Benarkah 12 Rabi`ul Awwal Adalah Tarikh Maulidur Rasul? Adakah tarikh 12 Rabi`ul Awwal ini berdasarkan riwayat yang shahih? Daripada mana pula puncanya?
Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, jom kita baca sebuah artikel yang saya petik dari http://www. darulkautsar.net yang dikarang oleh guru saya Maulana Muhammad `Asri bin Yusuff
Penilaian Semula Tarikh Kelahiran & Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya.
Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains.
Disamping itu, sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum), ia akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi s.a.w. dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi saw. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida’ah).
Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi saw berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman 144).
Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibmu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa’i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, “Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu’tazilah.” Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, “Dia seorang dajjal” (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 – 475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.
Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)
Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:
· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun.
· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.
· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.
· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas.
Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam “Nurul Yaqin” (hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri di dalam “Ar Rahiqul Makhtum” (halaman 54), `Allamah Sibli Nu’mani di dalam “Siratun Nabi” (jilid 1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam Azad di dalam “Rasul Rahmat” (hal. 37) dan lain-lain.
Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad s.a.w. pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:
- Tahun kewafatan Baginda s.a.w. ialah 11H
- Dalam bulan Rabiul Awwal
- Antara 1hb. Hingga 12hb.
- Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 51-52)
- Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
- Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j.11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).
Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda s.a.w. seperti berikut:
Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.
Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2,9 atau 16hb. Rabiul Awwal.
Selain daripada dua andaian tersebut itu, terdapat enam andaian lagi seperti yang terdapat dalam jadual berikut:
Jumlah hari bagi bulan Tarikh Hari Isnin dalam bulan Rabiul Awwal
- Zuhijjah (30) Muharram (29) Safar (29) 1 8 15
- Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (29) 1 8 15
- Zulhijjah (29) Muharram (29) Safar (30) 1 8 15
- Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (30) 7 14 21
- Zulhijjah (30) Muharram (30) Safar (29) 7 14 21
- Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (30) 7 14 21
Daripada tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. Rabiul Awwal tidak dapat diterima kerana selain daripada alasan-alasan yang tersebut tadi, tidak ada satupun riwayat yang menyokongnya. Berkenaan dengan 2hb. pula , selain daripada tidak mungkin terjadinya ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri daripada 30 hari di dalam kesemuanya, tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya. Apa yang ada hanyalah riwayat Hisyam bin Muhammad Al Kalbi dan Abu Mikhnaf yang dianggap sebagai pendusta oleh ulama-ulama hadis.
Berhubung dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua’im Fadhal bin Dukain dan lain-lain. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579). Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M.
Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kami kemukakan pihak kami berharap agar masyarakat menilai semula tarikh sebenar kelahiran nabi s.a.w. dan tidak merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi s.a.w. padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.
(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan Darul Quran Was Sunnah dengan sedikit pindaan)
Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=184
ooo..baru tahu...
ReplyDeleteini sama kes mcm maal hijrah. org igt hijrah tu berlaku pd 1 muharram. tp, mengikut kajian, peristiwa hijrah berlaku pd bulan rabiulawal jugak..
ReplyDeleteBetul tue Kama Irahsa
ReplyDeleteassalamualaikum.
ReplyDeleteterima kasih atas maklumat dan pencerahan. saya juga pernah dengar maklumat ni dari seorang ustaz semasa belajar dulu. tapi entahlah, kenapa pihak kerajaan tidak menghebahkan kedudukan yang sebenar?hmm
SALAM.benarkah ini?habis tu kenapa semua satu dunia kata 12 rabiulawal hari kelahiran nabi, kalau betul kenapa tak dibetulkan fakta ini?
ReplyDeletebetapa begitu banyak percanggahan..di satu pihak yang lain menjelaskan sebaliknya,di satu pihak lagi menjelaskan sedemikian rupa..malah ada yang mengatakan kalau sekalipun bida'ah,ia bida'ah yang membawa kebaikan ummah.masing2 menyertakan hujah mereka sendiri berdasarkan apa yang ditulis dan dipercayai.takkan orang yang memegang peranan tertinggi dalam soal keagamaan tidak teliti dalam soal begini?apakah ia cuma didasarkan pada soal sejarah atau kebaikan yang boleh diambil dari meraikan hari besar begini?apakah ia juga didasarkan pada soal kajian semata-mata?maaf kalau semakin banyak persoalan..
ReplyDeleteowh,camtu ehh...huhu..
ReplyDeleteSatu dunia pun tetap manusia yang mana perlu sentiasa berusaha memperbetulkan kesilapan sbb Allah mmg mahu manusia berusaha. Allah bukannya menentukan di dunia semuanya mmg elok, semua mmg mndapat hidayah smua bahgia, kaya dll. Inilah bahagian kita untuk memperbetulkan kesilapan.
ReplyDeleteOrang yang memegang peranan tertinggi dalam soal keagamaan juga manusia biasa dan manusia tidak bersifat MAha Mengetahui, ini bermakna ada perkara yang dia tidak tahu dan boleh berlaku silap padanya kerana dia masih bernama MAKHLUK TUHAN
ini bukan soal sejarah maupun kajian semata2 bahkan ini adalah mengenai pegangan kita sama ada untuk berpegang kepada riwayat dan dalil yang kuat atau sebaliknya. Bagi mereka yang menerima tarikh 12 Rabiul Awwal adalah kerana berhujjah dengan riwayat Ibnu Ishaq sedangkan dia seorang Syiah dan riwayatnya menjadi lemah kerananya
Sekiranya diperhatikan riwayat yg menjadi dalil 9 Rabiul Awwal adalah lebih shahih kerana berdalilkan hadits shahih riwayat Shahih Bukhari dan juga kajian ulama` dan ahli falak.
Ini lebih mudah sekiranya kita memahami betapa pentingnya ilmu periwayatan hadits dan syarat sesuatu riwayat untuk menjadi hujjah. Sekiranya kita memahaminya sudah tentu kita tidak menolak hadits shahih semata2 kerana mahu menerima riwayat Ibnu Ishaq yang lemah. Wallahua`lam
semoga itu yang terbaik dan menjadi panduan..
ReplyDeletemasalah untuk membetulkan kesilapan semakin rumit kerna saja ia sudah di'budaya'kan di negara kita..
Byk lagi bnda x betul yg dibudayakan di negara kita. Boleh dikatakan kebanyakannya agak rumit nak diperbetulkan, antaranya budaya kongsi raya yang membawa kepada pluralisma agama / wahdatul adyan.
ReplyDeleteWalau serumit mana pun kita kena juga menongkah arus, suatu masa dulu orang menganggap menunggu kubur itu suatu kelebihan (menyebabkan si mati tidak terseksa lantaran msh ada orang, maka malaikat tidak dtg) ini semua akibat tidak faham maksud hadis.
al-hamdulillah, sekarang boleh dikatakan tidak ada dan payah nak dengar amalan2 spt itu.
Apa yang boleh kita lakukan adalah dakwah berterusan, mudah2an muslimin-muslimat tidak lupa kpd Allah & Rasul-Nya.
nice sharing.. thx
ReplyDeleteWallahualam....itu semua kuasa Allah...
ReplyDeletex semestinya kita sambut maulidur rasul pada hari yang salah kita berdosa...
InsyaAllah...kalau benar..
Allah akan membantu kita menunjukkan jalan...
nice blog..
Satu perkongsian maklumat yang baik...TAHNIAH!
ReplyDeletewhoaaa...
ReplyDeleteokay behave. :P
masyaAllah. yeke ni. Ya Allah Ya Allah ! saye jadi speechless kejapp. terkedu dan mula terfikir kan sesuatu.
btw, terima kasih di atas pemberitahuan ini. such a great job !
X berdosa pun ttp perlu di perbetulkan agar kita tahu bhw tarikh kelahiran Nabi bukanlah tarikh yg sama dgn tarikh kewafatannya.
ReplyDeleteMgkin sbb rs x berdosa lah perkara ini dipandang remeh dan biarkan shj & pembetulan dan fakta oleh ulama` sekadar tersiar di dalam buku2 shj.
Akhirnya kita terus hidup & kita berteriak & bersorak gembira meraikan serta merayakan suatu yang asasnya lemah. Wallahu`alam
kalau macam tu, tolonglah pihak2 yang bertanggungjawab betulkan balik fakta ni. kalau apa yg kita sambut ni pada hari yang salah. tolonglah perbetulkan balik dengan seberapa segera.
ReplyDeletekalau tidak, sampai kiamat pun, kita mungkin anggap 12 rabiulawal tarikh lahir nabi.
hmm baru tahu,, jadi patotnya bende ni diketengahkan,,
ReplyDeletesatu pendedahan yg menarik...
ReplyDeletetapi banyk mende yg still aku x pham lagi...
:)
Info yang bagus :)
ReplyDeletekalau betul, boleh diusulkan kepada yang berwajib untuk kajian lanjutan.. thanks info
ReplyDeleteBila Suami Masak Telur Dadar jadi Murtabak
satu perkongsian ilmu yang baik.
ReplyDeleteyang jarang kita ambik tahu.
tq share. :)
info br..sblm ni xde plk org nk pertikaikn..yg penting kita, kita mesti sygkn nabi kita:)
ReplyDeleteAda jer org pertikaikan, cuma orang jer tak tau.
ReplyDeleteDiantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah.
Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia.
Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah. Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT.
Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.
Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan.
Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.
Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.
Sumber: http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawwal/maulud.htm
p/s:
Apa yang penting kita kena ingat, sayang Nabi & ikut sunnahnya kerana itu bukan shj ttgjwb kita sbg ummatnya tp adalah perintah Allah s.w.t BUKAN pada bulan Rabi`ulawwal shj atau mana-mana bulan tertentu shj tp sepanjang masa sbb sunnah Nabi itu PRAKTIKAL SEPANJANG ZAMAN
Subhanallah...
ReplyDeleteSalam kenal Pradisz Wardhana
itulah kekuasaan allah Tuhan Seluruh Alam..
ReplyDeletesangat bagus info nie...utk saya dpt tambah ilmu..tentang Rasulullah saw ...tq
ReplyDeletedhia suke bca kisah2 nabi... tapi now dh x berkesemptn..hehehe
ReplyDeletethanks for the info...
ReplyDeletewooo.....heavy reading i've got here....nice :D
ReplyDeletewho wanna know bout 7 eleven top secret klik here
Nabi Muhammad SAW diputrakan tanggal 12 Rabbiul Awwal pada hari Senin.
ReplyDeleteMuhammad Kedua lahir tanggal tarikh dan hari yg sama dizaman yg berbeda.
"SELAMAT MENYAMBOT MAULIDOR RASOL TAHUN 1436H / 2015M.."
Tanpa disedari diketahui kapan masuk setiap kali tanggal 12 Rabbiul Awwal,
Dunia Islam menyambot ulang tahun keputeraan "2 Insan Kamil Teragong"..
Kalo Muhammad Pertama dia diutuskan Pembawa Rahmat seru sekelian alam.
Muhammad Kedua itu pula dia diutuskan Penyelamat Ummat diAkhirul Zaman.