Thursday, February 5, 2009

Hadits Maudu` Tentang Abd Al-Rahman bin ‘Auf Masuk Syurga Dalam Keadaan Merangkak Kerana Kekayaannya

*Gambar sekadar hiasan


حديث في ذكر عبدالرحمن بن عوف أنبأنا ابن الحصين أنبأنا ابن المذاهب أنبأنا أحمد بن جعفر حدثنا عبدالله ابن أحمد حدثنى أبى حدثنا عبد الصمد بن حسان أنبأنا عمارة عن ثابت عن أنس قال " بينما عائشة في بيتها سمعت صوتا في المدينة فقال ما هذا ؟ فقالوا بعير عبدالرحمن بن عوف قدمت من الشام تحمل من كل شئ. قال وكانت سبع مائة بعير.فارتجت المدينة من الصوت، فقالت عائشة: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: قد رأيت عبدالرحمن بن عوف يدخل الجنة حبوا، فبلغ ذلك عبدالرحمن فقال إن استطعت لادخلنها قائما فجعلها بأقتابها وأحمالها في سبيل الله عزوجل ".

Hadits yang menyebutkan tentang Abd al-Rahman. Ibnu al-Hushain telah menceritakan kepada kami, katanya: Ibnu al-Mazahib menceritakan kepada kami, katanya: Ahmad bin Ja`far menceritakan kepada kami, katanya: Abdullah ibnu Ahmad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd al-Somad bin Hassan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Umarah telah menceritakan kepada kami daripada Tsabit daripada Anas, beliau berkata: “Ketika ‘Aisyah berada di rumahnya, aku mendengar suara di Madinah lalu bertanya: “Apa ini?” Lalu mereka menjawab: “Unta Abd al-Rahman bin ‘Auf sampai dari Syam membawa banyak barang.” Anas berkata: “Ada tujuh ratus ekor unta. Maka riuh-rendahlah Madinah kerana suara itu. Aisyah pun berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Sesungguhnya aku telah melihat ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak.” Maka sampai khabar tersebut kepada ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf lalu beliau berkata: “Kalau aku mampu aku pasti akan masuk ke dalam syurga dalam keadaan berdiri.” Lalu dia menjadikan pelana dan barang-barangnya sebagai sedekah di jalan Allah Azza Wajalla.”

قال أحمد بن حنبل: هذا الحديث كذب منكر.قال وعمارة يروى أحاديث مناكير.

وقال أبو حاتم الرازي: عمارة بن زاذان لا يحتج به

· Ahmad bin Hanbal mengatakan: hadits ini dusta dan mungkar dan ‘Umarah meriwayatkan hadits-hadits mungkar

· Abu Hatim al-Razi mengatakan: ‘Umarah bin Zazan – tidak boleh dibuat /dijadikan hujah dengannya.

وقد روى الجراح بن منهال إسنادا له عن عبدالرحمن بن عوف فإن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " يا ابن عوف إنك من الاغنياء، وإنك لا تدخل الجنة إلا زحفا فاقرض ربك يطلق قدميك ".

Al-Jarrah bin Minhal telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf. Maka sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Wahai Ibnu ‘Auf sesungguhnya engkau adalah dari kalangan orang-orang kaya. Sesungguhnya engkau tidak masuk syurga melainkan dalam keadaan merangkak maka bersedekahlah, ia akan memelihara dua tapak kakimu.”

قال النسائي: هذا حديث موضوع، والجراح متروك الحديث.

وقال يحيى ليس حديث الجراح بشئ.

وقال ابن المدينى: لا تكتب حديثه.

وقال ابن حبان: كان يكذب.

وقال الدار قطني: روى عنه ابن إسحاق فقلب اسمه فقال منهال بن الجراح وهو متروك.


§ An-Nasa`ei mengatakan Hadist ini maudu` dan al-Jarrah tidak dipakai haditsnya.

§ Yahya mengatakan hadits al-JArrah tidak boleh dipakai sedikitpun.

§ Ibnu al-Madini mengatakan: Jangan kamu tulis haditsnya.

§ Ibnu Hibban mengatakan: Dia (al-Jarrah) selalu berdusta.

§ Al-Daruqutni mengatakan: Ibnu Ishaq telah meriwayatkan daripadanya lalu menukarkan namanya dengan mengatakan Minhal bin al-Jarrah sedangkan dia seorang yang ditinggalkan haditsnya.

قال المصنف قلت: وبمثل هذا الحديث الباطل تتعلق جهلة المتزهدين يرون أن المال مانع من السبق إلى الخير ويقولون إذا كان ابن عوف يدخل الجنة زحفا لاجل ماله كفى ذلك في ذم المال، والحديث لا يصح،

Penulis berkata: Hadits seumpama ini berkait dengan kejahilan orang-orang yang zuhud yang mana mereka melihat harta sebagai penghalang dalam perlumbaan kepada kebaikan. Mereka berpendapat apabila ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak maka yang demikian cukup untuk mengejikan harta. Dan hadis itu tidak sahih

Komentar Dari Penterjemah

Harta atau kekayaan adalah anugerah dari Allah yang jika digunakan pada tempat yang betul ianya mampu mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. dan bukan menjauhinya. Hadits-hadits tadi jelas bercanggah dengan hadits-hadits sahih yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنِي قَيْسٌ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٍ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٍ آتَاهُ اللَّهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

Muhammad bin al-Mutsanna telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya telah meriwayatkan kepada kami daripada Ismail, beliau berkata: Qais telah meriwayatkan kepada saya daripada Ibnu Mas`ud, beliau berkata: “Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Tiada hasad melainkan pada dua orang. Pertama, orang yang Allah telah kurniakan kepadanya harta lalu digunakan sepenuhnya pada tempat/perkara yang sebenarnya dan (yang kedua) seorang yang Allah telah kurniakan kepadanya hikmah lalu dia membuat keputusan dengannya dan mengajarkannya.”

Hadits tadi juga jelas termasuk dalam kaedah-kaedah mengenali hadits-hadits daif dan maudu` kerana menghina para sahabat, bercanggah riwayat yang sahih lagi sharih dan diriwayatkan oleh perawi pendusta.

Terjemahan dan komentar oleh Muhammad Nazri bin Hasan


5 comments:

  1. alhamdulillah. jumpa juga jawapan. hadis palsu ni memang.. seolah2 menghalang umat islam utk mencari kekayaan... seoalah2 umat islam itu harus hidup miskin kerana kekayaan akan menyebabkan SAHABAT itu merangkak utk ke syurga

    ReplyDelete
  2. selain itu ada unsur tabarra dlm hadis palsu ini, iaitu ia seakan memuji Abdurrahman bin `Auf sbg ahli syurga tetapi disebalik itu adalah penghinaan dan tuduhan tidak berasas kepada seorang yang amat berjasa pada Islam.

    ReplyDelete
  3. Assalammua'laikum, mohon dikongsi di facebook...

    ReplyDelete
  4. Wa`alaikumussalaam. Dipersilakan Syeikh :)

    ReplyDelete
  5. Ahmad bin Hanbal mengatakan: hadits ini dusta dan mungkar dan ‘Umarah meriwayatkan hadits-hadits mungkar


    Abu Hatim al-Razi mengatakan: ‘Umarah bin Zazan – tidak boleh dibuat /dijadikan hujah dengannya.

    Kalau boleh tahu, ini sumbernya dari mana ya ?

    ------------------------------------------------------------------

    Tidak ada perkataan orang Islam harus miskin dalam hadits tsb, juga tidak ada penghinaan terhadap beliau. Hikmah yang didapat adalah bahwa harta kekayaan itu memang fitnah, tetapi beliau Abdurrahman bin Auf RA. adalah seorang yang mulia meskipun bergelimang harta.

    Jika 4JJI sudah me-Mahu-kan sesuatu, itu adalah sudah menjadi hak-Nya. Demikian juga tentang teguran atas fitnah harta. Jadi perhatikan secara seksama juga kisahnya, bagaimana akhir hayatnya Abdurrahman bin Auf RA yang tersenyum tenteram setelah menitikkan air mata karena kecemasannya.

    Masalah harta, banyak orang yang lebay mengartikan maksud ini, sehingga keluarlah komentar "Islam melarang mencari kekayaan ?" "Islam mengharuskan miskin ?"

    Islam tidak melarang mencari kekayaan, tetapi ingatlah harta itu fitnah. Maka Rosululloh pun mencontohkan hidup yang zuhud.

    Islam mengharuskan miskin ?
    Tentu tidak, jika kita bisa mentauladani Abdurrahman bin Auf RA.

    Jadi bijaksanalah dalam mensikapi sirah ya. Perkara hadits itu dhaif atau maudhu, kita serahkan saja kepada ahlinya untuk mengkajinya ...

    Wa4JJIu a'lam ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...