Pengamal ilmu ini tidak boleh dilihat oleh mata kasar sesiapa pun dengan syarat ia berlindung di belakang apa2 objek walaupun sebesar sehelai daun jambu, misalnya. Atau sebesar sebatang tebu. Bila org nampak hanya daun itu shj itu yg di maksudkan SELISEH. Seliseh itu bukan maksud dijauh kan atau simpang.

    ReplyDelete
  31. Kalau dulu orng tak rasa pelik pin sebab yg mengajarkannya pon dari paraulamak atau para wali dimasa itu. Dan ilmunya diteruskan turun temurun dlm catatan ataupun lisan.
    Mintanya tetap dengan keizinan Allah agar Dia mengkantarkan pertolongan.
    . Mengamalkan ayat2 quran juga mintanya pada Allah jua. Jangan pentingkan semata2 kerana ayat itu sendiri. Wallahu aklam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...