Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita hanya tahu nama anak cucu Nabi s.a.w. adalah Saidatina Fatimah, Saidina Hasan dan Saidina Husin sahaja kerana kebiasaannya hanya mereka sahaja yang sering ditonjol-tonjolkan dalam catatan-catatan sejarah. Maka siapa pula yang dimaksudkan dalam selawat yang kita sebut setiap hari:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Allah, Berilah rahmat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad
Jadi, siapakah keluarga Nabi Muhammad s.a.w? Ringkasnya:
Anak-anak lelaki Nabi s.a.w.:
i. Qasim
ii. `Abdullah
iii. Toyyib @ Tohir (Sebahagian ulama` mengatakan Toyyib @ Tohir bukan orang yang berbeza tetapi gelaran kepada `Abdullah)
iv. Ibrahim
Qasim, `Abdullah dan toyyib @ Tohir adalah anak Nabi s.a.w. dengan Saidatina Khadijah manakala Ibrahim adalah anak baginda dengan Mariah al-Qibtiyyah, beliau juga meninggal semasa masih kecil iaitu semasa berumur 16 bulan
Anak-anak perempuan Nabi s.a.w.:
i. Zainab (isteri kepada Abul `Ash bin ar-Rabi`)
ii. Ruqayyah (isteri kepada Utsman bin `Affan)
iii. Fatimah (isteri kepada `Ali bin Abi Talib)
iv. Ummu Kultsum (juga kemudianya menjadi isteri kepada Utsman bin `Affan)
Semua cucu-cucu Rasulullah s.a.w. adalah keturunan dari anak-anak perempuan baginda s.a.w., kerana anak-anak lelaki baginda semuanya meninggal dunia ketika masih kecil lagi.
Cucu-cucu lelaki Nabi Muhammad s.a.w:
i. `Ali bin Abul `Ash bin ar-Rabi` (Cucu sulung Nabi s.a.w.)
ii. `Abdullah bin Utsman bin `Affan
iii. Hasan bin `Ali bin Abi Talib
iv. Husain bin `Ali bin Abu Talib
Cucu-cucu perempuan Nabi Muhammad Nabi s.a.w:
i. Umaamah binti Abul `Ash bin ar-Rabi`
ii. Ummu Kultsum binti `Ali bin Abu Thalib
iii. Zainab binti `Ali bin Abu Thalib
Untuk mengetahui kisah mereka dengan lebih lanjut sila tonton video ini
Antara lain video ini juga membongkar tentang:
- Kisah-kisah latar belakang anak-anak Rasulullah s.a.w, menantu-menantu baginda dan cucu-cucu baginda s.a.w.
- Saidatina Fatimah az-Zahra` bukanlah anak bongsu
- Keistimewaan dan keutamaan anak-anak Rasulullah s.a.w. yang lain
- Benarkah cucu-cucu Nabi s.a.w. selain Hasan dan Husain meninggal semasa kecil
- Cucu lelaki sulung Nabi s.a.w. adalah `Ali bin Abul `Ash bin ar-Rabi`, dilahirkan sekitar 7 atau 8 tahun sebelum hijrah, syahid dalam perang Yarmuk (perang antara Islam dan Rom) di zaman Saidina `Umar pada ketika umurnya 22 tahun bahkan menjadi cucu pertama Nabi s.a.w. yang syahid dalam medan perang.
- Cucu sulung Nabi s.a.w. yang perempuan adalah Umamah binti Abil `Ash bin ar-Rabi`
- Bukti-bukti tentang kewujudan kisah mengenai mereka dari kitab-kitab sejarah dan hadis
- Jasa-jasa cucu-cucu Nabi selain Hasan dan Husain
- Sebab-sebab kenapa semua kisah tentang anak cucu Nabi s.a.w. yang lain disorok penjenayah sejarah
Selingan
Banyak hadits yang menyebutkan peri pentingnya kasih kita kepada Nabi s.a.w. bahkan menjadi salah satu tanda iman bagi seseorang muslim dan mukmin yang sejati. Kebiasaannya, apabila mengasihi, meminati atau mengidolakan seseorang maka kita akan ambil tahu segala yang berkaitan dengannya sama ada tentang dirinya maupun keluarganya maka tentulah lebih patut lagi untuk kita tahu apabila orang-orang tersebut ada kaitannya dengan penghulu segala Nabi dan Rasul iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Antara hadits-hadits tersebut adalah apa yang Imam Muslim riwayatkan dalam kitab shahihnya dalam: Bab Wajib Mencintai Rasulullah s.a.w. Lebih Dari Isteri, Anak, Ayah Dan Sekalian Manusia Lain Dan Tiada Iman Bagi Orang Yang Tidak Mengasihinya Dengan Kasih Ini
[١٦٨] ٦٩ (٤٤)- و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ ابْنُ عُلَيَّةَ ح و حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ كِلَاهُمَا عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ أَنَسٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ عَبْدٌ وَفِي حَدِيثِ عَبْدِ الْوَارِثِ الرَّجُلُ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Dan Zuhair telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Ismail bin Ulayyah telah meriwayatkan kepada kami ح dan Syaiban bin Abi Syaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abd al-Waris telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua telah meriwayatkan kepada kami daripada `Abd al-`Aziz daripada Anas, beliau berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seseorang hamba,” dalam hadits `Abd al-Warits ‘tidak beriman seseorang itu’ “sehingga aku lebih dikasihinya daripada ahli keluarganya, hartanya dan manusia sekalian.”
[١٦٩] ٧٠ (٠٠)- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ سَمِعْتُ قَتَادَةَ يُحَدِّثُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Muhammad bin al-Mutsanna dan Ibnu Basysyar telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Muhammad bin Ja`far telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya mendengar Qatadah meriwayatkan daripada Anas bin Malik, katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, ayahnya dan manusia sekalian.”
Ibnuhasan,
27 December 2010
Bersamaan 21 Muharram 1432 H
Sg.Petani, Kedah.
nice info..thanks a lot!^_^
ReplyDeleteYes it is Nurul Lalala:')
DeleteSebar2kan :)
ReplyDeleteizinkan saya nak share ye :)
ReplyDeletebaguslah info nie...sbb dah lama tinggal seingat dulu ms sekolah ustaz selalu suruh hafal nama2 anak & cucu nabi nie...
ReplyDeleteDpersilakan share & sebenarnya sy sgt mengalu2kan seiapa yg nak sebarkan n share apa2 isi kandungan blog sy
ReplyDeletetuan blog, mintak kebenaran untuk meletakkan info ni dekat blog sy :D
ReplyDeleteDipersilakan letak dan terima kasih anikimaro
ReplyDeleteinsyaallah nanti sy letak... :D
ReplyDeleteterima kasih sudi berkongsi, sgt bermanfaat
ReplyDeleteMohon share
ReplyDeleteada berita terbaru ni-> http://sentiasapanas.blogspot.com/2013/05/gambar-comel-cicit-rasulullah-saw.html#
ReplyDeleteVideo diatas tak dpt...mohon url nya...
ReplyDeleteAhlul-Bait bermaksud Ahli Rumah, merujuk pada gender perempuan atau Matrilineal.
ReplyDeleteRasulallah SAW, Fatimah, Ali, Hassan dan Hussein merupakan paksi bermulanya Nasab Ahlul- Bait atau Matrilineal atau Ahli/Suri Rumah, merujuk pada Feminine Gender. Putera -Putera yang lahir dari Puteri-Puteri Rasulallah SAW itulah yang bergelar Anak Mukjizat atau Putera Ahlul Bait. Putera Ahlul-Bait akan terputus taraf Ahlul-Bait pada keturunan berikutnya dan menyambung semula salasilah keluarga iaitu bin/binti/ibni atau bani. Darah keturunan Rasulallah dan Ali seturusnya mengalir pada 2 Puteri-Puteri Ali yaitu cucunda Rasulallah SAW bersama Ibu Fatimah dan juga 1 lagi Cucunda Perempuan baginda...hinggalah tiba masa lahirnya Putera Ahlul-Bait Muhamad ibni Abdullah atau Al Mahadi dari NASAB sebelah IBU keturunan Rasulallah SAW. Allahhualam.
ReplyDeleteBerhentilah dari menjadi syiah yang sesat. Sejarah memang telah menipu kita. Hussein telah dibunuh oleh puak2 syiah di kufah dlm peristiwa karbala dan yang menjadi saksi pembunuhan tersebut adalah kakak hussein sendiri yakni zainab bin ali. Sebab itulah watak zainab dimatikan oleh puak syiah di dalam sejarah kerana ingin menyembunyikan fakta hussein telah dibunuh oleh puak2 syiah di kufah.
DeleteKakak hussein, ummu kulthum binti ali juga dimatikan watak oleh pakar2 sejarah syiah kerana beliau yang datang kemudian selepas hussein dibunuh juga bersaksi bahawa hussein telah dibunuh oleh puak2 syiah di kufah. Ummu kulthum mengutuk mereka kerana selepas membunuh hussein, puak2 syiah ini berpura-pura meratapi kematian hussein (spt amalan mereka sekarang ini) dan menuduh tenteran yazid yang membunuh hussein, padahal nya, tenteran yazid sampai selepas hussein dibunuh oleh puak2 syiah tersebut dan menyelamatkan zainab yang menjadi saksi utama dlm pembunuhan hussein tersebut.
DeleteCuba kita renungkan apabila dibacakan talkin pada simati yang menyebut simati bin/binti IBU simati, sekiranya simati itu Imam Hussein bin Fatimah Az Zahara, pastinya Fatimah itu puteri Nabi. Jika wafat pula anak-anak Zainab cucu perempuan Nabi, bin/binti Zainab...Zainab iti tetap dari keturunan Nabi. Begitulah seterusnya landasan Nasab sebelah perut IBU keturunan Nabi hingga ke hari ini akan tetap menjalur pada Nabi. Bertentangan dengan Nasab Baba, sebab IBU dari anak-anak yang lahir itu sebenarnya dari perut keturunan lain...bukan dari keturunan Ahlul-Bait atau Bait yang bukan dari Ahlul yang lima. Inilah yang dimaksudkan nasab sesat atau nasab salasilah keluarga atau nasab bapa.
ReplyDeleteKamu telah ditipu sejarah.. bacaan talkin itu sendiri tiada dalil dan tiada di perbuat oleh nabi dan sahabat.
DeleteIa direka oleh orang-orang terkemudian yang mesti dipertanggongjawabkan di hadapan allah nanti.
SIAPAKAH MEREKA ITU ANAK2 & CUCU2 NABI MUHAMMAD SAW....?
ReplyDeleteANAK2 RASULULLAH SAW - DARI NASAB / SAKA-BAKA INDUK :
Ada pun Saka itu dari Ibu, Baka itu dari Bapak, maka dinamakan istilah Saka-Baka ato Nasab.. Nabi Muhammad SAW serta Ahlulbait2 Sejati sangat mementingkan Putra (Anak Lelaki / Baka) sebagei penyambong talian Nasab Ahlulbait Nabi. Dari Opah Siti Khodijah dgn Atok Nabi SAW sebagei Nasab / Saka-Baka Induk, maka lahir mereka itu Putra2 dan Putri2 Nabi SAW. Maka Anak2 (Putra2 & Putri2) Nabi, mereka itu yg dinamakan "AHLULBAIT SEJATI". Hanya Putra2 / Anak2 Lelaki Nabi dari Induk Pertama itu yg selayaknya diberikan pangkat gelaran "SAYYEDINA". Malangnya semua Putra2 (Anak2 Lelaki) Baka Nabi SAW telah wafat sewaktu mereka maseh dialam kanak2 lagi. Bermakna talian Nasab dari Baka Nabi telah terputus...
CUCU2 RASULULLAH SAW - DARI NASAB / SAKA-BAKA PELAPIS :
Maka Dunia Islam percaya serta meletakkan kepada Putri2 (Anak2 Perempuan) Nabi utk menyambong talian Nasabnya Nabi. Dari pernikahan Putri2 (Anak2 Perempuan) Nabi dgn menantu2 Nabi, maka lahir mereka itu cucu2 Nabi bertaraf "SEPARUH AHLULBAIT". Contohnya dari Saka-Baka Siti Fatimah Zaharah dgn Tok Imam Ali melahirkan cucu2 Nabi, antaranya Imam AlHassan putra Tok Imam Ali. Maka Nasab dari lineage Imam AlHassan, ato dari "Keluarga AlHassan", mereka2 itu diberikan pangkat gelaran "ASSYARIFF"...
Kecuali dari Linaege Imam Hussein AS, ato dari "Keluarga AlHussein" yg selayaknya memakei pangkat gelaran "SAYYEDINA". Sebab dia bukan cucu Nabi, dia bukan putra Tok Imam Ali, dan dia bukan anak kandongan Siti Fatimah Zaharah... Pelik, heran, takajod, penipu, pendusta, temberang...??? Sejarahlah yg telah jadi pendusta, penyeleweng terbesar dlm perkara ini. Siapakah sebenernya dia itu Imam Sayyedina Hussein AS..?? Bukankah Rasulullah SAW sangat pentingkan Nasab Baka Lelaki sebagei penyambong talian Nasabnya dari Sulbinya? Utk elak fenin kepala, katakanlah dia "INSAN MISTERI", ato "ANAK PINTAK", ato "ANAK MUKJIZAT NABI"... Dari talian susur galurnya itu telah pun Allah Rabbul Izzati bangkitkan dia itu Sang Ratu Adil Sejati.
"Sang Penjaga Air Membimbingi - Tok Habib Hussein Lampoyang Sentiasa Memerhati - Tok Zulqarnaen Sekadar Seket2 Mencerahi..."
...HUSSEIN, HUSSEIN, HUSSEIN "ANAK MUKJIZAT NABI"...
ReplyDeleteAduhai betapa malang sunggoh nasebmu wahai Hussein anak Nabi.
Bermula dikau dari Ada menjadi Tiada sangat dukacita Ayahmu Nabi.
Karna ngak ada Baka Ahlulbait sebagei penyambong warisannya Nabi.
Sekira2 3 tahun lagi Ayahmu Nabi akan wafat berpulang keHadrat Ilahi.
Bersujud bercucuran airmata Nabi bersedeh tiada putra utk pengganti.
Allah perintahkan Jibrael tanyakan apa dipintanya Aku Maha Pemberi.
Setelah direstui diperkenankan apa yg dirintih oleh kekaseh-Nya Nabi.
Dikau dari Tiada menjadi Ada dgn berkat doa Mukjizat Ayahmu Nabi.
Tersangat sayang akan dikau wahai Hussein dikaulah nyawanya Nabi.
Nama Sayyedina Hussein Ayahmu beri karna dikau dari Sulbinya Nabi.
Depan mata Ayahmu dikau sering dianiaya dizalimi Nabi bersedeh lagi.
Bercucuran lagi airmata Ayahmu dikau dianiaya oleh saudaramu sendiri.
Barang siapa sakiti Hussein seperti dia sakiti akan daku itu sumpah Nabi.
Barang siapa cintai Hussein seperti dia cintai akan daku itu Syufaat Nabi.
Dikau dibunuh Ahlulbait2 diburu dianiaya dizalimi itu firasat Ayahmu Nabi.
Bener sudah apa terjadi sedang berlaku Ahlulbaitmu difitnah ngak henti2.
Laknatullah Prophetic Curse celakalah pembunuh2 Anak Pintaknya Nabi.
Puak Sunni syok kenyang ughhh.. makan Bubur Asyura kononnya simpati.
Hanya Puak Syiah amat simpati hingga sanggup menyiksa mendera diri.
Namun semua sudah suratan azali sabab musabab bangkitnya AlMahdi.
Itu kesahmu dari Tok Habib Hussein Lampoyang dia Nasabmu sendiri...
Menyiksa dan mendera diri sempena mengingati sy. Hussein tidak ada dalam ajaran Islam. Dlm Al-Quran sudah jelas Allah melarang kita melakukan kemudaratan kpd diri sendiri. Ianya juga tidak pernah diajar oleh Nabi saw..
DeleteYang sama dengannya adalah ajaran Hindu..yakni bawa kavadi, siska diri..
صلو عليه وعلى اله اجمعين
ReplyDelete-Tun Terawis
http://toneexcel.biz/?id=739559
ReplyDeleteCicit Nabi s.a.w. Zainal Abidin anak kepada siapa,
ReplyDeleteTlg beri jawapan
T k
Anak tekak
ReplyDeleteDari mana datang nya habib2 di indonesia yg mengaku2 keturunan nabi muhammad. Bukankah dalam islam garis keturunan itu di ambil dari garis keturunan sebelah ayah ? Jika di selidiki silsilah keturunan nabi muhammad sampai ke nabi ismail aja semua keturunan nya di ambil sebelah ayah nya. Lalu pertanyaan nya. Siapakah anak laki2 nabi muhammad yg mempunyai garis keturunan nya yg berhubung sampai ke habib2 yg ada di indonesia ?
ReplyDeleteالارزاق
ReplyDeleteمصدرك الأول للمواد الغذائية بالجملة لمطعمك أو مقهاك في السعودية مع توصيل مجاني*
نوفر لك أكثر من ٣٠٠ براند عالمي لتطلب منها مباشرة من خلال تطبيق أرزاق غير متوفرة بمتاجر البقالة والسوبر ماركت.