Friday, December 24, 2010

Zina Berleluasa Tanda Kiamat




Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan di Malaysia apabila zina hanya menjadi satu ungkapan dalam ceramah-ceramah dan khutbah-khutbah masjid tetapi tidak diendahkan ummat Islam Malaysia. Sekiranya direnungkan apalah sangat nikmat yang sekejap berbanding dengan azab Allah yang amat pedih lagi dahsyat. Lebih teruk lagi, kini zina lebih mudah dari berkahwin bahkan menjadi kebanggaan gadis tanpa dara. Inilah salah satu tanda-tanda kiamat dan amat benarlah apa disebutkan oleh Nabi s.a.w.

عَنْ أَنَس بْن مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا

Daripada Anas bin Malik, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda kiamat adalah; diangkat ilmu dan nyata kejahilan, orang ramai meminum arak (secara berleluasa) dan zina yang nyata (berlaku secara terang-terangan). [Riwayat Bukhari & Muslim]


artikel berkaitan:

Kelebihan Sifat Malu

10 comments:

  1. semakin maju teknologi, manusia smkn hilang arah...
    mntk kita dijauhkan dr bnde2 kemungkaran..
    amin...

    ReplyDelete
  2. baik buruk..akal memikirkan..tapi kdg2 terpesong dek hasutan syaitan...

    ReplyDelete
  3. semakin berleluasa sekarang ni..

    ReplyDelete
  4. setiap hari isu2 ni..masing2 kawal diri dr terjebak.

    ReplyDelete
  5. orang ramai minum arak secare berleluase dan zina yang nyata.....memang nampak sngat sekarang..macam perkare biase...ya Allah,semoge ayu bukan dikalangan mereka...aminnn
    thanx sharing

    ReplyDelete
  6. na'uzubillah. Ya Allah, hindarilah aku dan keluarga serta seluruh umat Islam tergolong dalam orang-orang sedemikian.

    ReplyDelete
  7. sekarang ni perkara yg haram dah jadi perkara biasa.. aduh sedihnya..

    ReplyDelete
  8. "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim

    yang lg satu ni pun macam da start berlaku...
    Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai...
    "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."
    Hadis Sahih Riwayat Muslim

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...