Pendapat yang mengatakan tidak memakai kopiah jadi fasiq adalah pendapat yang sumbang kerana:
1- Tidak ada dalil yang terang mengatakan demikian.
2- Paling tinggi pun dalam kitab fiqh menyebutkan:
“Tidak boleh menjadi saksi orang-orang yang melakukan sesuatu yang menghilangkan maruahnya dengan melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan kedudukannya”.
Contohnya; seorang yang terhormat tetapi makan sambil berjalan, berpakaian tidak senonoh atau melakukan sesuatu yang tidak sopan pada pandangan masyarakat atau seorang pelajar agama yang tinggi ilmunya tetapi berpakaian dengan pakaian yang tidak sesuai langsung dengan kedudukannya, ini juga termasuk dalam perkara yang menjatuhkan maruahnya menurut kitab fiqh.
Dalam kitab fiqh juga menyebutkan ia bukan hanya pada satu pihak sahaja bahkan juga di pihak sebaliknya iaitu orang kebanyakan. Sebagai contoh orang biasa yang tidak layak memakai serban tetapi memakai serban maka ia juga termasuk dalam perkara yang menjatuhkan maruahnya seperti seorang yang berpakaian seperti orang `alim sehingga mengelirukan orang padahal ia adalah sebaliknya maka ini juga termasuk dalam perkara yang menjatuhkan maruah.
Hakikat sebenarnya adalah perkara yang disebutkan dalam kitab fiqh tadi adalah berkenaan sesetengah masyarakat yang punya pakaian yang khusus yang melambangkan sesuatu. Misalnya di Mesir, seorang yang memakai kopiah merah bermaksud dia adalah seoang qari dan seorang yang bukan qari tidak boleh memakai kopiah merah. Sekiranya perkara sebegini telah menjadi ketetapan dan budaya masyarakat tertentu maka sudah tentulah ianya boleh mengelirukan dan membahayakan orang ramai. Contoh lain, seorang yang berpakaian seperti doktor dengan steteskop di lehernya atau seorang yang bukan hakim mahkamah tetapi berpakain seperti seorang hakim. Ini juga boleh menjatuhkan maruahnya.
Tetapi sekiranya dalam masyarakat ynag tidak ada ketetapan seperti demikian bahkan tidak ada beza sama ada warna kopiah dan sebagainya ya`ni pakaian tidak melambangkan apa-apa atau punya alamat khusus maka ia tidak boleh dikira sebagai perkara yang menjatuhkan maruah. Seperti seorang yang memakai serban atau kopiah di zaman ini tidak lagi melambangkan sama ada `alim ataupun sebaliknya. Apabila tiada alamat khusus maka ia kembali kepada yang asal iaitu ia bukanlah sesuatu yang menjatuhkan maruah.
Kesimpulan
Seorang yang `alim tidak jadi fasiq atau jatuh maruahnya dengan tidak memakai kopiah kerana sudah ramai `alim ulama’ bahkan sudah menjadi kebiasaan bahawa orang `alim tidak semestinya kelihatan berkopiah bahkan begitu juga sebaliknya iaitu orang ramai juga berkopiah walaupun tidak `alim.
Selain itu tidak ada dalil yang terang menunjukkan seseorang menjadi fasiq dengan sebab tidak memakai kopiah. Dengan itu, kopiah tidaklah sampai menjadikan seseorang fasiq dengan tidak memakainya.
Sekiranya ada pendapat yang mengatakan fasiq sekalipun ianya adalah pendapat yang terpencil sahaja. Wallahu a`lam!
*Sinopsis dan saringan oleh Mohd Nazri bin Hasan
Kita habiskan umur kita dengan mempertikaikan sunnah. Sehingga kita masuk kubur tidak membawa apa-apa amalan sunnah yang nabi kita tekankan. Amalkan sunnah. Kalau pakai kopiah itu tidak fasiq, kita niat untuk amalkan sunnah supaya bertemu dengan Rasulullah dalam keadaan baik dan mendapat perhatian Rasulullah di padang Mashar.
ReplyDeleteLebih ramai Pakai lebih baik dapat ikut sunnah nabi,dapat tunjukkan dkat org bukan Islam inilah kita.tapi Jangan sampai kita malu untuk tunjukkan adab Dan sunnah nabi.
ReplyDelete