Tuesday, May 24, 2011

Tanda-Tanda Jiwa Yang Sihat


Tanda-Tanda jiwa yang sihat dan tenteram sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab Ighatsatul Lahfan min Mashayid asy-Syaithan.،¨

Di antara tanda-tanda tersebut adalah mampu memilih segala sesuatu yang bermanfaat dan memberikan ketenteraman kepada jiwanya. Dia tidak memilih perkara-perkara yang berbahaya atau yang menjadikan jiwanya sakit atau menderita.

Tanda jiwa yang sakit adalah sebaliknya. Santapan jiwa yang paling bermanfaat adalah keimanan dan ubat yang paling mujarab adalah al-Quran. Firman Allah s.w.t:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. [Al-Israa`:82.]

Selain itu Syaikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi dalam kitabnya Mawaridul Aman al Muntaqa min Ighatsatil Lahfan fi Mashayid asy-Syaithan menyebutkan beberapa sifat yang dimilik oleh jiwa yang sihat, iaitu:

1. Matlamatnya akhirat

2. Keinginan menuju Allah s.w.t.

3. Tidak bosan berzikir

4. Menyesal jika tertinggal dari berzikir

5. Rindu untuk beribadah

6. Khusyu' dalam shalat

7. Keinginannya hanya kepada Allah

8. Menjaga waktu

9. Muhasabah dan memperbaiki diri

11 comments:

  1. Syukran..terima kasih...thanx for sharing

    ReplyDelete
  2. tetibe rase seih.. haii... cam ne nak dpt kusyuk tahap para sahabat dulo2... sedehh.. takot semayang ni diterime ke x..

    ReplyDelete
  3. trima kasih juga utk semua yg sudi memberi komen.

    @kakLamp samalah kiter, kekusyukan dlm sembahyang bukanlah suatu yg mudah dicapai tetapi apa yg penting adalah usaha kita yg tidak putus2 utk mencapainya dengan menuruti segala syarat sah & rukun sembahyang serta sunat-sunat berkaitannya dengan betul & sempurna. kemudian kita hayatinya dengan memahami maksud, intipati serta tujuan bacaan dan perbuatan kita dlm solat.

    IsyaAllah mudah2an kita dianugerahkan Allah kekhusyukan dlm sembahyang & diterima ibadat kita, Amin ya rabbal a`lamin!!.. sama2lah kita berusaha

    ReplyDelete
  4. jiwA yg sihat menjadikan kt sentiasa positif dlm hidup

    ReplyDelete
  5. tq utk ilmu ni.. sgt2 berguna.. ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...