Saturday, January 8, 2011

Benarkah Asal Kejadian Perempuan Dari Tulang Rusuk?


Apabila kita membaca buku atau mendengar ceramah berkenaan wanita maka kebiasaan kisah lanjutannya adalah mengenai asal kejadian perempuan iaitu daripada tulang rusuk lantas mengaitkannya dengan sifat perempuan yang selalu ‘bengkok’ maka si suami hendaklah berhati-hati ‘membetulkannya’ supaya 'tidak patah' iaitu dalam memimpin dan mendidik seorang isteri agar berada di haluan yang betul.

Cerita-cerita seperti ini menunjukkan seakan manusia yang bernama perempuan ini adalah manusia kelas kedua sahaja sedangkan kedatangan Islam telah mengangkat darjat perempuan ke tahap yang sangat mulia.


Adakah kisah asal kejadian perempuan dari tulang rusuk ini benar, jom kita baca artikel berkenaan kejadian asal perempuan ini yang telahpun ditulis oleh salah seorang sahabat saya iaitu Ustaz Muhammad Hanief bin Awang Yahaya.


Perempuan Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk


Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)


Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.


Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)


Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.


Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.


Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik itu di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)


Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?

Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:


1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat

Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.) Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.


Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;

1. Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk

2. Perempuan seperti tulang rusuk.

3. Perempuan adalah tulang rusuk.


2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas

Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.


3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من

Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)


Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:


وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)


فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ


Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)


وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ


Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)


Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.


لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah:128)


لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ


Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran: 164.)


Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.


Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah bengkok.


عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)


عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.


Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).


Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.


عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.


Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)


Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf ك ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.


Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:


باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع


Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.


Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam.


Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:


إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمها تكسرها


Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya. (al-Adab al-Mufrad, no: 747)


Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.


Sokongan Kepada Penafsiran Ini

Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:


عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير). قال أبو قلابة: يعني النساء


Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)


Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.


Kesimpulan

Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.


Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!


Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=367


50 comments:

  1. As-salam..jadi sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk lah ye? bukannya daripada tulang rusuk? begitu?

    ReplyDelete
  2. so apa2 kene tengok la kesahihan fakta tu dulu.tol x?

    ReplyDelete
  3. susah nak ckp sbb xtaw dalil ni...tapi kan klu bilang lelaki punya tulang rusuk kurang satu taw dari perempuan...mcm ne lak tu...??

    ReplyDelete
  4. betul tue Ti Anne dan Gaban Morka.

    Kaishu lak: Wallahu`alam, tp memang kejadian perempuan dan struktur tulang mereka ni klu menurut kajian sains pun menunjukkan ia adalah memudahkannya utk bersalin / beranak.

    Perbezaan tulang kurang satu atau lebih satu tidak boleh menjadi hujah utk mengatakannya sebagai asal kejadian.

    saya teringat satu pendapat mengatakan: Lelaki kurang satu tulang sbb daripadanya diciptakan perempuan yang mana perempuan itu menjadi isterinya.. TAPI kalau yang beristeri lebih dari satu camner plak, xkanla dia kekurangan 4 tulang rusuk kot (klu 4 bini la, klu 2 bini kurang 2 tulang rusuk.. huhuhu). Pastue macam mana plak dengan isteri yang lagi tua dari suami. Masa dia lahir jgnkan suami dia..benih yg akan menjadi suami dia pun entah di mana. :)

    ReplyDelete
  5. info yang baik. tapi kalau terlalu amat difikir sehingga tak terjangkau dek akal.

    ReplyDelete
  6. benar, apa yg kita imani memang x terjangkau dek akal, Allah itu maha kaya dan maha agung, mmg x kan terjangkau dek akal akan ilmu dlm ciptaan2-Nya.

    Info sekadar menghindari salah faham! Agar kita x terus tertipu dengan israiliyyat, sudahlah tanah umat Islam palestin dirampas, ditindas, dibunuh, maka kita pastikan minda dan kepercayaan kita juga tidak ditipu mereka.

    ReplyDelete
  7. memang tak terjaangkau akal kalau fikirkan semua ni.. info yang menarik..

    ReplyDelete
  8. kalo salah pemahaman....boleh terpesong.....tq for inform

    ReplyDelete
  9. info menarik...tapi adalah lebih baik serah segala kepada Yang Maha Pencipti kerana Dia Maha Tahu.....

    ReplyDelete
  10. Kalau slh info leh terkeliru, hati2..

    ReplyDelete
  11. ye ke ni??hurm..kna bca bnyak kli n time rlax2 ni..bru leh fham

    ReplyDelete
  12. Benar! Berserah kepada Allah itulah ertinya bagi TAWAKKAL tetapi hanya selepas kita berikhtiar dan bukannya hanya berpeluk tubuh sahaja.

    Begitu juga dengan topik ini, sekiranya saudara & saudari perhatikan di ats maka akan mudah di dapati rujukan dan hujah dari al-Quran & hadits bagi menolak kisah israailiyyat ini.

    Objektif topik ini: Mengembalikan rujukan kita kepada al-Quran & Hadits dan bukannya merujuk kepada Israiliyyat..


    Sekiranya kita masih menerima perempuan berasal dari tulang rusuk maka kita adalah orang yang beriman dengan israiliyyat dan memahami al-Quran dengan terjemahan yg tidak tepat.

    Walau bagaimanapun, kefahaman, keimanan, kepercayaan dan petunjuk itu itu adalah kurniaan Allah s.w.t. & saya hanya menyampaikan sahaja.. Wallahu`alam

    ReplyDelete
  13. follow blog ni..utk tmbh ilmu pengetahuan :)

    ReplyDelete
  14. emmm kdg2 ayat kita xmemahami dengan betul.. n boleh terpesong akidah

    ReplyDelete
  15. menarik..kawan pernah kata,ayat quran(yg maksud n pentafsirannya bukan qat'ie) boleh diterjemah melalui sign n science..kalau ade tulis pasal tulang rusuk tu sendiri lg menarik kott~

    ReplyDelete
  16. Info yang sangat menarik....! Sesungguhnya manusia itu sama ada lelaki atau perempuan adalah sebaik-baik ciptaan Nya.

    ReplyDelete
  17. oO.. yana xtaw pun.. tq sebab share ttg benda ni.. :))

    ReplyDelete
  18. Perkongisan yang menarik..thanks for da info :-)

    ReplyDelete
  19. salam ziarah sini...informasi yg sgt menarik..teruskan usaha anda..

    ReplyDelete
  20. Saya tidak bersetuju dengan artikel ini..
    TIDAK bererti kawan blogger seorang USTAZ yang menulis maka kandungannya adalah benar..

    ReplyDelete
  21. Saper pulak yang cakap kebenaran tue disebabkan oleh kawan blogger seorang USTAZ. Kebenaran adalah kerana penulis berdalilkan al-Quran & hadits yg sememangnya menjadi rujukan ummat Islam sedunia. Itu ukurannya, atau The Fake IP ada sumber rujukan lain yang lebih patut kita rujuk berbanding al-Quran & hadis???

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Ini juga daripada syarah fathul bari kepada sahih al bukhari...baca dengan teliti ya... ibn hajar dan para ulama silam lebih faham hadis ini (خُلِقَتْ مِنْ ضِلَع)daripada kita yang melayu ni...
    dan jangan lupa tolong terjemahkan kepada pembaca blog enta supaya lebih jelas...dari kekeliruan yang enta timbulkan...
    قَوْلُهُ : ( خُلِقَتْ مِنْ ضِلَع )
    بِكَسْرِ الْمُعْجَمَة وَفَتْح اللَّام وَيَجُوز تَسْكِينهَا ، قِيلَ فِيهِ إِشَارَة إِلَى أَنَّ حَوَّاء خُلِقَتْ مِنْ ضِلَع آدَم الْأَيْسَر وَقِيلَ مِنْ ضِلْعه الْقَصِير ، أَخْرَجَهُ اِبْن إِسْحَاق وَزَادَ " الْيُسْرَى مِنْ قَبْل أَنْ يَدْخُل الْجَنَّة وَجُعِلَ مَكَانه لَحْم " وَمَعْنَى خُلِقَتْ أَيْ أُخْرِجَتْ كَمَا تَخْرُج النَّخْلَة مِنْ النَّوَاة ، وَقَالَ الْقُرْطُبِيّ : يُحْتَمَل أَنْ يَكُون مَعْنَاهُ أَنَّ الْمَرْأَة خُلِقَتْ مِنْ مَبْلَغ ضِلْع فَهِيَ كَالضِّلْعِ ، زَادَ فِي رِوَايَة الْأَعْرَج عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عِنْد مُسْلِم " لَنْ تَسْتَقِيم لَك عَلَى طَرِيقَة "
    قَوْله : ( وَإِنَّ أَعْوَج شَيْء فِي الضِّلْع أَعْلَاهُ )
    قِيلَ فِيهِ إِشَارَة إِلَى أَنَّ أَعْوَج مَا فِي الْمَرْأَة لِسَانهَا ، وَفِي اِسْتِعْمَال أَعْوَج اِسْتِعْمَال لِأَفْعَل فِي الْعُيُوب وَهُوَ شَاذّ ، وَفَائِدَة هَذِهِ الْمُقَدِّمَة أَنَّ الْمَرْأَة خُلِقَتْ مِنْ ضِلْع أَعْوَج فَلَا يُنْكَر اِعْوِجَاجهَا ، أَوْ الْإِشَارَة إِلَى أَنَّهَا لَا تَقْبَل التَّقْوِيم كَمَا أَنَّ الضِّلْع لَا يَقْبَلهُ .

    ReplyDelete
  24. "Sekiranya kita masih menerima perempuan berasal dari tulang rusuk maka kita adalah orang yang beriman dengan israiliyyat dan memahami al-Quran dengan terjemahan yg tidak tepat."

    ini adlh satu jwpn yg xbole diberi kerana mgkn saudara menerima pengertian yg laen mengenai hadis ini n mgkn org laen menerima pengertian yg laen juga.. jgn buat andaian sendiri.. ini boleh merupakan satu tuduhan ke ats si komentar..

    "Itu ukurannya, atau The Fake IP ada sumber rujukan lain yang lebih patut kita rujuk berbanding al-Quran & hadis???"

    tidakkah saudara merasakan ini satu sikap sarcastic? The fake IP tidak ckp pun dia mempunyai rujukan yg laen selaen al-Quran dan hadis.. jgn wat andaian sndiri..

    sy mmg kurang ilmu pengetahuan bab2 agama nie tp sy penah jugak dgr ceramah melalui tv yg disampaikn oleh beberapa ulama yg terkenal n mereka ade mengatakan wanita dijadikan dpd tulang rusuk lelaki.. tetapi, perkataan dijadikan itu mgkn mempunyai beberapa mksd.. jd, mgkn perkara ini benar tetapi pihak saudara telah menyalah tafsirkan perkara ini..

    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  25. @habeeb.. terima ksh sahabat, tu penjelasan bkn kekeliruan.. lgpun semua yg enta copy n paste tu adalah tafsiran brdsrkn ijtihad ulama`.. manakala qiila adalah sighah tamridh yg menunjukkan riwayat yg lmh..

    @Hafiz..terima ksh, sy bertanya bkn bermakna sy mendakwa..
    sdr Hafiz mendakwa: sy penah jugak dgr ceramah melalui tv yg disampaikn oleh beberapa ulama yg terkenal n mereka ade mengatakan wanita dijadikan dpd tulang rusuk lelaki.. tetapi, perkataan dijadikan itu mgkn mempunyai beberapa mksd

    so..adakah sdr Hafiz tahu mskdnya? Pernahkah sr Hafiz bertanya kepada penceramah terbabit kemungkinan mksdnya itu? Klu tahu silalah beritahu..

    Hafiz juga mendakwa artikel sy salah menafsir.. ada 3 hujjah di atas bersama hadis sokongan sedangkan saudara tidak ada satu pun hujjah

    ReplyDelete
  26. sperti yg sy dh beritahu.. sy xtahu sgt bab2 agama nie especially hadis... ade sepotong dua je yg sy tahu itupun mmg sy xhafal... sy hanya mendengar, membace halaman2 tertentu n sy akn berfikir mengenainya..

    sy xtahu ape mksd perkataan tersebut.. seeloknya, refer jugak laa kpd ustaz2 yg mmg telah dikenali dgn keagamaannya.. mcm mane sy mahu menanyakan penceramah tersebut sedangkn dia berada di tempat laen dan sy juga ade di tempat laen.. dan, pada ketika itu juga, sy x menyedari yg artikel ini ade.. sy xtahu ade perbahasan mengenai perkara ini.. mmg sy xberkesempatan utk bertanyakan apa2 mengenai perkara ini..

    sekian..

    ReplyDelete
  27. "Sekiranya kita masih menerima perempuan berasal dari tulang rusuk maka kita adalah orang yang beriman dengan israiliyyat dan memahami al-Quran dengan terjemahan yg tidak tepat."

    yang di atas ini adalah ayat saudara...tapi saya rase ayat itu agak keterlaluan...
    terdapat 2 perbezaan pendapat dari kalangan ulama iaitusatu kata mmg dr perempuan dari rusuk
    satu lg kata itu bermaksud kiasan saja...
    stengah kata hadis ni palsu sebab ad dalam bible, tapi kita kena ingat, itu x membuktikan ap2 sbb dlm bible tu ad yg asal dan ad yg diubah-ubah... jd jgn kate salah sbb ad dlm bible, dan jgn plak dijadikan hujah ntok btolkn hujah...
    "So the LORD God caused the man to fall into a deep sleep. While the man slept,
    the LORD God took out one of the man's ribs and closed up the opening. Then the
    LORD God made a woman from the rib, and he brought her to the man. (Genesis 2:21-22)”

    pastu, Nabi kata wanita dari tulang rusuk, ad yg kata, nabi kata wanita seperti tulang rusuk, mana2 pun betul, xd masalah pun, hidith ni x mengecam atau mengutuk kaum wanita pun...
    Allah kata manusia dari tanah pun, ini x bertujuan pun nak mengutuk manusia... xde pun org nak kata tanah tu kotor ke ap ke... iblis je yg xnk...begitu juga kalau wanita dari tulang rusuk... ap masalahnya, saya x nmpak ap2 pn yg menunjukkan wanita itu kelas kedua seperti statement saudara di atas...

    (sambung)

    ReplyDelete
  28. ‘Imam Fakhrurazi berpendapat dlm kitab tarsifnya mengenai hal ehwal hawa sebagai
    ciptaan daripada adam, di sana ada dua pendapat.
    1. Pendapat yg paling ramai dikalangan ulama - kata mereka "sesungguhnya bilamana Allah swt. menciptakan nabi Adam as. Maka Ia mencampakkan kpd Adam tidur, kemudian diciptakan Hawa drpd salah satu tulang rusuk Adam as. yg kiri .... mereka(ulama) berhujjah dgn hadith Muslim : (sesungguhnya perempuan diciptakan drpd tulang rusuk yg bengkok).

    2. Pendapat yg kedua abi muslim al asfihani "sesungguhnya yg dikehendaki dgn firman Allah swt. maksudnya ialah Allah swt.ciptakan hawa drpd jenis adam sendiri(sama ciptaan).kata AL Qadhi. Pendapat yg pertama adalah lebih kuat.Imam At-Tabarani dlm tafsirnya at-tobari - mengatakan bhw pendapat yg pertama td adalah bg Ibnu Abbas dan Ibnu Masu'd, akan tetapi talian sanad pendapat ini tidak sahih. Bahkan ia telah diambil dprd ahli kitab. Sebagaimana dlm safar takwin (ishah kedua :21-24)

    Berpadukan kpd pendapat-pendapat yg lepas kami berpendapat ( pendapat penulis kitab "syiekh atiah saqor") :: penciptaan Hawa drpd Nabi Adam as. adalah perkara yg tidak disepakati. iaitu ada pendapat yg mengatakan HAwa diciptakan drpd unsur sejeni Adan ( tanah ) bukan cahaya atau api. Dan apa yg dibawa oleh hadis Nabi saw. "sesungguhnya hawa diciptakan drpd tulang rusuk adam" kadang-kadang perkara yg dikehendakinya memberi makna yg samar-samar.Maka disana tidak ada nas yg putus mengatakan hawa diciptakan drpd tulang rusuk Nabi Adam as.

    Kaedah pengambilan hujjah " dan bilamana dalil yg diambil membawa maksud yg ihtimal (ada keraguan) maka dgn sebb itu menyebabkan ia tidak boleh dibuat hujjah". Dan apa yg penting adalah, kpd sesiapa yg memegang mana-mana pendapat ini ia tidak membawa kpd merosakkan iktikad kita semua.
    Sememangnya imam an-nawawi rhm. mengaitkan atau merumuskan drpd hadis-hadis Nabi saw. dgn pendapatnya :
    Nabi saw. menerangkan mengenai ayat "Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri)" ialah membawa maksud hawa diciptakan drpd tulang rusuk.

    Dan juga pada hadis ini membawa maksud supaya berlaku lembut dan berbuat baik dgn wanita, mengasihi mereka bgtu juga perlu bersabar dlm mendidik isteri-isteri juga anak2 perempuan. Dan melarang keras menceraikan isteri tanpa ada sebab dan sekalipun ada sebb yg susah utk hidup bersama.’ (diambil dari tenet ni... hehe)

    (Sambung)

    ReplyDelete
  29. lagi 1, yang dari rusuk itu hawa, bukan manusia, yang dari tanah itu Adam, asal usul kita... manusia lain dari segumpal darah atau setitis benih... so kalo org tu kawen 4 pon, xde la rusuk dy nak ilang 4... haha...
    and hadith yg botol kaca tu, yg tu mmg da terang2 la yg dimaksudkan tu wanita, mmg terang2 kiasan... jadi, harap saudara faham, xde masalah kalo percaya wanita dari rusuk atau percaya tu kiasan saja... banyak lagi perkare2 kilafiyah yg besar mcm doa qunut ketika subuh... elok aja... xde pon sampai nak tuduh rosak akidah dan sebagainya...
    maafkan sya kalau terkasar bahasa, tapi komen saudara agak menyindir kalau ad yang bercanggah pendapat dgn saudara...
    sekian... As salam...

    ReplyDelete
  30. Maafkan sy sekiranya ada yg terasa dgn kata2 sy sehingga kelihatan spt menyindir tetapi sy tidak bermksd demikian bahkan apa yg diharapkan adalah supaya kita brpegang dgn al-Quran dan hadis sbgmana firman Allah yg bermaksud:

    “Sekiranya kamu bercanggah dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada Allah dan RasulNya (AL-Quran dan Sunnah)” Annisa':59

    rsnya xperlu utk smpai ke bible kerana rujukan yg patut kita utamakan adalah al-Quran & Sunnah
    Wallhua`lam

    ReplyDelete
  31. Ibnu Hasan, saya setuju dengan saudara dalam masalah org yg suka percaya sumber israiliyat...

    saya jugak merasa jengkel dan hairan dengan org yg sebarkan2 bahawa isteri adalah tulang rusuk suami. dan suami adalah pemilik tulang rusuk itu (isteri)

    kalau lelaki itu kawin empat? isteri mana yang asal dari tulang rusuk suami?

    kalau isteri tu cerai kawin lain? maknya bertukar hak milik lah.

    kalau cerai mati kawin lain? mana satu pemilik tulang rusuk yang sebenar?

    ishhkk, saya cukup tak setuju dengan riwayat dan tafsiran syok sendiri org yang ckp suami adalah tuan pemilik rusuk. ie; si isteri adalah tulang rusuk yang diciptakan dri suami dia.. ini tafsiran harfiah, kalau biar lama2 boleh jadi keliru.

    p/s saya masih mencari dan membaca pasal hawa diciptakan dari rusuk adam, sebab saya keliru sikit. **nak gi bukak tafsir Alquran ni.

    kalau di Sah israiliyat, maknanya selama ni kita telah keliru.

    terima kasih dengan perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  32. terima kasih atas perkongsian..

    diharap yang bijak pandai memberi komen dan membangkang boleh menyatakan hujah instead of membangkang membabi buta.

    banyak lagi kesalahfahaman yang kita tak sedari dan itulah gunanya kita harus tanya secara one to one,dan bukannya membaca pelbagai sumber lalu semudahnya membuat tafsiran sendiri.

    Wallahua'lam..

    ReplyDelete
  33. aslmkm wbt..bleh mnta copy past x utk mnfaat b'sm..??

    ReplyDelete
  34. @Rafiq Asyraf, w`salam...

    boleh..dan trima kasih sudi kongsi2kan bersama

    ReplyDelete
  35. http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/03/26/adam-dan-hawa/, cuba baca, penulis blog ini sangat berpengalaman sangat arif dlm bidang hadis...hmmm

    ReplyDelete
  36. .. ASAL USUL KEJADIAN OPAH HAWA ISTERI TOK ADAM ..

    Benerkah Opah Hawa diciptakan dari tulang rosok kiri Tok Adam..??
    Bermula kluenya dari 2 kejadian yg paling ajaib yg paling luar biasa.
    Berhimpon 2 kejadian pertama dlm 2 kejadian yg biasa kita Manusia.

    (1) Tiada Bapak Tiada Ibu - Itulah asal usul kejadian Nabi Adam AS.
    (2) *ADA BAPAK TIADA IBU - ITU ASAL USUL KEJADIAN SITI HAWA.
    (3) Tiada Bapak Ada Ibu - itulah asal usul kejadian Nabi Isa AS.
    (4) Ada Bapak Ada Ibu - Itulah kejadian kita Manusia yaitu Bani Adam.

    ReplyDelete
  37. BENERKAH ASAL KEJADIAN PEREMPUAN DARI TULANG ROSOK..??

    Kalo dari Ilmu Anatomy Kajian Tulang, setiap Lelaki dan Pompuan masing2 miliki 24 bilah tulang rosok. Melainkan kalo berlaku kecacatan dari azali ato akibat kemalangan. Kalo lelaki mahu kawin, kawinlah pompuan itu seramai mana yg mampu. Tidak akan ada tulang rosoknya yg luak. Koq hanya tulang tempurong lututnya jua yg bisa longgar jadi lemah.. karena terpaksa kerja kuat menyangkol banyak luas lebarnya ladang2....

    Asal kejadian pompuan dari tulang rosok lelaki, koq itu hanya kata kiasan semata. Ada dimitoskan kapan Tok Adam mimpikan bulan jatoh keriba, timbol kehendaknya utk diadakan pasangan. Pada satu ketika kapan Tok Adam sedar dari tidornya, sudah ada figure Opah Hawa disebelahnya. Lantas sebab itu ada yg anggapkan asal kejadian pompuan itu dari tulang rosok. Namun asal kejadian Tok Adam dgn Opah Hawa sebagei Bapak Induk dan Ibu Induk, paling ajaib sangat luar biasa. Bermula Nabi Adam AS sebagei Khalifah Allah Pertama dialam maya ini dgn tugas2nya. Makanya dari mereka lahirnya pasangan2 anak2 Adam yg dinamakan Bani Adam.. Kapan anak2 Adam telah berkembang bermula dosa2 Manusia. Seperti kesah Cane & Ebel karena berebutkan cipap, sanggup berbunuhan sesama adik-beradik bersaudara....

    Bermula kejadian Insan Manusia itu dari Nafs / Diri yg satu. Perbedaan jantina samada lelaki ato pompuan bermula dari pengsenyawaan embrayo, hingga pembentukan janin lalu membesar diAlam Rohim Sang Ibu. Maka lahirnya Insan Manusia samada dia lelaki ato pompuan, dgn rupa2 dan watak2 dsbnya yg berbeda serta dgn peribadi yg tersendiri. Namun dgn citarasa yg sama saling memerlukan. Sang Isteri kaum Hawa perlukan naungan bimbingan suami cukop dgn saorang Suami. Herannya mmm... Sang Suami ngak pernah cukop2 dgn hanya saorang isteri, mau lagi, tambah lagi. Sebab itu Islam membenerkan kalo lalu serta mampu, lebeh dari satu, ditegah curi2.... Hanya Tok Adam yg paling setia cukop dgn hanya saorang isteri, itulah dia Opah "Hawa" yg dibawa hingga kemati....

    ..... WALLAHU'ALEM .....

    ReplyDelete
  38. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  39. Alhamdulillah nambah pengetahuan. Salam damai dan sukses

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...