Monday, July 4, 2011

Amal Soleh = Kehidupan Yang Sihat


حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ أَبِي الْخَيْرِ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يَوْمًا فَصَلَّى عَلَى أَهْلِ أُحُدٍ صَلَاتَهُ عَلَى الْمَيِّتِ ثُمَّ انْصَرَفَ إِلَى الْمِنْبَرِ فَقَالَ إِنِّي فَرَطُكُمْ وَأَنَا شَهِيدٌ عَلَيْكُمْ وَإِنِّي وَاللَّهِ لَأَنْظُرُ إِلَى حَوْضِي الْآنَ وَإِنِّي قَدْ أُعْطِيتُ مَفَاتِيحَ خَزَائِنِ الْأَرْضِ أَوْ مَفَاتِيحَ الْأَرْضِ وَإِنِّي وَاللَّهِ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تُشْرِكُوا بَعْدِي وَلَكِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تَنَافَسُوا فِيهَا
Qutaibah bin Sa`id telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Laits bin Sa`ad telah meriwayatkan kepada kami daripada Yazid bin Abi Habib daripada Abi al-Khair daripada Uqbah bin ‘Amir bahawa Rasulullah s.a.w. pernah keluar pada suatu hari lalu Baginda bersembahyang untuk ahli Uhud seperti sembahyang jenazah kemudian Baginda pergi ke minbar lalu bersabda:
“Sesungguhnya aku! akan mendahului kamu dan aku akan menjadi saksi kepada kamu. Sesungguhnya aku – demi Allah! – sudahpun nampak kolam aku itu sekarang dan sesungguhnya telah diberikan kepadaku anak-anak kunci gedung-gedung dunia atau anak-anak kunci dunia. Sesungguhnya aku – demi Allah! – tidak bimbang kamu akan menyekutukan Allah sesudahku tetapi yang aku bimbang kamu berlumba-lumba mendapatkan dunia.”



حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَكْثَرَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ مَا يُخْرِجُ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ بَرَكَاتِ الْأَرْضِ قِيلَ وَمَا بَرَكَاتُ الْأَرْضِ قَالَ زَهْرَةُ الدُّنْيَا فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ هَلْ يَأْتِي الْخَيْرُ بِالشَّرِّ فَصَمَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ يُنْزَلُ عَلَيْهِ ثُمَّ جَعَلَ يَمْسَحُ عَنْ جَبِينِهِ فَقَالَ أَيْنَ السَّائِلُ قَالَ أَنَا قَالَ أَبُو سَعِيدٍ لَقَدْ حَمِدْنَاهُ حِينَ طَلَعَ ذَلِكَ قَالَ لَا يَأْتِي الْخَيْرُ إِلَّا بِالْخَيْرِ إِنَّ هَذَا الْمَالَ خَضِرَةٌ حُلْوَةٌ وَإِنَّ كُلَّ مَا أَنْبَتَ الرَّبِيعُ يَقْتُلُ حَبَطًا أَوْ يُلِمُّ إِلَّا آكِلَةَ الْخَضِرَةِ أَكَلَتْ حَتَّى إِذَا امْتَدَّتْ خَاصِرَتَاهَا اسْتَقْبَلَتْ الشَّمْسَ فَاجْتَرَّتْ وَثَلَطَتْ وَبَالَتْ ثُمَّ عَادَتْ فَأَكَلَتْ وَإِنَّ هَذَا الْمَالَ حُلْوَةٌ مَنْ أَخَذَهُ بِحَقِّهِ وَوَضَعَهُ فِي حَقِّهِ فَنِعْمَ الْمَعُونَةُ هُوَ وَمَنْ أَخَذَهُ بِغَيْرِ حَقِّهِ كَانَ كَالَّذِي يَأْكُلُ وَلَا يَشْبَعُ
Isma’il telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik telah meriwayatkan kepada saya daripada Zaid bin Aslam daripada ‘Ato` bin Yasar daripada Abi Sa`id al-Khudri, katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perkara yang menjadi kebimbangan besarku terhadap kamu ialah ‘barakaat al-ardh’ (keberkatan-keberkatan bumi) yang Allah keluarkan untuk kamu.”
Baginda ditanya: “Apa itu ‘barakaat al-ardh’?” Nabi s.a.w. menjawab: “Kemewahan dunia.” Ada seseorang berkata kepada Nabi s.a.w.: “Adakah sesuatu yang baik mendatangkan keburukan.” Maka Nabi s.a.w. diam sehingga kami berasa wahyu sedang turun kepada Baginda kemudian mulalah Baginda menyapu peluh dari dahinya.
Baginda bertanya: “Di manakah orang yang bertanya tadi?” Orang itu berkata: “Saya.” Abu Sa`id berkata: Sesungguhnya kami telah memujinya ketika dia muncul untuk bertanya begitu.” Nabi s.a.w. menjawab: “Yang baik tidak mendatangkan kecuali yang baik juga. Sesungguhnya harta benda dunia hijau lagi manis dan sesungguhnya apa-apa yang tumbuh pada musim bunga boleh membunuh kerana mengembungkan perut ataupun hampir boleh membawa kepada terbunuh kecuali yang memakan rumput yang hijau kerana ia makan sehingga apabila kenyang perutnya ia mengadap matahari lalu ia mengunyah, berak dan kencing kemudian kembali dan makan lagi. Sesungguhnya harta benda dunia manis, sesiapa yang mengambilnya dengan sebenar dan meletakkannya di tempat yang sebenar maka harta benda dunia adalah sebaik-baik pembantu dan sesiapa yang mengambilnya dengan tidak sebenar/bukan dengan sebenar maka ia seperti orang yang makan tetapi tidak kenyang-kenyang.”

- hadis-hadis shahih riwayat Imam Bukhari

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...